Anda di halaman 1dari 2

CONTOH CERPEN BERTEMAKAN PERPADUAN.

BERJIRAN MEMBENTUK

PERPADUAN

Sweetha merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Ravin. Perangai Ravinyang
tidak gemar bercampur dan bergaul dengan orang lain, sangat tidak disukai oleh ibunyaSweetha.
Ravin suka memerap di rumah dan menolak untuk keluar rumah dan bersosialdengan anak-anak
jiran yang lain. Hal ini merunsingkan ibunya. Manakan tidak, Ravinsanggup
memerap di rumah sehari suntuk daripada keluar dan bertegur sapa dengan jirandikawasan
persekitaran itu.“Ravin, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu risaulah dengan
keadaan kamuini.” tanya Sweetha. Pertanyaan ibunya pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh
Ravin. Diahanya berdiam diri tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan
apa yangdiperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Ravin, ibunya berlalu pergi. Dia tahu
bahawaRavin tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya yang berbangsa Melayu dan
Cinawalaupun pelbagai nasihat telah diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu
bagaikan mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Keesokan
harinya, Sweetha cuba untuk memujuk Ravin supaya bersosialdengan jiran mereka. Beliau
menyuruh Ravin agar tidak bersikap seperti katak di bawahtempurung.Hal ini akan
menyukarkan masyarakat untuk saling mengenali antara satu samalain. Namun begitu, Ravin
memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak bergauldengan jirannya.Dia
mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya suka menjaga tepi kain oranglain. Swee Lan
menggeleng-geleng kepala apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Jason itu.Suatu
petang, seorang daripada anak jiran Swee Lan, Rahman menghantar buburpisang yang dibuat
oleh ibunya ke rumah Swee Lan. Pada waktu itu, Jason kebetulan beradadi luar rumah. Lalu,
Rahman menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. Jason hanyamenganggukkan kepalanya
tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Tanpa putus asa, Rahmantetap mengajukan beberapa
soalan kepada Jason namun dia hanya menjawab soalantersebut secara endah tak endah sambil
menunjukkan perasaan dingin. Selepasmenyampaikan bubur tersebut kepada Jason, Rahman
berlalu pergi dari rumah Jasondenganperasaan yang kecewa.Ketika di sekolah pada waktu mata
pelajaran Sejarah, guru Sejarah telah meminta parapelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah
secara berkumpulan.
Jason ditempatkan dalamkumpulan yang sama dengan Rahman. Sepanjang perbincangan
berlangsung, sikap Jasontetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama kera
sumbang. Rahmanberusaha untuk membuat Jason bercakap, namun usahanya itu tetap tidak
berhasil.Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah Jason telah
terbakar.Kebakaran tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian
atasrumah Jason. Seluruh kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu mereka tergesa-
gesapergi ke tempat kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
memadamkanapi. Swee Lan yang berada di luar rumah teringat akan Jason yang sedang tidur di
ruangtamu. Dia menjerit meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata
hatinyaitu. Apabila mendengar jeritan tersebut, Rahman segera meluru ke dalam rumah Jason
untukmenyelamatkannya. Dia langsung tidak peduli akan api yang menjulang tinggi di dalam
rumahtersebut

Anda mungkin juga menyukai