Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan Bercerita Tahap 1 SK.

Kulim
Sumpahan Ulat Tanah

Hai, kawan-kawan……………………………………………………………………………
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Sumpahan Ulat Tanah.

Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim kemarau memusnahkan tanaman
diladangnya. Tanah menjadi kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di dalam tempayan
cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan
mengakibatkan dia mati kehausan.  Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang. Sang
Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak musim kemarau melanda. Namun demikian,
kegembiraan lembu itu tidak lama kerana musim kemarau itu menyebabkan rumput-rumput segar yang
menjadi makanannya kering dan mati. Kini sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.

Pada suatu hari, Sang Lembu mengambil keputusan untuk meninggalkan Tuan Peladang. Seboleh-
bolehnya Sang Lembu ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan Peladang. Pada suatu
malam, Sang Lembu telah keluar meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari
sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan sebuah perigi. Sang Lembu berfikir,
tentulah perigi itu mempunyai air tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air di dalam perigi
tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang
bakal menimpa dirinya.

Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu suara memanggilnya.  “Siapa?” Sang
Lembu bertanya kehairanan. “ Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini.” “Buat apa kamu di dalam perigi
ini?” soal Sang Lembu lagi.  “Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini kering
airnya.”  “Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini?” cetus Sang Lembu itu.   “Aku akan
memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini tetapi kamu mestilah berjanji denganku terlebih
dahulu.”  “Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu itu.”  “Aku tahu kamu dan Tuan
Peladang menghadapi masalah kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi masalah tersebut.” Sang
Lembu tertawa. Dia tidak percaya dengan ulat tanah. “Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah
mentertawakan aku pula,” marah ulat tanah.

“Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia mendengarnya.”  “Sebenarnya tanah di dalam perigi
ini tetap lembap. Kalau digali pasti akan mengeluarkan air.
Pertandingan Bercerita Tahap 1 SK. Kulim
Air perigi ini akan penuh semula. Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada kamu dan Tuan
Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh Tuan Peladang menanam tanam-tanaman
seperti sayur-sayuran di sekitar perigi ini.

Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga.”  “Terima
kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa tuan aku mesti menanam tanaman di kawasan
perigi ini?”  “Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan perkara ini dan tidak
memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini. Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam
sayur-sayuran di sini.”

“Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang Ulat.”  “Ah! Perkara biasa saja.
Bukankah kita hidup perlu saling menolong.”  Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya
Tuan Peladang masih duduk termenung. Sang Lembu terus menceritakan tentang penemuan perigi itu
kepada Tuan Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengah-lengah lagi Tuan Peladang
membawa cangkul dan tangga ke perigi yang dikatakan oleh Sang Lembu. Tuan Peladang turun ke dalam
perigi menerusi tangga yang dibawanya dan terus mencangkul tanah di dalam perigi tersebut. Tidak
berapa lama kemudian, mata air mulai muncul di permukaan tanah.

Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi itu. Tuan Peladang menepuk-nepuk
belakang Sang Lembu yang berjasa terhadapnya. Walaupun begitu, Sang Lembu tidak memberitahu
siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan
Peladang pula tidak banyak soal dan bersetuju dengan pendapat Sang Lembu untuk menanam tanam-
tanaman di kawasan itu. Ini akan memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.  Beberapa bulan
kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh dengan suburnya. Tuan Peladang berasa sangat gembira. Di
samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan daripada hasil menjual air. Semakin
bertambah lumayan pendapatan Tuan Peladang.

Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk memetik sayur-sayurannya tetapi
alangkah terkejutnya Tuan Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek di sana-sini. Tuan
Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu
tidak mengaku bersalah.

Tuan Peladang semakin marah dan memukul belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu
menjerit kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, Tuan
Peladang rasa tertipu.
Pertandingan Bercerita Tahap 1 SK. Kulim

Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh membantu memberikan air. Tuan Peladang
mencari ulat tanah di merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh Tuan Peladang. Akhirnya
Tuan Peladang berjumpa dengan sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan Peladang
mengambil racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi
korban.  Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan Peladang tidak berhati perut
dan mengenang budi. Ulat tanah bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak mahu melihat
Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi. Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan
kemarahan yang amat sangat.

Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua tanaman Tuan Peladang terkulai layu. Tuan
Peladang tersentak melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat menyesal kerana
membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun turut bersedih mengenangkan bencana yang bakal
diterimanya nanti. Dari satu arah Sang Lembu terdengar suara Sang Ulat Tanah berkata sesuatu.  “Tidak
semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup bersendirian dari berdampingan dengan orang
yang tak tahu mengenang budi.”  Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang patut
disalahkan kerana memberitahu Tuan Peladang tentang ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.

Begitulah kawan-kawan. Antara nilai dan pengajaran daripada cerita tadi ialah:
1. Kita mestilah baik hati, iaitu membantu orang yang dalam kesusahan.
2. Kita hendaklah menepati janji.
3.Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan orang lain.
4. Kita perlulah amanah, dengan tidak membocorkan rahsia.
5. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa-apa yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai