Anda di halaman 1dari 3

SERULING SAKTI

Terima kasih pengerusi Majlis yang saya hormati para hakim , guru-guru dan
Dan rakan- rakan sekelian.Saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk
“SERULING SAKTI’

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan tersebut dikenali sebagai Pekan Timah.
Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap
mereka tidak prihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan
sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata- rata menyebabkan
pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin
banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipenuhi tikus- tikus.

Tikus- tikus berkeliaran dengan banyaknya di pekan tersebut. Tikus - tikus


bergerak bebas tanpa peraasaan takut kepada manusia. Penduduk di
pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus. Ada antara mereka
memasang perangkap tetapi tidak memberi kesan kerana tikus terlampau
banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk
menghapuskan tikus- tikus tersebut. Musibah yang menimpa pekan
tersebut telah tersebar luas ke pekan - pekan lain sehinggalah pada suatu
hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut
menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat
penduduk pekan tersebut membayar upah
Atas kadar dua keping wang mas setiap orang.

Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka di atas tawaran


pemuda tadi Ada diantara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak
sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal.

Penduduk di pekan tersebut berbincang dengan panjang lebar. Akhirnya


mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda
itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Kepuusan tersebut
dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti
dan meniupnya.

Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasyikkan
sesiapa yang mendengarnya. Tikus- tikus yang berada di merata tempat di
dalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda
tadi berjalan perlahan- lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke
sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut.

Apabila sampai di tepi sungai, pemuda tadi terus masuk ke dalamnya da


diikuti oleh semua tikus. Tikus- tikus tadi tidak dapat berenang di dalam
sungai dan semuanya mati lemas.

Kini Pekan Timah telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk
bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya,
penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana
mereka menganggap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan
dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling
sahaja.

Pemuda tadi sangat marah lalu dia meniupkan seruling saktinya sekali lagi
irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak- kanak
menyebabkan semua kanak- kanak berkumpul di sekelilingnya. Setelah
semua kanak- kanak berkumpul, pemuda tadi berjalan sambil meniupkan
seruling dan diikuti oleh kanak- kanak.

Pemuda itu membawa kanak- kanak tersebut keluar dari Pekan Timah. Setelah
ibubapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa
cemas kerana kanak- kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi.
Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup
seruling dan memulangkan kebali anak- anak mereka. Mereka sanggup memberi
semua harta benda yang ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak- anak
mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-
kanak tersebut menuju ke suatu tempat dan apabila mereka sampai di situ muncul
sebuah gua dengan tiba- tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu dn didikti oleh
kanak- kanak. Setelah semuanya masuk tiba- tiba gua tersebut ghaib dan hilang
daripad pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa- apa
oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Mereka menyesal atas
perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai