Anda di halaman 1dari 8

KISAH TELADAN SEMUT DAN BELALANG

Pada suatu pagi yang damai, ada sekumpulan semut yang sedang
bertungkus-lumus memunggah makanan untuk dibawa ke sarang mereka.
Sambil bekerja, mereka semua rancak menari dan ada seekor semut yang
terkenal sebagai penyanyi dalam kalangan mereka iaitu Semut Merah
namanya. Dia menyanyikan lagu Mari Kita bekerja dengan merdu sekali.
Semut Merah: Mari kita bekerja....
sambil goyangkan badan...
ikut rentak.. sama-sama....lalala..
Dalam rancak semut-semut itu menari dan menyanyi, tiba-tiba datang
seekor belalang yang tinggi, badan besar dan tangan yang tajam. Sekali Si
belalang itu menghayunkan tangannya dapat menyebabkan semut-semut
itu rebah dalam sekelip mata sahaja.
Belalang : Hoi! apa kamu semua buat kat sini ?
Semut : Kami sedang mencari makanan untuk dibawa ke sarang. Tak lama
lagi akan tibanya musim kemarau yang sangat dahsyat. Kamu tak
mendengar berita ke?
Belalang : Aku tak peduli la dengan cerita karut kamu semua ni. Mana ada
kemarau, aku tengok keadaan sekarang biasa saja. Baik kamu semua
pergi dari kawasan ini, kalau tidak aku akan melaporkan perkara ini
kepada ketuaku..
Semut Merah :Kenapa kami harus pergi dari sini sedangkan kawasan ini
tak ada sesiapa yang punya. Semua binatang boleh datang mencari
makanan di kawasan ini.
Belalang :Oh, kamu semua melawan ya...siap la kamu nanti !
Semua kaum semut telah kembali semula ke sarang dan menceritakan
kejadian tersebut kepada ketua mereka iaitu Ratu Semut. Ratu Semut
berasa marah dengan tindakan belalang tersebut. Ratu telah menasihati
semua rakyat-rakyatnya supaya bersabar dan dia berjanji akan
memikirkan penyelesaiannya.
Tiba-tiba terdengar laungan kuat dari luar disertai dengan ketukan yang
bertalu-talu. Kelihatan dari tirai-tirai jendela, segerombolan belalang
datang dan berhimpun di depan pintu sarang semut. Tidak dapat dikira
betapa ramainya belalang-belalang tersebut kerana tersangatlah ramai
seperti hendak berperang.
Ketua Belalang: Hoi! keluar kamu semua. Berani kamu menjejakkan kaki
ke kawasan jajahanku! Kamu semua tak tahu ke, kawasan itu adalah
kawasan larangan bagi kaum-kaum semut sepertimu !

( Dengan perasaan angkuh dan bongkaknya Ketua Belalang itu berkatakata.. )


Ratu Semut : Kenapa bising-bising dekat luar ni... kalau iapun belalang,
bagi la salam dahulu bila datang ke tempat orang..ini tidak, datang-datang
je nak mengamuk... bukan ke tidak elok dilihat oleh jiran tetangga.
Ketua Belalang: Kamu tanya la sendiri kaum-kaummu, apa yang mereka
sudah lakukan dikawasan jajahanku. Berani mereka mencari makanan di
sana tanpa keizinanku.
Ratu Semut : Sekiranya tempat itu adalah kawasan jajahanmu, maka
kawasan ini adalah jajahanku...jadi kamu juga tidak mendapat izin dariku..
adilkah begitu? (Raja Semut dengan berhemahnya menuturkan kata-kata)
Apa kata kita semua duduk berbincang terlebih dahulu. Apa pendapat
kamu wahai Ketua Belalang?
Ketua Belalang: Ha...ha..ha... apa kamu kata tadi, mengadakan
perbincangan?
Ha...ha..ha... ( semua belalang ketawa dengan kuatnya)
Kamu ingat kaum aku dengan kamu setaraf ke, tengok la diri kamu tu
dulu. Dari segi fizikal pun da banyak beza apatah lagi benda-benda lain...
Ratu Semut :Sungguh angkuh kata-katamu wahai Ketua Belalang. Sebagai
seorang ketua, kamu sepatutnya mengawal dan mendidik rakyatmu
dengan sebaiknya supaya mereka dapat menjadi rakyat yang berguna.
Bukannya membawa mereka ke arah keburukan dengan tindakan
sebegini. Sungguhpun kaum kami kecil tetapi bukan bermakna hati kami
juga kecil. Kami sangat bersyukur kerana hati dan budi kami murni dan
kaya dengan budi bahasa...
Ketua Belalang : Ah! Tak perlu kamu berceramah di sini. Aku datang bukan
untuk mendegar ceramah darimu. Nanti akan tiba masanya untuk aku
membalas segala perbuatanmu.
(Ratu Semut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hatinya
menyatakan betapa kerasnya hati Ketua Belalang tersebut dan sukar
untuk dilembutkan...)
Ketua Belalang: Kenapa kamu senyap...dah tak de idea ke..( dengan nada
perli). 2 bulan lagi aku akan datang untuk memberikan pengajaran kepada
kamu semua! Mari semua kita beredar dari tempat ini.
Kaum semut tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan apa yang
akan berlaku 2 bulan nanti...Adakah kaum mereka semua akan hancur
diserang oleh kaum belalang? Itulah yang sentiasa bermain di fikiran
mereka.

Ratu Semut :Kamu semua janganlah bimbang. Kita perlu yakin dan
berusaha untuk mengatasi masalah ini. Tuhan akan sentiasa menolong
hamba-hambanya yang memerlukan. Apa yang penting kita perlu banyakbanyakkan berdoa dan mengingatinya. Malam ini, kita akan adakan satu
mesyuarat tergempar. Kamu semua perlu hadir untuk membincangkan
mengenai perkara tersebut.Menyuarat tergempar telah diadakan oleh
kaum semut.
Ratu Semut : Semua sudah bersedia ye..tapi sebelum tu kita mulakan
dengan bacaan Al-fatihah terlebih dahulu supaya mesyuarat kita
mendapat keberkatan dan moga-moga kita semua akan menemui jalan
penyelesaiannya nanti. Amin..
Semut Merah :Saya ada satu idea, Ratu..
Ratu Semut :Idea apa tu, boleh kamu nyatakan..
Semut Merah : Apa kata kalau kita bina pagar...macam mana ?
Ratu Semut : Bagus juga idea kamu tu..apa pendapat kamu semua wahai
rakyatku?
Semut Hijau : Pada pendapat saya...Kita boleh membina pagar, tetapi
dengan daya dan fizikal kita seperti ini tidak mampu untuk membinanya
dalam masa yang teramat singkat. Sekiranya kita bina pagar, mestilah
mengelilingi seluruh kawasan kita ni, tetapi sekiranya pagar yang dibina
itu rendah dan tidak kukuh, maka senanglah kaum belalang itu
memecahkannya dengan menggunakan kaki dan tangannya yang tajam
itu.
Ratu Semut : Kalau macam tu, cara apakah yang paling sesuai untuk kita
menghadapi belalang-belalang tersebut?
Semut Hijau : Pada pandangan saya, kita perlu membina satu replika
binatang yang lebih besar daripada belalang supaya mereka akan jadi
takut apabila melihatnya nanti.
Semut Merah : Bukan ke sekiranya kita membina replika binatang tersebut
akan lebih menyusahkan lagi dari kita membina pagar...
Semut Hijau : Kalau kita semua bekerja sama dan bersatu hati, maka
semuanya dapat kita lakukan. Replika ini bukannya perlu di bina
mengelilingi kawasan kita, tetapi kita hanya perlu bina seekor sahaja
tetapi perlu cukup besar berbanding dengan kaum belalang itu. Kita perlu
bahagikan kepada setiap kumpulan, yang mana kumpulan tersebut akan
membina bahagian kaki, badan, tangan dan sebagainya yang memerlukan
kita yang akan mengerakkannya nanti...
Ratu Semut :Bagus juga idea kamu itu, replika tersebut semestinya kuat
kerana kita semua berada di dalammya dan mengerakknnya. Siapa yang
setuju dengan idea tersebut?

( Kedengaran sebahagian besar semut telah bersetuju dengan idea yang


diberikan oleh Semut Hijau itu tadi )
Operasi membina replika binatang telah dimulai. Semua semut telah
diberikan tugas dalam kumpulan masing-masing..
Hari berganti hari dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kaum-kaum
belalang akan datang menyerang kaum semut. Semuanya sibuk
menyiapkan kerja masing-masing dengan bertungkus lumus. Kelihatan
semut-semut betina sedang menyiapkan makanan dan minuman kepada
semut jantan yang sibuk bekerja. Semuanya mengambil bahagian dan
tidak
terkecuali
seekor
semut
pun
dari
operasi
tersebut.
Tibalah masa dan saat-saat yang ditunggu oleh semut. Satu peperangan
yang dahsyat akan berlaku diantara kaum yang kecil dengan kaum yang
lebih besar.. Pertempuran tersebut berlaku pada musim kemarau yang
teramat sangat. Walaubagaimanapun, kaum-kaum semut yang rajin telah
mengumpulkan makanan terlebih awal lagi untuk menghadapai hari
tersebut.
Sayup-sayup
kedengaran
bunyi
bising
berteriakan...tanah-tanah
bergegaran sehingga pasu-pasu bunga yang di tanam oleh semut
bergegar di sebabkan oleh kekuatan kaum belalang tersebut..
Keluarlah senjata dari kaum semut iaitu replika binatang yang sangat
besar. Replika tersebut digerakkan dengan seluruh kudrat semut-semut
tersebut. Kaum belalang terkejut dengan hasil ciptaan kaum semut.
Peperangan telah bermula dan kaum semut telah berjaya memusnahkan
banyak kaum belalang dengan senang. Hal ini kerana kaum-kaum
belalang kekurangan tenaga akibat musim panas tersebut dan daun-daun
hijau semuanya menjadi kering. Akhirnya kaum semut berjaya
menghapuskan kaum-kaum belalang yang angkuh dan kuat itu.
Moral daripada cerita Semut dan Belalang adalah, janganlah kita
mementingkan status diri kita dan jangan beranggapan bahawa golongan
yang besar itu tidak boleh berkawan dengan golongan bawahan. Selain itu
juga tidak semestinya kelemahan itu di ukur melalui besar ataupun kecil
status tersebut. Sepatutnya kita perlu hidup bersatu padu dan saling
bekerjasama antara satu sama lain. Tuhan menjadikan semua mahkluk
dengan sempurna dan tidak pernah membezakan antara satu sama lain.
Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Selain itu,
dalam cerita ini terdapat juga nilai kepimpinan melalui watak Ratu Semut,
nilai bekerjasama, tidak sombong dan sebagainya yang perlu dipupuk
dalam diri setiap manusia.

Arnab dnegan Kura-kura


Suatu ketika dulu, seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat
tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka
mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan
mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalanjalan (track) yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang
sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya.
Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di
belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di
bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak.
Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia
memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah
terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.

Pengajaran dari cerita ini ialah "biar pun lambat asalkan berhati-hati
memberi pengakhiran yang baik."Inilah cerita yang telah disampaikan
oleh emak ayah, datuk nenek kita turun temurun sejak dulu. Tapi cerita itu
tidak berakhir di situ...ada sesuatu yang lebih menyeronokkan berlaku dan
cerita itu disambung lagi...
Arnab sangat kecewa dan dia mengkaji kenapa dia boleh kalah dalam
perlumbaan itu. Kemudian dia menyedari bahawa kekalahan itu hanya
disebabkan dia terlebih yakin (overconfident), tidak cermat dan lalai.

Sekiranya dia bersikap lebih berhati-hati, tentu dia dapat mengalahkan


kura-kura tersebut. Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba
sekali lagi. Kura-kura bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa
berhenti sehingga sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi
pemenang dalam perlumbaan itu.
Pengajaran dari cerita ini ialah "cepat dan berhati-hati lebih baik daripada
lambat dan berhati-hati. It's good to be slow and steady, but it's better to
be fast and reliable."
Tapi cerita itu tidak berakhir di situ...ada yang lebih menyeronokkan
berlaku dan cerita itu disambung lagi...
Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji.
Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika
perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan (track) yang sama. Kemudian
dia mencabar arnab untuk mengadakan satu lagi perlumbaan tapi kali ini
perlumbaan itu harus mengikut jalan-jalan (track) yang lain. Arnab
bersetuju. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab berlari selaju-lajunya tanpa
berhenti sehingga dia sampai di sebatang sungai yang lebar. Dia tidak ada
cara untuk menyeberangi sungai itu bagi menamatkan perlumbaan. Arnab
berjalan mundar-mandir di situ sambil berfikir apa yang harus
dilakukannya untuk sampai ke garisan penamat di seberang sungai
tersebut. Sementara itu, kura-kura sampai di situ dan dengan mudah
sekali dia berenang menyeberangi sungai tersebut. Akhirnya kura-kura
memenangi perlumbaan itu.
Pengajaran dari cerita ini ialah "hendaklah mencari kekuatan dan
keistimewaan diri sendiri terlebih dahulu kemudian tukar pelan atau aksi
mengikut kekuatan dan keistimewaan tersebut bagi mencapai sesuatu
kejayaan."Tapi cerita itu tidak berakhir di situ...ada yang sangat
menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi begini....
Disebabkan tiga perlumbaan sebelum ini, arnab dan kura-kura telah
menjadi kawan baik. Mereka membuat kajian dan berfikir bersama-sama.
Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan
terakhir tetapi kali ini mereka akan berlumba secara berpasukan.
Perlumbaan pun dimulakan. Arnab membawa kura-kura lari sepantas
mungkin tanpa berhenti sehingga sampai ke tebing sungai. Di sini, kurakura pula mengambil alih. Dia berenang menyeberangi sungai tersebut
dengan membawa arnab di belakangnya. Apabila tiba di seberang sana,
arnab lagi sekali membawa kura-kura berlari sehingga mereka sama-sama
sampai ke garisan penamat. Di dalam perlumbaan terakhir ini, keduaduanya sangat berpuas hati jika dibandingkan dengan perlumbaanperlumbaan sebelum ini.
Pengajaran dari cerita ini ialah "adalah bagus untuk menjadi individu yang
cerdik tetapi kita akan menjadi lebih baik jika kita bekerjasama dalam satu

pasukan kerana kita tidak ada kemahiran dalam semua bidang. Di dalam
bidang yang kita tidak ada kemahiran, ia akan diambil alih oleh orang lain
yang berkemahiran dalam bidang tersebut."Perhatikan dalam cerita di
atas, kura-kura dan arnab masing-masing tidak berputus asa. Mereka
sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlumbaan demi perlumbaan
walaupun ada ketikanya mereka terpaksa menukar strategi perlumbaan.

Dalam kehidupan. ketika kita berhadapan dengan kegagalan, kadangkadang kita perlu berusaha dengan lebih giat lagi malah ada ketikanya
kita perlu menukar strategi dan mencuba sesuatu yang baru dan berbeza.
Ada kalanya kita perlu meletakkan usaha dan strategi yang berbeza itu
bergandingan agar kita mendapat hasil yang memuaskan.
Melalui cerita di atas juga, kita mendapat satu lagi pengajaran yang
berguna. Apabila kita berhenti berlumba untuk mengalahkan seseorang
dan memulakan perlumbaan untuk mengubah situasi, kita boleh
melakukan yang terbaik dan mencapai yang terbaik. Pada pemimpinpemimpin politik di luar sana, ambil lah pengajaran dari cerita arnab dan
kura-kura ini. Hindarkan diri dari berlumba untuk menang dan
mengalahkan seseorang kerana jika itu niatnya, kita akan melakukan apa
saja untuk mendapatkan kemenangan termasuklah menggunakan taktik
kotor seperti rasuah dan sebagainya. Sebaliknya berlumbalah untuk
mengubah situasi dan suasana ke arah kebaikan. Jika niat itu ada dalam
diri, kita akan mampu mencapai sesuatu yang lebih baik dan mampu
bekerjasama secara berpasukan.

Pada zaman dahulu, dipercayai semua binantang boleh bercakap sesama


mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang.
Hatinya riang tidak terkira. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil
menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan.
Sang Arnab terhenti berlari, matanya sedang memerhati Sang Kura-Kura
yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di hatinya untuk
bertanya
kepada
Sang
Kura-Kura.
Arnab : Selamat pagi, Sang Kura-Kura!.
Kura-Kura : Selamat Pagi Sang Arnab.
Arnab : Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan.
Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan
sedemikian rupa.
Kura-Kura : Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak
berjalan laju-laju pula. Lagipun aku sedang menikmati pemandangan
yang
indah
dan
sejuk
di
sini.

Arnab : Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan
menang Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang
Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan soalannya.
Kura-Kura : Hmmmtak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum
tahu. Kata Sang Kura-Kura yang juga tidak mahu mengalah.
Arnab : Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari.
Kura-Kura : Tidak ada masalah Sang Arnab.
Arnab : Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu
ke pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang.
Kura-Kura : Saya setuju.
Arnab : O.k. Satu! Dua! Tiga!.
Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian
kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba
dengannya. Sambil berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang.
Kelihatan Sang Kura-Kura sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang
Arnab pun berfikir sekiranya ia berehat sebenar tentu Sang Kura-Kura pun
masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab pun berhenti di
sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu ramai kawankawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur
dengan nyenyaknya.
Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang KuraKura terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang
pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak
mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan.
Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura
masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya
untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok
besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil
berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas
kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.
Kura-Kura : Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai.
Arnab : Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku
tadi. Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau
lambat lagi.
Kura-Kura : Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan.
Lain kali jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan
yang terbaik.
Arnab : Baiklah Sang Kura-Kura.
Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.
http://mcjuliani.weebly.com/rhetoric-blog/5-paragraph-essay-technologyand-the-education-system

Anda mungkin juga menyukai