Anda di halaman 1dari 4

Jangan Suka Berbohong

Pada zaman dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang lelaki yang
nakal bernama Mamat. Mamat bekerja mengambil upah menjaga kambing biri-
biri di sebuah ladang, iaitu sebagai pengembala biri-biri. Disebabkan kerjanya itu,
Mamat lebih dikenali sebagai Mamat Biri-biri.
Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung
kampung itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut
rumput dari pagi hingga ke petang. Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari.

Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Mengembala biri-biri
tidaklah susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Saban hari Mamat
menghabiskan masanya dengan tidur di bawah pokok dan berangan-angan.
Mamat berangan menjadi orang yang kaya raya , ada kereta mewah, dan
mempunyai rumah yang sangat besar. Tiba- tiba, ranting pokok jatuh di atas
mukanya dan akhirnya Mamat sedar bahawa dia hanyalah bermimpi.
Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada
kawan untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang
begitu asyik meragut rumput-rumput. Kebosanan Mamat semakin menjadi-jadi
dari hari ke hari. Saban hari Mamat bermenung dan merungut sendirian
mengenangkan nasibnya. Suatu petang, Mamat mendapat akal untuk
menghilangkan kebosanannya itu.

"Tolong! Tolong! Serigala menyerang!"
"Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!"

Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yang sedang
bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu
bergegas ke tempat Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana,
mereka lihat Mamat sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!"
"Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan
ketawanya.

"Cis! Mamat, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu
sambil berlalu menuju ladang mereka.

Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Perasaan bosan yang menguasai
diri Mamat sebelum ini, hilang ditiup angin petang itu. Mamat berkira-kira untuk
mengulangi kejadian seperti petang itu.

Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang
kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Mamat mengulanginya.
Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah tersebar luas. Biarpun ada
di antara penduduk kampung itu menasihati Mamat, tetapi dia tetap dengan hobi
barunya itu. Nasihat demi nasihat yang diberikan penduduk kampung itu, tidak
pernah diambil peduli.

Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka
hanya membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya. Mamat juga
menjadi bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang.


Pada suatu hari sedang Mamat bermenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya
berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat terperanjat
melihat kehadiran sekawanan serigala yang sedang berusaha mengejar biri-
birinya.

"Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala..."
"Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang
kali, tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh kawanan serigala itu.
Serigala itu berlalu pergi meninggalkan Mamat dan saki baki biri-biri yang tinggal
setelah kekenyangan. Mamat yang terperanjat dan ketakutan itu, menangis
semahu-mahunya. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu telah menyebabkan
orang kampung tidak datang menolongnya. Dan akibatnya, biri-birinya telah
menjadi habuan kepada serigala.
Nyanyian :
Biri biri saya dah hilang
Habis di makan serigala
Kamu semuala takda datang
Tinggal saya seorang lagi.

Itulah orang sudah kata,
Jangan biasa memperdaya
Nanti orang dah tak percaya
Bila terkena padan muka

Moral : kawan kawan jangan sesekali menipu
Kalau kita cakap benar sekalipun
Orang dah tak percaya

Tamatlah sudah cerita kami
Terima kasih dan jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai