Anda di halaman 1dari 2

Anak Ayam Memperdaya Serigala

Selamat petang, tajuk cerita saya ialah Anak Ayam


Memperdaya Serigala.
Seekor anak Ayam berkata kepada ibunya, Banyak
cendawan di bukit. Biar saya tolong emak petik cendawan di
situ.
Ibu Ayam berkata, Bagus kalau kamu mahu tolong
emak, tetapi ingat, jangan pergi terlalu jauh.
Baiklah emak, jawab anak Ayam. Ia mengambil bakul
yang kecil lalu berlari keluar dari rumah.
Wah, banyaknya cendawan! anak Ayam melompatlompat sambil memetik cendawan. Tidak berapa lama
kemudian, bakulnya telah penuh.
Tiba-tiba anak Ayam ternampak seekor Serigala tidak
jauh darinya. Ia berasa takut tetapi tidak sempat melarikan
diri. Kemudian ia mendapat satu akal.
Aduh, sakitnya perut saya! anak Ayam berpura-pura
menjerit kesakitan sambil menekan perutnya. Serigala
menghampiri anak Ayam lalu bertanya dengan hairan.
Apakah yang terjadi kepada kamu?
Saya termakan cendawan yang beracun, jawab Anak
Ayam sambil menangis. Perut saya sakit. Saya akan mati
tidak lama lagi. Kemudian ia menutup matanya berpura-pura
mati.
Serigala melihat kepada anak Ayam lalu berfikir,
Daging ayam sangat lazat tetapi ayam ini sudah beracun!

Serigala menghidu-hidu anak Ayam seketika. Akhirnya ia


pergi dari situ.
Apabila Serigala sudah pergi jauh, anak Ayam bangun
dengan cepat. Ia mencapai bakulnya lalu berlari pulang
dengan pantas.
Kawan-kawan, moral cerita ini ialah : Jika menghadapi
masalah, hendaklah bertindak dengan bijak. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai