Anda di halaman 1dari 1

“JIRAN ITU IALAH DIA”

Swee Lan merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Jason. PerangaiJason yang
tidak gemar bercampur dan bergaul dengan orang lain, sangat tidak disukai olehSwee Lan. Jason
suka memerap di rumah dan menolak untuk keluar rumah dan bersosialdengan anak-anak jiran yang
lain. Hal ini merunsingkan ibunya. Manakan tidak, Jasonsanggup memerap di rumah sehari suntuk
daripada keluar dan bertegur sapa dengan jiran dikawasan persekitaran itu.

“Jason, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu r

isaulah dengan keadaankamu ini.

” tanya Swee Lan. Pertanyaan ibunya pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh Jason.

Dia hanya berdiam diri tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa
yangdiperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Jason, Swee Lan berlalu pergi. Dia tahu
bahawaJason tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya yang berbangsa Melayu
walaupunpelbagai nasihat telah diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu bagaikan
mencurahair ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.Keesokan harinya, Swee Lan
cuba untuk memujuk Jason supaya bersosial dengan jiran mereka. Beliau menyuruh Jason agar tidak
bersikap seperti katak di bawah tempurung.Hal ini akan menyukarkan masyarakat untuk saling
mengenali antara satu sama lain. Namunbegitu, Jason memberikan bermacam-macam alasan untuk
tidak bergaul dengan jirannya.Dia mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya suka menjaga tepi kain
orang lain. Swee Lanmenggeleng-geleng kepala apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh
Jason itu.Suatu petang, seorang daripada anak jiran Swee Lan, Rahman menghantar buburpisang
yang dibuat oleh ibunya ke rumah Swee Lan. Pada waktu itu, Jason kebetulan beradadi luar rumah.
Lalu, Rahman menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. Jason hanyamenganggukkan kepalanya
tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Tanpa putus asa, Rahmantetap mengajukan beberapa soalan
kepada Jason namun dia hanya menjawab soalantersebut secara endah tak endah sambil
menunjukkan perasaan dingin. Selepasmenyampaikan bubur tersebut kepada Jason, Rahman berlalu
pergi dari rumah Jason denganperasaan yang kecewa.Ketika di sekolah pada waktu mata pelajaran
Sejarah, guru Sejarah telah meminta parapelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah secara
berkumpulan. Jason ditempatkan dalamkumpulan yang sama dengan Rahman. Sepanjang
perbincangan berlangsung, sikap Jasontetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama
kera sumbang. Rahmanberusaha untuk membuat Jason bercakap, namun usahanya itu tetap tidak
berhasil.Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah Jason telah terbakar.Kebakaran
tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian atasrumah Jason.
Seluruh kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu mereka tergesa-gesapergi ke tempat
kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memadamkanapi. Swee Lan yang
berada di luar rumah teringat akan Jason yang sedang tidur di ruangtamu. Dia menjerit meminta
bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata hatinyaitu. Apabila mendengar jeritan
tersebut, Rahman segera meluru ke dalam rumah Jason untukmenyelamatkannya. Dia langsung
tidak peduli akan api yang menjulang tinggi di dalam rumahtersebut.

Anda mungkin juga menyukai