Anda di halaman 1dari 2

Anak Ikan yang Suka Menipu

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif dan bijaksana.
Penjaga masa yang patuh pada waktu. Guru-guru dan rakan-rakan yang saya
kasihi.
Ke Pekan Kuala beli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai di buka,
Dengan alunan madah yang indah.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan
pengajaran buat kita semua. Cerita saya bertajuk “Anak Ikan yang Suka Menipu”
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disukai kerana dia suka menipu. Ketika ikan-ikan lain sedang
bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung!, sembunyi cepat!” Ikan-ikan itu
takut lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.
Tony akan ketawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan
jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab
itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”
Namun Tony sungguh nakal. Ia seronok dapat mempermain-mainkan
rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu percaya kepada Tony, walaupun mereka selalu
tertipu dengan helah Tony.
Ha ha ha, kamu semua mudah tertipu dengan helah aku. Ha ha ha.
Begitulah gelagat Tony setiap hari yang suka menipu.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak sedar akan kehadiran jerung itu.
“Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari
lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-
rakanya. Ia menyangka mereka cuba mempermain-mainkannya.
“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri.
Tony telah dimakan oleh jerung itu.
Begitulah kisah anak ikan yang suka menipu. Oleh yang demikian, kita
haruslah sentiasa bercakap benar dan jangan menipu kepada sesiapapun kerana
ianya akan memakan diri kita sendiri.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pergi berburu hingga sempadan,


Dapat kancil badan berjalur,
Biar carik baju dibadan,
Asalkan hati bersih dan jujur.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai