Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Tidak Berformat

Tahun 4

Pada suatu petang, saya pulang dari


sekolah
dengan
menunggang
basikal
Shimano kesayangan saya. Pada hari itu,
saya melalui jalan di belakang sekolah
bersendirian kerana kawan saya yang selalu
pulang bersama saya tidak hadir ke sekolah.
Cuaca pada petang itu kelihatan mendung
bagaikan hendak hujan.
Sedang
saya
seronok
menikmati
keindahan alam, tiba-tiba terdengar tangisan
dari sebatang pokok yang besar. Saya
berhenti dan menyandarkan basikal di tepi
pokok besar itu. Saya tercari-cari suara
budak menangis itu, rupa-rupanya seorang
budak perempuan sedang menangis di tepi
pokok besar itu.
Saya terus mendekatinya. Tiada sesiapa
selain dia. Saya lihat bajunya kotor dan
berbau hamis. Saya memujuknya supaya
berhenti menangis. Lalu bertanya tentang
dirinya. Dia hanya diam.

Saya
mengambil
keputusan
untuk
membawanya pulang. Saya memberitahu ibu
dan ayah saya tentang budak itu. Lalu dia
dimandikan dan diberikan makanan. Budak
makan dengan lahap kerana dia tidak
seharian. Ayah dan ibu cuba mendapat
maklumat tentang budak itu dan dia
bernama Alif.
Ayah dan ibu membawanya ke balai
polis untuk membuat laporan. Budak itu
diserahkan kepada pihak polis untuk mencari
ibu bapanya.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai