Anda di halaman 1dari 2

ARTI PERSAHABATAN

(Cerpen Sedih)

Misha singkap kembali tabir ingatan nya. Sharon. Manis nama itu, semanis orangnya.
Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali
antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperihan hidup di alam remaja mereka melalui
bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat
yang tidak ada kalang-gantinya.
Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin
sekolah. Misha sedang marahkan Sharon karena mengambil pena kesukaan nya tanpa izin nya
dan menghilangkannya.
Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha
tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilangtu berlainan dengan pena yang akan
diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka
pertama kali menjadi sepasang kawan karib.
"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilangtu berharga bagiku! Misha
memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa penatu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan
kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantintu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut
Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambahlah merahlah
mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari
situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak
melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi
pipinya.
"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia
sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu
satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya
berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi
"Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha
"Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya
Sharon talipon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa
menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia
merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau
tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah
segala perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah
sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.
Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus
menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah
berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu
menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya." Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil
nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia
menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masa ada dia
gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil
menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.
Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat nota dari
padanya.

MISHA SHARMIN,

AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA
KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU
HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU.DI RUMAH AKU TAK JUMPA.TAPI AKU TAK
PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENATU ADA DI MEJA SCIENCE
LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI
DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENATU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU.
TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG
TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU
TENTENG ERTI PERSAHABATAN.

SHARON OSMAN.
Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan
derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan
memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di
hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia sedar
bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada
pena itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan
membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai
solat dia akan membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada
sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan
mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam baza.

Anda mungkin juga menyukai