Anda di halaman 1dari 8

Bab 3

SINOPSIS

SINOPSIS UMUM

Nazar merupakan anak tunggal kepada Mahyun dan Pak


Sahar. Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup lantaran
ibunya diserang penyakit nanar dan menjadi tidak siuman. Ayahnya
pula menghidap pelbagai penyakit selepas kematian isterinya. Atas
rasa tanggungjawab, Pak Sahar serta saudara-mara telah
menghantar Mahyun untuk mendapatkan rawatan sakit jiwa di
Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Namun, Nazar tetap tabah
menghadapi segalanya dan menganggap cabaran yang dihadapinya
itu sebagai qadak dan qadar daripada Allah. Selama ibunya
menerima rawatan, ibu saudaranya Salmah serta suaminya, Pak
Sehaklah yang menjadi tempat dia bergantung nasib dan mendapat
kasih sayang. Anak gadis mereka, Zainab dan rakan sekampung
seperti Ah Seong turut memberi sokongan dan mereka sering
berbincang tentang pelajaran.
Rawatan yang diterima oleh Mahyun kurang membawa kesan,
malah dia menjadi semakin tidak terurus. Mahyun hilang dan
akhirnya, dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi
sungai. Ini menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi oleh Nazar
dan ayahnya. Setelah kematian Mahyun, Pak Sahar pula menghidap
pelbagai penyakit. Namun, Nazar bukanlah anak muda yang mudah
berputus asa.
Dalam meniti kejayaan, Nazar tidak sunyi daripada fitnah
yang dilemparkan oleh orang kampung terhadapnya. Diskusi
pelajaran dengan Zainab, sepupunya telah menimbulkan prasangka
yang bukan-bukan. Situasi ini hampir-hampir mempengaruhi ibu
saudaranya, Mak Miah yang melarang Zainab daripada terus
berbincang dan menelaah pelajaran bersama Nazar. Namun, demi
mencapai kejayaan, Nazar tetap terus berusaha dengan rakan-
rakannya. Akhirnya, dia meraih kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan SRP. Kecemerlangan ini melayakkan Nazar memasuki
Sekolah Berasrama Penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman,
Ipoh, Perak. Sebulan kemudian, berita kematian ayahnya yang
telah menanggung sakit sekian lama diterima dengan hati yang
sayu. Namun, Nazar tetap menguatkan semangatnya demi
mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor. Dalam pada itu,
perasaan cinta terhadap Zainab turut berputik dalam hatinya.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1

Nazar pulang dari sekolah dengan perasaan hampa apabila melihat


meja makan yang masih terhidang sisa makanan pagi tadi. Ibunya
tidak kelihatan. Dia tercari-cari ibunya. Sikap ibunya yang sering
berleter apabila berkunjung dari satu rumah ke satu rumah yang
lain sudah difahami oleh penduduk kampung. Nazar menemui ibu
saudaranya dan bertanya tentang ibunya, namun hampa.
Bertemankan Kim Moi dan Ah Seong, Nazar menemui ibunya di
pulau yang terletak di tengah-tengah permatang sawah. Nazar
terkejut dan kasihan melihat ibunya yang sedang bercakap
sendirian di bawah pohon beringin. Selepas dipujuk, Nazar
memimpin ibunya pulang setelah hari hampir petang.

BAB 2

Malam itu Pak Sahar berbincang dengan Nazar tentang nasib


ibunya. Ayahnya bimbang kerana sejak akhir akhir ini, penyakit
ibunya semakin menjadi-jadi dan ibunya merayau ke seluruh
kampung. Mereka bimbang ibunya akan merayau hingga ke Padang
Kerbau. Menurut datuk Nazar, Padang Kerbau itu ada sejarahnya.
Semasa zaman pemerintahan Jepun, orang-orang kota dan
kampung lari ke situ. Menurut datuknya lagi, terdapat banyak
binatang buas di Padang Kerbau. Lantaran itu, ayah Nazar
bercadang untuk menghantar ibunya untuk mendapatkan rawatan.
Dengan rasa serba salah dan sayu, Nazar terpaksa akur dengan
cadangan ayahnya demi kebaikan ibunya. Mereka akhirnya
bersetuju untuk menghantar ibu Nazar mendapatkan rawatan
sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

BAB 3

Pada pagi minggu akhir bulan Julai dengan menaiki teksi Pak
Sehak, mereka bersiap untuk menghantar Mahyun. Mahyun
dipakaikan dengan pakaian yang cantik hingga dia bertanya dengan
pertanyaan yang ganjil. Keluarga Ah Leong turut berada di
halaman rumah. Setelah semuanya siap, Mahyun dipimpin ke dalam
teksi. Hanya Zainab dan Fauzi yang tinggal dan Pak Sehak
meninggalkan pesanan supaya keluarga Ah Leong mengawasi anak-
anaknya. Teksi bergerak perlahan.

BAB 4

Mahyun sudah seminggu berada di Hospital Bahagia. Perempuan


berumur 40-an itu tidak lagi dilihat memetik bunga atau duduk di
anak tangga setiap pagi. Pagi itu Nazar bertanya tentang ibunya.
Dia berasa rindu dan mengajak ayahnya berkunjung ke tempat
ibunya. Ayahnya yang bertugas sebagai pegawai luar bercadang
untuk mengambil cuti untuk melawat isterinya. Nazar yang menanti
Ah Seong ditegur oleh Zainab untuk bersaing ke sekolah, tetapi
dia menolak kerana dia sedang menunggu Ah Seong. Mereka selalu
bersama ke sekolah. Nazar riang kerana ayahnya telah mengambil
cuti untuk melawat ibunya.
BAB 5

Mak Miah dan Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar.


Nazar tertarik dengan perbualan mereka. Menurut Mak Miah, dia
kasihan melihat Nazar yang tidak terurus dan Pak Sahar sendiri
yang sudah tujuh tahun menderita jiwanya. Permintaan Pak Sehak
dan Mak Miah adalah agar Pak Sahar berkahwin lagi. Namun, Pak
Sahar memberi alasan bahawa dia kasihan melihat Nazar yang
terlalu sayang akan ibunya. Pak Sahar sendiri pula memberi alasan
untuk berfikir dahulu.

BAB 6

Zainab belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di


rumah Nazar. Pada suatu hari, Mak Miah memanggil Zainab dan
memberi nasihat agar dia tidak lagi belajar berdua-duaan di rumah
Nazar dengan alasan Zainab sudah besar. Zainab pula memberi
alasan bahawa dia menganggap Nazar seperti abangnya sendiri.
Bagi Mak Miah, dari segi agama apabila seseorang itu sah
berkahwin, maka mereka berdosa apabila berdua-duaan. Pada
malam itu juga, Pak Sehak menyesal dan kecewa kerana telah
ditipu oleh penumpang yang meminta dia menghantarnya ke Pekan
Asam, Taiping. Selepas menyediakan makan malam untuk ayahnya,
Zainab masuk ke bilik tidur dengan pelbagai pertanyaan.

BAB 7

Nazar terkenang akan ibunya yang selalu memetik bunga sambil


menyanyi. Khayalannya terganggu oleh panggilan ayahnya. Ayahnya
menegur hubungan baiknya dengan Zainab. Kata ayahnya, orang
muda tidak boleh terlalu rapat. Nazar tidak menjawab, sebaliknya
menukar topik perbualan. Nazar bertanya tentang ibunya yang
sudah dua bulan berada di hospital, tetapi baru sekali mereka ke
tempat ibunya. Nazar berasa amat rindu dan mendesak agar
ayahnya segera mengambil ibunya.

BAB 8

Mahyun balik ke rumah pada pertengahan bulan Oktober. Rumah


Pak Sahar dikunjungi oleh jiran-jiran. Walaupun pada ketika itu
musim hujan, namun perangai Mahyun masih tetap tidak berubah.
Dia masih tetap merayau-rayau ke rumah orang. Pak Sahar berasa
susah hati memikirkan nasib isteri dan anaknya. Kadang-kadang
terlintas di fikirannya untuk memasungkan sahaja isterinya, namun
dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

BAB 9

Hujan sudah berhenti. Air berlopak di mana-mana. Nazar berasa


risau kerana hari sudah petang, namun ibunya masih belum pulang.
Orang ramai mulai eemas, termasuk keluarga Ah Seong. Orang
ramai mula berkumpul di rumah Pak Sahar. Mereka takut Mahyun
tersesat hingga ke Padang Kerbau atau dilarikan oleh orang halus.
Sidang Seman pun turut berkumpul di rumah Pak Sahar. Dia
membahagikan anak buahnya kepada beberapa kumpulan untuk
mencari Mahyun. Enam orang tua yang masih hidup sejak zaman
Jepun dahulu mengikut Sidang Seman ke Padang Kerbau. Pak
Sahar diperintahkan menunggu di rumah. Tiba-tiba keadaan
menjadi gempar. Kumpulan yang menemui Mahyun tersepit di celah
batang kelapa di tepi sungai telah mengusung Mahyun ke rumah
Pak Sahar. Nazar menjerit. Mahyun, ibunya sudah meninggal dunia.

BAB 10
Orang ramai yang menziarahi jenazah Mahyun turut bersimpati
melihat Nazar yang kehilangan ibunya. Ayahnya pula selalu sakit
dan batuk-batuk. Selepas sembahyang Zuhur, jenazah Mahyun
dimandi, dikapan, dan dibawa ke tanah perkuburan yang terletak di
belakang masjid. Hari itu Nazar tidak pergi ke sekolah. Nazar
tidak menghiraukan peperiksaan yang sedang berlangsung.
Tugasnya sebagai pegawas juga dilupakan. Dia begitu sedih atas
kehilangan ibu yang tercinta.

BAB 11

Pada bulan Januari, Nazar dan Ah Seong berada di Tingkatan Tiga.


Zainab pula berada di Tingkatan Dua. Zainab dan Fauzi
menghantar makanan setiap hari kepada Nazar dan ayahnya.
Namun, Zainab tidak lagi berada lama di rumah Nazar kerana
takut difitnah oleh orang kampung. Halaman rumah Pak Sahar
sudah tidak terpelihara lagi. Malam itu Pak Sahar memberitahu
Nazar tentang desakan Mak Miah supaya dia berkahwin lagi.
Nazar berasa kurang senang. Ini menyedihkan Pak Sahar yang
lebih memikirkan orang yang akan menjaga Nazar dan rumah
tangganya. Nazar dan Ah Seong pergi ke tepi sungai untuk
menenangkan fikiran. Ah Seong menasihatkan Nazar agar lebih
menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi persediaan untuk
menghadapi peperiksaan SRP.

BAB 12

Pada bulan Mei, padi sedang menguning dan Pak Sahar semakin
teruk batuknya. Menurut doktor, dia menghidap penyakit lemah
jantung. Namun, Pak Sahar masih terus pergi bekerja di Lumut.
Pada suatu hari, Sidang Seman dan Nuar datang berjumpa dengan
Mak Miah. Sidang Seman memberitahu Mak Miah tentang aduan
orang kampung yang terjumpa Nazar dengan Zainab merayau di
tepi sungai. Mak Miah memberi amaran supaya Zainab tidak lagi
belajar di rumah Nazar. Mak Miah tidak menghiraukan penerangan
Zainab yang menyatakan bahawa dia dan Nazar pergi ke sungai
bersama rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan projek
Kemahiran Hidup. Pak Sahar juga telah dinasihati oleh Sidang
Seman agar menjaga Nazar. Pak Sahar semakin risau.

BAB 13

Pada bulan Oktober, ketika Zainab dan Fauzi datang ke rumahnya,


Nazar meminta Zainab mendoakan kejayaannya kerana esok dia
akan menduduki peperiksaan SRP. Ketika mereka berbual, Ah
Seong datang dan mengingatkan Zainab dan Nazar tentang fitnah
yang dilemparkan oleh orang kampung terhadap mereka. Penyakit
Pak Sahar semakin teruk dan dia terpaksa berulang-alik ke klinik
di Beruas untuk mendapatkan rawatan. Ah Seong terus membantu
Nazar dan mereka tetap berkawan baik. Dia tidak percaya dengan
fitnah orang kampung terhadap Nazar.

BAB 14

Semasa cuti panjang, Nazar hanya tinggal di rumah. Dia


menghabiskan masanya dengan mengemas rumah. Penyakit Pak
Sahar semakin teruk. Keputusan SRP akan diumumkan dan Nazar
bersama rakan-rakannya sudah tidak sabar lagi. Nazar berjaya
dengan cemerlang dan mendapat lima unit. Seminggu selepas
belajar dalam Tingkatan Empat, Nazar mendapat tawaran ke
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebelum berangkat,
Zainab menghadiahkan sebuah kotak muzik. Nazar berjanji
bahawa dia akan memainkan kotak muzik itu apabila teringat akan
kampung. Semua berasa gembira bercampur sedih ketika Nazar
bersama ayahnya meninggalkan pekan Beruas dan menuju ke Ipoh.
BAB 15

Sudah sebulan Nazar berada di Ipoh. Di sekolah barunya, Nazar


dapat merasakan pelbagai perubahan. Nazar tidak boleh
melupakan kampung, rakan-rakan, Zainab, dan kesihatan ayahnya.
Dia menjadi seorang pelajar yang suka bersendirian. Nazar gemar
bermain sepak takraw dan bola sepak. Apabila rindu akan kampung,
dia akan memainkan kotak muzik dap teringat akan pan tun yang
sering dinyanyikan oleh ibunya. Pada malam itu, ketika hendak
tidur, warden mencari Nazar bin Sahar. Warden mengarahkan
Nazar pergi ke bilik menunggu untuk berjumpa dengan bapa
saudaranya. Pada malam itu juga, Nazar balik ke kampung. Ayahnya
sakit tenat dan berada di Hospital Lumut. Ketika teksi Pak Sehak
masuk ke kawasan hospital, ayah Nazar telah pun meninggal dunia.

BAB 16

Pada petang itu Nazar termenung kerana teringat akan ayah, ibu,
rakan-rakan, dan Zainab. Dia berazam untuk terus belajar dan
menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang yang senasib
dengan ayah dan ibunya.

Anda mungkin juga menyukai