Anda di halaman 1dari 3

Seruling Sakti

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya ada satu
cerita yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Seruling
Sakti.

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki
bukit. Pekan tersebut dikenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan
aman damai, tetapi sikap mereka tidak prihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut
penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata
menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin
banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipenuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya di pekan tersebut. Tikus-tikus bergerak


bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela
kucing untuk menghalau tikus dan ada di antara mereka memasang perangkap tetapi
tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati
akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain
sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan
tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat
penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap
orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka di atas tawaran
pemuda tadi. Ada antara mereka tidak bersetuju kerana mereka tidak sanggup untuk
membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar
akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu
kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling
sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasyik
sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada di merata tempat di dalam
pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan
perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh
dari pekan tersebut. Apabila sampai di tepi sungai pemuda tadi terus masuk
kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang di dalam
sungai dan semuanya mati lemas.

Kini, pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak
dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut
enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang
dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya
dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia meniupkan
seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati
kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya.

Setelah semua kanak-kanak berkumpul, pemuda tadi berjalan sambil meniupkan


seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak
tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka
akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah
meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan
merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali
anak-anak mereka. Mereka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan
pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa
kanak-kanak tersebut menuju ke suatu tempat dan apabila mereka sampai di situ
muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu dan diikuti
oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib dan hilang
daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa
kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Mereka menyesal atas
perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan
oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan
oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Anda mungkin juga menyukai