Anda di halaman 1dari 13

Berdasarkan novel yang telah anda kaji,huraikan sinopsis novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca,karya Raja Sabaruddin Raja
abdullah.Novel ini mengisahkan Nazar,seorang anak tunggal dan masih dalam
usia remaja.Oleh sebab ibunya nanar dan ayahnya selalu sakit hidupnya tidak
terurus.Begitu juga dengan makan minumnya.Jiran tetangga banyak membantu
Nazar sekeluarga Setelah ibunya meninggal duniaNazar terus gigih
mengharungi hidup.Dia rajin belajar dengan rakan sekampung dan
setingkatan.Tidak lama kemudian,ayahnya pula meninggal dunia.Nazar
kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya.Dia bergantung berharap kepada ibu
saudaranya,rakan-rakan dan jiran tetangga.Berkat
kesungguhan,kesabaran,ketabahan dan keyakinan,akhirnya Nazar berjaya
dalam menempuhi dugaan hidup.Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor

1
Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya: Berdasarkan novel yang telah anda
kaji,huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Novel Meniti Kaca,karya Raja Sabaruddin Raja
Abdullah.Tema novel ini ialah kegigihan dan ketabahan seorang anak remaja
mengharungi hidup.Nazar seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai
kejayaan dan tabah menghadapi dugaan hidup.Persoalan yang terdapat dalam
novel ini ialah semangat perpaduan.Semangat ini tergambar pada keluarga Ah
Seong yang sentiasa memberi sokongan moral kepada Nazar agar tabah
menghadapi dugaan hidup.Selain itu,kemanusiaan dan kemasyarakatan.Sikap
gotong-royong dan kerjasama amat ketara pada mayrakat desa.Atas rasa
simpati dan tanggungjawab bersama,orang kampung sanggup berkerjasama
mencari Mahyun yang hilang,sehingga mayat Mahyun ditemui dan
menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan secara
bekerjasama.Seterusnya,keluhuran budi dan baik hati.Selain Ah Seong ,Kim Moi
dan Ah Leong yang memiliki sifat belas kasihan,bertimbang rasa murah hati,dan
saling memahami,Mak Miah,Pak Sehak,Pak Sahar dan Zainab turut memiliki
sifat sedemikian.Mereka mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh
Nazar dan menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa Nazar.Akhir
sekali,buruk sangka dan memfitnah.Buktinnya,penduduk kampung
terutamanaya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat
tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab
belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab
dan Nazar di tepi sungai.

2
Huraikan Watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda
kaji.
[ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak
utama dalam novel ini ialah Nazar. Nazar seorang yang tabah. Buktinya, dia menghadapi
penyakit ibunya yang nanar dengan tabah.
Selain itu, Nazar digambarkan seorang remaja yang bijak dan pandai. Hal ini demikian
kerana dia mendapat lima unit dalam peperiksaan PMR. Hal ini menyebabkan dia diterima
masuk ke sekolah berasrama penuh.
Tambahan pula, Nazar seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi ibu bapanya. Dia
tidak sanggup berpisah dengan ibunya yang dimasukkan ke hospital. Dia juga berasa cemas
apabila ibunya hilang.
Namun demikian, Nazar juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran matang.
Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda dirinya telah diterima dengan penuh kesabaran.
Dia menganggap semua yang berlaku itu ujian Tuhan. Demikianlah perwatakan Nazar
sebagai watak utama.

Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang
telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak
sampingan pertama dalam novel ini ialah Pak Sahar. Pak Sahar merupakan bapa kepada
Nazar. Dia bekerja sebagai pegawai luar di Lumut. Beliau seorang ayah yang penyayang.
Buktinya, dia amat menyayangi dan mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga amat
menyayangi isterinya, Mahyun. Dia berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit isterinya. Oleh
sebab sakit, dia meninggal dunia semasa Nazar berada dalam tingkatan 4.
Mahyun merupakan salah seorang watak sampingan yang memainkan peranan penting
dalam novel ini. Dia ialah ibu kepada Nazar dan isteri kepada Pak Sahar. Dia berpenyakit
nanar sejak melahirkan anak keduanya. Dia seorang wanita yang berkulit langsat,
rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit. Mahyun suka bernyanyi. Oleh sebab
mempunyai suara yang merdu, Nazar pernah mendengar ibunya menyanyi dengan suara
yang merdu. Dia juga seorang yang suka merayau. Dia selalu bertandang ke rumah jiran
dan berleter di anak tangga. Dia meninggal dunia semasa cerita mencapai klimaksnya.
Watak sampingan seterusnya ialah Zainab. Zainab merupakan anak kepada Pak Sehak,
dia mempunyai seorang adik bernama Fauzi. Dia seorang gadis remaja sebaya Nazar dan
memiliki paras rupa yang cantik kerana mempunyai lesung pipit. Zainab seorang yang rajin.
Dia rajin menghantar makanan kepada Nazar dan rajin mengulang kaji pelajaran. Zainab
seorang yang mudah bersimpati dan penyayang.DiA yang menyayangi,bersimpati dengan
nasib malang yang dialami oleh Nazar.

Ah Seong merupakan jiran Nazar.Ibunya bernama Kim Moi dan ayahnya Ah Leong.Dia
mempunyai dua orang adik iaitu Ah Meng dan Ah Leng.Dia seorang yang baik hati terhadap
rakan dan jiran.Dia membantu rakan sebayanya,Nazar setelah Mahyun didapati hilang
rumah.Dia memberitahu Sidang Seman mengenai perkara itu.Dia juga seorang yang rajin.Dia
selalu belajar bersama-sama Nazar dan Zainab.Ah Seong seorang yang mudah bersimpati.Dia
amat bersimpati atas dugaan yang menimpa Nazar.Dia sentiasa menasihati Nazar agar
bersabar.

4
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot
berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah.
Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan
watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan
mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar
dan sering merayau ke rumah orang.
Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan
menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit
Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari,
Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati.
Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai
masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki
peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu,
hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia
dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan
penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.
Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang
sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa
orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak
Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital.
Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat
dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk
menjadi seorang doktor.

5
Teknik Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik
plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Dalam
novel ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang penting. Teknik penceritaan pertama
ialah dialog. Pengarang banyak menyelitkan perbualan antara Nazar dengan ayahnya, Pak
Sahar.
Teknik plot kedua ialah monolog. Monolog ialah teknik bercakap sendirian. Buktinya, Nazar
membisikkan kepada dirinya bahawa emak tidak mengalami sakit jiwa seperti yang dianggap
oleh kawan-kawannya.
Teknik ketiga ialah teknik monolog dalaman. Monolog dalaman ialah kata-kata yang hanya
terbit dalam hati seseorang watak. Buktinya, hati Nazar berbisik apabila mendapati ibunya
tiada di rumah dan hatinya tertanya-tanya ke mana emaknya pergi.
Teknik keempat ialah imbas kembali. Imbas kembali bermaksud pengarang memasukkan
unsur ingat semula kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku. Contohnya, apabila
berjauhan daripada ibunya, Nazar teringat akan ibunya yang pandai menyanyi.
Teknik seterusnya ialah teknik imbas muka. Teknik ini juga dikenali sebagai ramalan
pengarang dalam sesebuah penceritaan. Biasanya pengarang memasukkan perkataan seperti
“akan” dalam petikan cerita. Buktinya, Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia mungkin akan mendapat
sepuluh atau lima belas unit.

6
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang
berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar
tempat pertama ialah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Buktinya, Mahyun dirawat di
situ.
Latar tempat kedua ialah rumah Nazar yang terletak di Kampung Kota. Buktinya, Nazar
yang baru pulang ke rumah mendapati bahawa ibunya telah hilang entah merayau ke mana.
Selepas itu, dia pergi ke rumah Kim Moi untuk bertanya tentang tempat yang ditujui oleh
ibunya sejak pagi tadi.
Latar tempat ketiga ialah di sungai. Ibunya meninggal dunia di kawasan sungai kerana
tersepit di celah-celah pokok kelapa. Tempat ini telah meninggalkan sejarah hitam dalam
hidup Nazar.
Latar tempat keempat ialah rumah Mak Miah. Rumah Mak Miah berdekatan dengan rumah
Nazar. Biasanya Zainab menghantar makanan dari rumahnya ke rumah Nazar dengan
berjalan kaki sahaja.
Latar tempat kelima ialah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Di sinilah Nazar
meneruskan persekolahannya dalam peringkat menengah tinggi. Sekolah ini ialah sebuah
sekolah yang berasrama penuh dan Nazar tinggal di asrama.

7
Soalan 8 :

Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang
berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Jarak
masa novel ini berlangsung adalah lebih kurang dua tahun. Cerita bermula semasa Nazar
berada dalam tingkatan dua dan berakhir ketika Nazar memasuki tingkatan 4 di Sekolah
Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
Latar masa siang banyak digunakan oleh pengarang. Buktinya, Zainab menghadiahi Nazar
sebuah kotak muzik sebelum Nazar bertolak ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.
Latar waktu senja juga digunakan oleh pengarang. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun
seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bergerak mencari Mahyun yang
hilang.
Latar masa malam juga berlaku dalam perjalanan cerita novel ini. Buktinya, pada waktu
malam, Mak Miah dan Pak Sehak mengunjungi rumah Pak Sahar dan mencadangkan agar
Pak Sahar berkahwin lagi selepas kematian Mahyun.
Soalan 9:

Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang
dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar
masyarakat pertama ialah masyarakat kampung. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk
Kampung Kota yang terdiri daripada Mahyun, Nazar, Pak Sehak, Mak Miah dan banyak
lagi. Penduduk kampung ini tinggal dalam keadaan damai dan sejahtera. Mereka diketuai
oleh Sidang Seman.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat Cina. Masyarakat ini diwakili oleh Kim Moi dan
Ah Leong yang mempunyai anak-anak yang bernama Ah Seong, Ah Meng, dan Ah Leng.
Latar masyarakat ketiga ialah masyarakat yang bekerjasama. Buktinya, selepas gagal
mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bekerjasama
mencari Mahyun yang hilang.
Latar masyarakat keempat ialah masyarakat pelajar. Buktinya, Nazar, Zainab, dan Ah Seong
merupakan golongan pelajar yang rajin berusaha dan sering mengulang kaji pelajaran
bersama-sama untuk menghadapi peperiksaan PMR.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang suka memfitnah. Buktinya, penduduk
kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan
terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar
dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai
10:

Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah
]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Nilai
pertama ialah kegigihan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam
hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya
meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.
Nilai kedua ialah bekerjasama. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun
yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.
Nilai ketiga ialah keyakinan. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan
akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.
Nilai keempat ialah kasih sayang. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia
keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan
memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.
Nilai seterusnya ialah hormat-menghormati. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya.
Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu,
perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat
daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.
Soalan 11

Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10
markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah.
Pengajaran pertama ialah kita mesti gigih berusaha untuk menghadapi pelbagai rintangan
dalam kehidupan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya.
Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia,
dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.
Pengajaran kedua ialah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama terutama apabila
menghadapi sesuatu masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun
yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.
Pengajaran ketiga ialah kita patut mempunyai keyakinan dalam semua hal yang kita buat.
Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh
atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.
Pengajaran keempat ialah kita harus saling menyayangi antara satu sama yang lain.
Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan
ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar
rajin-rajin.
Pengajaran seterusnya ialah kita mesti hormat-menghormati terutama dalam masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab
menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan
hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada
hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.
Soalan 12:

Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Gaya
bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama
ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Lama-kelamaan
wajah-wajah itu hilang bagaikan ketulan air batu yang mencair. Contoh kedua ialah Istana
sepi bagaikan gua.

Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Api kemarahan rupanya masih lagi membara di
lubuk hati Pak Sehak. Api ialah unsur konkrit manakala kemarahan ialah unsur abstrak.

Apakah ayah akan berkahwin lagi?


Apakah ayah sudah tidak sayangkan ibu lagi?

Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Perasaan
cemas mula bergayut di wajah Kim Moi dan angin bulan Oktober yang lembap itu terasa
menampar-nampar muka Ah Seong. Dalam contoh tersebut, angin mempunyai sifat manusia
yang boleh menampar.

Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel
ini ialah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” dan “tepuk air di dulang,
sedikit sebanyak terpercik juga ke muka sendiri”.

Anda mungkin juga menyukai