Anda di halaman 1dari 3

Sejambak kasih sekalung budi buat Pengerusi Majlis, panel hakim yang

adil lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan detik-detik saat
yang berlalu dan mendatang, guru–guru dan rakan-rakan yang
dihormati. Pada hari yang mulia ini, izinkanlah saya menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “ Jiran itu ialah dia”.

Swee Lan merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang


bernama Jason. Perangai Jason yang tidak gemar bercampur dan
bergaul dengan orang lain, sangat tidak disukai oleh Swee Lan. Jason
suka memerap di rumah dan menolak untuk keluar rumah dan bersosial
dengan anak-anak jiran yang lain. Hal ini merunsingkan ibunya.
Manakan tidak, Jason sanggup memerap di rumah sehari suntuk
daripada keluar dan bertegur sapa dengan jiran di kawasan persekitaran
itu.

“Jason, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu


risaulah dengan keadaan kamu ini.” tanya Swee Lan. Pertanyaan ibunya
pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh Jason. Dia hanya berdiam diri
tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa yang
diperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Jason, Swee Lan berlalu
pergi. Dia tahu bahawa Jason tetap enggan bercampur dengan anak-
anak jirannya yang berbangsa Melayu walaupun pelbagai nasihat telah
diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu bagaikan mencurah air
ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Keesokan harinya, Swee Lan cuba untuk memujuk Jason supaya


bersosial dengan jiran mereka. Beliau menyuruh Jason agar tidak
bersikap seperti katak di bawah tempurung. Hal ini akan menyukarkan
masyarakat untuk saling mengenali antara satu sama lain. Namun
begitu, Jason memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak
bergaul dengan jirannya. Dia mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya
suka menjaga tepi kain orang lain. Swee Lan menggeleng-geleng
kepala apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Jason itu.

Suatu petang, seorang daripada anak jiran Swee Lan, Rahman


menghantar bubur pisang yang dibuat oleh ibunya ke rumah Swee Lan.
Pada waktu itu, Jason kebetulan berada di luar rumah. Lalu, Rahman
menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. Jason hanya
menganggukkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan tersebut.
Tanpa putus asa, Rahman tetap mengajukan beberapa soalan kepada
Jason namun dia hanya menjawab soalan tersebut secara endah tak
endah sambil menunjukkan perasaan dingin. Selepas menyampaikan
bubur tersebut kepada Jason, Rahman berlalu pergi dari rumah Jason
dengan perasaan yang kecewa.

Ketika di sekolah pada waktu mata pelajaran Sejarah, guru


Sejarah telah meminta para pelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah
secara berkumpulan. Jason ditempatkan dalam kumpulan yang sama
dengan Rahman. Sepanjang perbincangan berlangsung, sikap Jason
tetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama kera
sumbang. Rahman berusaha untuk membuat Jason bercakap, namun
usahanya itu tetap tidak berhasil.

Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah


Jason telah terbakar. Kebakaran tersebut berpunca daripada gangguan
litar pintas yang berlaku di bahagian atas rumah Jason. Seluruh
kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu mereka tergesa-gesa
pergi ke tempat kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk memadamkan api. Swee Lan yang berada di luar rumah teringat
akan Jason yang sedang tidur di ruang tamu. Dia menjerit meminta
bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata hatinya itu.
Apabila mendengar jeritan tersebut, Rahman segera meluru ke dalam
rumah Jason untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak peduli akan
api yang menjulang tinggi di dalam rumah tersebut.

Akhirnya, Jason dapat diselamatkan walaupun terdapat sedikit


kecederaan ringan di bahagian kakinya. Dia terus dikejarkan ke hospital.
Di hospital, Jason terbaring lesu. Dia merenung wajah ibunya yang
berada di sisi katil itu. “Jason, syukurlah awak selamat,” bisik ibunya
dengan suara yang perlahan. Sejurus kemudian, pintu kamar pesakit
dibuka dengan perlahan. Kelihatan Pak Ahmad , Mak Jah, dan Rahman
melangkah perlahan menuju ke katil Jason. Swee Lan tersenyum dan
menjemput mereka duduk. Tiba-tiba Jason bersuara, “Rahman, saya
minta maaf. Saya menyesal. Sekarang baru saya mengerti erti jiran dan
persahabatan.” Jason menghulurkan tangannya kepada Rahman.
Rahman menyambutnya. Swee Lan memandang wajah Pak Ahmad dan
Mak Jah. Swee Lan tersenyum luas.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai