Anda di halaman 1dari 1

NAMA PESERTA : KENNEDY JIEW KUAN SEKOLAH : SK LONG APU TAJUK CERITA :ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Mari mari dengar cerita ini. kisah anak ikan bernama Toni. Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Toni. Toni tidak disenangi rakan-rakannya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Toni akan menjerit, Tolong, tolong, ada Jerung disini! tolong tolong mari selamatkan diri.. Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Toni akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Toni menjerit, Jerung! Jerung! Namun Toni sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakannya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Toni, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Toni. Pada suatu hari, Toni menghampiri rakan-rakannya ini. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba jeng jenjeng jeng jenjeng muncul seekor jerung menghampiri mereka. Akulah jerung yang lapar.. Aku mahu makan anak ikan.... Namun Toni tidak menyedari kehadiran jerung itu. Tolong, tolong, ada Jerung disini! tolong tolong mari selamatkan diri.. Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Toni tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia menyangka mereka cuba mempermainmainkannya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Toni. Jerung itu berenang menghampiri Toni. Toni tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu. begitulah kawan-kawan, jangan sesekali kita menipu, sekali kita menipu, orang tidak akan mempercayai kita lagi. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai