Anda di halaman 1dari 1

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Hai, kawan-kawan! salam sejahtera. Nama Saya Lim Li See. Saya dari sekolah SJKC
Poay Eng, ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Anak Ikan Yang Suka
Menipu “
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-
celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut
dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!
Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan
rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu
tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri
mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!”
Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-
celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka
cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung!
Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang
menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai