Anda di halaman 1dari 1

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini
ialah Anak ikan yang suka menipu.

Di dalam sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang sangat… nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain
sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”

Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. “Ha Ha Ha…” Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan
memakan mereka tanpa belas kasihan…isk..isk..isk..tak patut...tak patut…

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony ni
sungguh…nakal. Ia berasa sangat seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya itu. Tetapi, ikan-
ikan kecil itu pun satu…suka mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Mmm …. Mmm…

Pada suatu hari, Tony pun menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti
biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Grrr..grr.. gr… Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat! Cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari
lalu bersembunyi di celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya.


“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu pun berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri.
Ia dimakan oleh jerung itu. Na…matila Tony...kasian..kasian..

Ingat tu tau kawan-kawan… jangan suka menipu tau. Nanti boleh memakan diri kita sendiri.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi….

Anda mungkin juga menyukai