Anda di halaman 1dari 2

Nama Peserta : MOHAMAD IRFAN SHAH BIN JOHARI

Tajuk cerita : PENGEMBALA DAN BIRI –BIRI

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “PENGEMBALA DAN BIRI-BIRI”.

Pada suatu waktu dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang
nakal bernama Mamat. Mamat bekerja mengambil upah menjaga biri-biri di sebuah
ladang, iaitu pengembala biri-biri. Oleh kerana kerjanya itu, Mamat lebih dikenali
sebagai Mamat Biri-biri.

Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu
untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari pagi
hingga ke petang. Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu akan dibawa pulang
ke kandangnya. Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari.

Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Mengembala biri-biri tidaklah
susah dan tidak perlukan tenaga yang banyak. Mamat boleh berehat atau
melakukan apa saja yang dia suka ketika menunggu biri-biri meragut. Saban hari,
Mamat menghabiskan masanya dengan tidur di bawah pokok dan berangan-angan.

Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada kawan
untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang begitu asyik
meragut rumput. Kebosanan Mamat semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Saban
hari, Mamat termenung dan merungut sendirian mengenangkan nasibnya. Suatu
petang, Mamat mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu.

"Tolong! Tolong! Ada serigala yang jahat..!"


"Tolong!! Tolong !!.. Ada serigala di sini..!"

Serigala !..Serigala..!..mana..??mana..?? (Nyanyian)

Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yang sedang bercucuk
tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu bergegas ke tempat
Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat
sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!"


"Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan
ketawanya.

"Cis! Mamat, kamu sudah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu


sambil berlalu menuju ke ladang mereka.
Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Perasaan bosan yang menguasai diri
Mamat sebelum ini, hilang ditiup angin petang itu. Mamat berkira-kira untuk
mengulangi kejadian seperti petang itu.

Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang


kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Mamat mengulanginya.
Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah tersebar luas. Biarpun ada di
antara penduduk kampung itu menasihati Mamat, tetapi dia tetap dengan hobi
barunya itu. Nasihat demi nasihat yang diberikan penduduk kampung itu, tidak
pernah diendahkannya.

Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka hanya


membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya. Mamat juga menjadi
bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang kampung lagi.

Pada suatu hari, sedang Mamat termenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya
berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat terperanjat melihat
kehadiran sekawan serigala yang sedang berusaha mengejar biri-birinya.

"Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala..."


"Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang kali,
tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh sekawan serigala itu. Serigala itu
berlalu pergi meninggalkan Mamat setelah kekenyangan. Mamat yang terperanjat
dan ketakutan itu, menangis semahu-mahunya. Dia sedar akan kesilapannya yang
lalu telah menyebabkan orang kampung tidak datang menolongnya. Dan akibatnya,
biri-birinya telah menjadi habuan kepada serigala.

Ya Kawan-kawan,
Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada cerita itu ialah kita tidak boleh
bercakap bohong dan suka mempermainkan perasaan orang lain seperti sikap
Mamat yang suka menipu orang kampung.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai