Anda di halaman 1dari 1

Syair Cintai Alam Sekitar

Pelbagai bungaan menghias taman,


Aduhai adikku kakak berpesan, Dapat dilihat sepanjang jalan,
Kelak dirimu jadikan panduan, Indah pemandangan destinasi pelancongan,
Cintailah keindahan jaga kebersihan, Majukan negara tingkatkan pendapatan,
Persekitaran indah tiada pencemaran
Wahai adikku dengarlah tuan,
Kempen kebersihan bersama dihayati, Bumi ini amanah Tuhan,
Udara nyaman pasti dinikmati, Jangan suka membuat kerosakan,
Sihat badan wajah berseri Nyawa terancam mengganggu kesihatan,
Negara aman hidup harmoni
Bumi ini amanah Tuhan,
Jadilah warga bertimbang rasa, Dijaga rapi ke akhir zaman,
Kepada alam membuat jasa, Usah dicari kemurkaan Tuhan,
Tanah dan tumbuhan dipelihara, Kelak nanti ditimpa seksaan,
Kerosakan tiada bumi sejahtera,
Tanah, udara dan lautan,
Air sungai mengalir damai, Allah kurnia pelbagai kegunaan,
Ombak berlagu memukul pantai, Mesti dihayati penuh kesyukuran,
Unggas bernyanyi suasana permai, Pasti dilimpahi pelbagai kurniaan,
Di hari minggu kita bersantai,
Sampai hati membuat kerosakan,
Jerebu berleluasa melanda negara, Menangis bumi banyak pencemaran,
Kebakaran dan kilang punca angkara, Tanah, sungai, parit, lautan,
Lapisan ozon semakin derita, Kotor ditaburi sisa buangan,
Tanamkan kesedaran atasi segera,
Sematkan di jiwa semangat iltizam,
Amalan meludah membuang sampah, Janganlah suka berbuat kejam,
Mengotorkan sekitar mesti ditegah, Flora dan fauna tidak terancam,
Menghisap rokok menagih dadah, Kehidupan di dunia aman tenteram,
Perbuatan yang buruk perlu dicegah,
Gunakan minda dan kreativiti,
Balak ditebang sesuka hati, Mencanai lukisan ukiran seni,
Tanah runtuh disana sini, Hiasan artifak menambah seri ,
Rancang pembangunan dengan teliti, Sekitar indah hidup harmoni.
Wujudkan keseragaman pentingkan kualiti,
Rafeah Abdul Rahman
Antologi Anak Bumi Tercinta
DBP 2001

Anda mungkin juga menyukai