Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : JIRAN KU YANG BAIK HATI

Salam madani dan selamat pagi.Terima kasih pengerusi majlis, barisan juri hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dihormati, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Apa khabar kawan-kawan? Harap semuanya sihat. Pada hari ini saya akan menyampaikan
cerita yang bertajuk : Jiranku yang baik hati.

Kawan-kawan yang saya kasihi,

Saya tinggal di sebuah taman yang mempunyai ramai penduduk berbilang bangsa. Kami
hidup aman dan harmoni sepanjang masa. Jiran saya bernama puan Devi. Puan Devi
merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Jason. Jason tidak gemar
bercampur dan bergaul dengan orang lain. Perkara ini tidak disukai oleh Puan Devi. Jason
suka memerap di rumah .Dia tidak keluar rumah dan bersosial dengan anak-anak jiran yang
lain. Hal ini merungsingkan ibunya. “Jason pergilah bermain dengan kawan-kawan setaman,
kata ibunya. Ahh, saya malaslah ibu, lebih baik duduk rumah, boleh tonton televisyen dan
bermain game, balas Jason. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh
ibunya. Puan Devi tahu bahawa Jason tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya
yang berbangsa Melayu dan cina.

Suatu petang, seorang daripada anak jiran puan Devi, Amir menghantar bubur pisang yang
dibuat oleh ibunya ke rumah Puan Devi. Pada waktu itu, Jason berada di luar rumah. “Hai
Jason, saya Amir jiran awak”, ambillah bubur pisang ini, ibu saya yang masak, kata Amir.
Jason mengambil bubur pisang tersebut dengan segera, tanpa berkata apa-apa pun. Melihat
reaksi Jason begitu, Amir pun terus pulang kerumahnya. Amir kecewa sebab tidak berjaya
menarik perhatian Jason.

Ketika di sekolah pada waktu mata pelajaran sains, cikgu meminta murid untuk menyiapkan
tugasan sains secara berkumpulan. Jason ditempatkan dalam kumpulan yang sama dengan
Amir. Sepanjang perbincangan berlangsung, sikap Jason tetap tidak berubah dan dia hanya
mendiamkan diri umpama kera sumbang. Amir berusaha untuk membuat Jason bercakap,
namun usahanya itu tetap tidak berhasil. Amir meminta Zhi Ying pula untuk bercakap dengan
Jason. Hai Jason, awak boleh tolong kami carikan gambar untuk projek buku skrap kita tak?
Tanya Zhi Ying. Jason hanya anggukkan kepala tanda setuju.

Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah Jason terbakar. Kebakaran
tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian atas rumah Jason.
Jiran-jiran Jason gempar dengan kejadian itu, mereka sedaya upaya menolong memadamkan
api yang tengah marak, sebelum bomba datang. Jason masih berada di dalam rumahnya,
manakala Puan Devi sempat keluar sebelum api marak. Puan Devi menangis, kerana tidak
sempat menarik tangan Jason untuk keluar bersamanya. Amir terus meluru masuk ke dalam
rumah, untuk menyelamatkann Jason. Dalam masa 5 minit kemudaian, Amir berjaya
membawa Jason keluar dari rumah yang terbakar itu, melalui pintu belakang. Jason sesak
nafas dan cedera di kaki dan tangan.

Amir terus menghubungi ambulans, untuk menyelamatkan Jason. Jason di bawa ke hospital
untuk mendapatkan rawatan. Dua hari Jason berada di hospital. Setelah sembuh, Jason
pulang ke rumah untuk berehat . Puan Devi dan anaknya Jason mengucapkan terima kasih
kepada Amir kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan. “Amir saya ucapkan terima
kasih, kerana awak telah selamatkan saya semasa kebakaran tempoh hari” kata Jason. “
Sama-sama Jason, jiran sepakat membawa berkat” kata Amir, sambil tersenyum. Mereka pun
berjabat tangan dan ketawa bersama. Hahaha.

Selepas peristiwa itu hubungan Jason, Amir dan Zhi Ying menjadi rapat. Mereka sering dilihat
bersama-sama bermain, membuat kerja sekolah dan beriadah.

Pengajaran daripada cerita :

1. Besangka baik dengan semua orang tanpa mengira kaum dan agama.
2. Kita telah diajar supaya bersikap toleransi dengan jiran tetangga.
3. Saling hormat-menghormati sesama jiran yang berlainan bangsa.
4. Bersedia memberi pertolongan apabila kita diperlukan.
5. Ucapkan perkataan yang baik dan memberi penghargaan kepada orang yang sudi
menolong kita.

Anda mungkin juga menyukai