Anda di halaman 1dari 2

BUDAK PENGGEMBALA DAN SERIGALA

Terima kasih pengerusi majlis,


Barisan hakim yang arif bijaksana,
Sidang hadirin hadirat semua,
Marilah dengar ____________ bercerita.

Selamat pagi. ‘Budak Penggembala dan Serigala’, itulah tajuk


cerita saya pada pagi ini.

Suatu masa dahulu, ada seorang budak penggembala


kambing yang menjaga sekawan kambing biri-biri. Suatu hari, dia
berasa sangat sunyi dan bosan. Dia mula bernyanyi…………..
Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Namun, budak lelaki itu berasa bosan semula. Lalu terfikirlah


dia untuk memperdaya penduduk kampung. Dia tersenyum.

Budak lelaki itu terus berlari ke kampung dan menjerit meminta


dengan kuat . Dia menjerit beberapa kali.

Penduduk kampung mendengar jeritan budak lelaki itu dan


datang untuk menghalaukan serigala itu. Apabila mereka tiba di
padang rumput itu, budak lelaki itu menyatakan bahawa serigala itu
sudah tidak ada.
Budak lelakiberasa sungguh gembira, kerana berjaya menipu
penduduk kampung itu.

Namun, penduduk kampung itu berbual-bual lalu berpesan


kepada budak lelaki itu agar berhati-hati. Kemudian, mereka pergi.

Hari berikutnya, dia ingin memainkan muslihat yang sama. Dia


menjerit menjerit meminta sekali lagi seperti semalam.

Penduduk kampung berlari untuk menolong budak lelaki itu,


tetapi sekali lagi mereka tidak menemui sebarang tanda adanya
serigala.

Kali ini, penduduk kampung tidak yakin lagi sama ada budak
itu bercakap benar. Budak lelaki itu mentertawakan mereka.

Beberapa hari kemudian, budak lelaki itu sekali lagi menjerit


meminta tolong. Penduduk kampung ketawa dan menyangka
bahawa budak lelaki itu cuba menipu mereka lagi.

Tetapi, kali ini, seekor serigala benar-benar mengejar biri-


birinya itu dan tiada sesiapa datang untuk menolong budak lelaki
itu.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang menemui
banyak bangkai biri-birinya. Budak lelaki itu kini menyesal dengan
perbuatannya.

Wahai, kawan-kawan, ingatilah, orang yang suka berbohong


tidak akan dipercayai ketika mereka bercakap benar
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai