Anda di halaman 1dari 2

PEMUDA DAN SERULING SAKTI

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Para panel hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Hari ini saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Pemuda dengan seruling sakti”.Marilah
semua mendengar cerita saya.

Penduduk Kampung Sehenti hidup dan damai,tetapi tidak prihatin terhadap

kebersihan persekitaran. Hal ini menyebabkan tikus semakin merebak.Tikus-tikus

bebas berkeliaran.Untuk itu mereka membela kucing dan memasang perangkap

untuk menghapuskan tikus, tetapi usaha ini tidak berkesan kerana tikus terlampau

banyak.

Musibah yang menimpa kampung itu telah tersebar ke kampung yang lain.

pada suatu hari,seorang pemuda yang tidak dikenali datang untuk menawarkan

khidmatnya."Aku sedia membantu kamu sekalian tetapi dengan syarat,setiap

orang mesti memberiku upah dua keping emas, "kata pemuda itu kepada

penduduk kampung. Mereka bersetuju dengan tawaran itu.

Pemuda itu meniup serulingnya, lantas tikus-tikus itu keluar berkumpul

nwngelilinginya. Kemudian, Pemuda itu berjalan menuju sebatang anak sungai yang

tidak jauh dari kampung itu. Pemuda tadi terus masuk ke dalam sungai lalu diikuti oleh

tikus tadi.Tikus-tikus itu akhimya mati lemas.

Kini,Kampung Sehenti telah bebas daripadaserangan tikus. Pemuda itu

menuntut upah seperti yang dijanjikan tetapi penduduk kampung tidak mengendahkan

tuntutan pemuda itu. Pemuda itu sangat marah, “ Terimalah balasan daripada aku!’’

getus pemuda itu. Lantas,dia meniup serulingnya menyebabkab semua kanak-kanak

yang ada di kampung itu berkumpul lalu mengikutinya.


Penduduk pekan itu mulai cemas.Mereka mengejar pemuda itu sambil berkata"

Wahai pemuda pulangkanlah anak-anak kami,kami sedar akan kesilapan

kami,"rayu penduduk kampung itu.

Rayuan penduduk kampung tidak diendahkan. Pemuda masuk ke dalam

sebuah gua dengan semua kanak-kanak itu, lalu mercka ghaib daripada pandangan

penduduk.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka menyesal atas perbuatan

mereka tetapi sudah terlambat. Bak kata pepatah" Sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tidak berguna."

Sehingga hari ini. penduduk di Kampung Sehenti tidak dapat melupakan kesilapan

yang dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kini,mereka sentiasa mematuhi janji yang

dibuat.Mereka tidak mahu sejarah hitam di kampung itu berulang kembali.

Wahai kawan-kawan,

Kita hendaklah memegang janji yang dibuat agar kita sentiasa dipercayai.SeIain itu

kita juga haruslah menjaga kebersihan persekitaran supaya terhindar daripada

makhluk perosak.

Sekian sahaja cerita daripada saya, semoga kita berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai