Anda di halaman 1dari 3

7.

0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.

7.1 Menyenaraikan peribahasa penggunaan anggota badan dan maksudnya.

Bil. Penggunaan peribahasa anggota badan Maksudnya


1 Mata duitan Orang yang mementingkan
wang sahaja
2 Mata keranjang Suka melihat perempuan
3 Mata pencarian Rezeki
4 Berat mata Mengantuk
5 Tercucuk mata Tertipu kerana kebodohan
6 Hidung tinggi Sombong
7 Hidung belang Lelaki yang suka
mengganggu perempuan
8 Tercucuk hidung Terbeli barang buruk dengan
harga mahal.
9 Panjang tangan Orang yang suka mencuri
10 Ringan tangan Suka menolong orang
11 Berat tangan Pemalas
12 Tangan kosong Hampa
13 Buah tangan Pemberian
14 Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Segala-gala yang
dikehendaki sudah diperoleh
15 Kaki ke atas kepala ke bawah Orang yang selalu sibuk
bekerja tak henti-henti siang
malam
16 Kaki bola Orang yang sangat suka
bermain atau menonton
perlawanan bola sepak
17 Kaki bangku Tidak pandai bermain bola
18 Kaki botol Peminum arak
19 Ada gigi Mempunyai kuasa
20 Berat mulut Pendiam
21 Mulut murai Orang yang suka bercakap
banyak
22 Telinga lintah Tajam pendengaran
23 Telinga kuali Tidak mahu mendengar
nasihat orang
24 Buruk siku Meminta barang yang telah
diberikan
25 Lidah biawak Percakapan yang tidak boleh
dipercayai kerana selalu
berubah-ubah
26 Ada hati Ingin tetapi tidak mampu
27 Jatuh hati Berasa kasih kepada
seseorang
28 Hati batu Degil
29 Hati berbulu Berasa dengki/cemburu
30 Hati berlian Baik hati
31 Hati besar Suka berbangga-bangga
32 Hati binatang Kejam
33 Hati budi Perangai
34 Kecil hati Berasa tersinggung atau
merajuk
35 Hati hendak semua jadi Jika ada kemahuan, semua
dapat dikerjakan
36 Dari hati ke hati Berterus terang
37 Jantung hati Kekasih
38 Darah baru setampuk pinang Belum dewasa
39 Darah daging Saudara sendiri/sebati
dengan jiwa
40 Darah dingin Pengecut
41 Darah gemuruh Gementar
42 Darah muda Kurang arif kerana muda
43 Darah panas Cepat marah
44 Rambut sama hitam, hati lain-lain Pada zahirnya kita nampak
serupa tetapi hati kita
berbeza
45 Seperti menarik rambut di dalam tepung ; rambut Apabila membuat kerja mesti
jangan putus, tepung jangan berserak berhati-hati dan adil
46 Menconteng arang ke muka Memberi malu
47 Muka tembok Tidak tahu malu
48 Muka dua Hipokrit
49 Ada otak Bijak
50 Otak udang Bebal atau bodoh
Jumlah Penggunaan Anggota Badan Dalam
Peribahasa
12

10

6
Jumlah Penggunaan Anggota
4 Badan Dalam Peribahasa

0
Gigi

Hati
Kaki

Mulut

Lidah

Jantung
Darah

Muka
Mata

Siku

Otak
Hidung

Telinga

Rambut
Tangan

Graf bar diatas menunjukkan jumlah penggunaan nama anggota badan dalam
peribahasa Bahasa Melayu yang kami kaji, tetapi ia tidaklah merangkumi kesemua yang ada
dalam Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai penggunaan nama anggota badan yang lain dalam
peribahasa Melayu. Namun begitu, kami hanya mengkaji sebanyak 15 jenis anggota badan
dalam 50 peribahasa sahaja yang menggunakan nama anggota badan tersebut dalam kajian
kami.

Daripada dapatan yang telah kami kaji, nama anggota badan hati merupakan nama
anggota badan yang mencatatkan jumlah penggunaan yang paling kerap iaitu sebanyak 11
kali bersamaan 22 peratus. Manakala nama anggota badan gigi, siku, lidah dan jantung
merupakan jumlah penggunaan yang paling rendah dalam peribahasa yang kami kaji iaitu
sebanyak 1 bagi setiap satu nama anggota. Penggunaan nama anggota tangan dan darah
mencatatkan jumlah yang sama iaitu sebanyak 6 kali.

Anda mungkin juga menyukai