Anda di halaman 1dari 3

Syair Budi

Bukanlah kenang sebarang kenang Bertanam budi janganlah kurang Kalau termakan budinya orang Hendaklah balas bila terluang.

Budi itu pelembut hati Tanamlah ia jangan berhenti Walau tak berbalas cukuplah diingati Supaya hidup tidak terkeji.

Budi itu gambaran jiwa Berbuat kebajikan jangan dikira Membalas budi sehabis daya Pahit dan sakit janganlah dikira.

Hendaklah kita elokkan budi Berbuat baik kerana Ilahi Jauhkan kita termakan budi Supaya kelak tak susah sendiri.

Budi itu elokkan perangai Membalas ia hendaklah pandai Buat kebajikan janganlah lalai Petuah amanah hendaklah dipakai.

Hendaklah kita berlapang dada Bertanam budi janganlah bangga Perasaan orang wajib dijaga Membalas budi jangan berhingga.

Setiap masa hendaklah ingat Bertanam budi jadi ibadat Membalas budi mengikut adat Semoga Allah memberi rahmat.

Dalam berbudi lembutkan lidah Jangan selalu buat menyalah Membalas budi jangan bertingkah Berbuat baik jangan menyumpah.

Anak Ikan Yang Suka Menipu

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikanikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikanikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakanrakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai