Anda di halaman 1dari 6

Skrip Bangau dan Si Ketam Pencerita : Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah yang

menjadi tempat tinggal seekor bangau. Hendak dijadikan cerita, si bangau ini telah tua dan sukar untuk menangkap makanan. Bangau masuk ke pentas. Bangau : Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi

berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah. Pencerita : Si bangau berpura-pura duduk termenung dan bersedih di tebing

tasik. Kebetulan, lalu seekor katak berdekatan dengan tempat si bangau tersebut. Katak Bangau Katak : Kenapa aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung wahai bangau? : Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita. : Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah

sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah. Bangau : Aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang

berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas dan hujan pun sudah lama tidak turun. Bangau mati. Pencerita : Apabila mendengar pengkisahan si bangau, si katak tanpa berfikir : Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan

terus mengangguk tanda setuju dengan kata-kata si bangau. Si katak terus melompat ke dalam tasik untuk memberitahu kawannya yang lain.

Pencerita

: Cerita kemarau tersebut telah tersebar meluas ke seluruh tasik

sehinggakan ramai yang bertanyakan penyelesaian kepada si bangau. Haruan, ketam dan binatang-bantang lain masuk ke pentas. Haruan Bangau Haruan Bangau : Apa yang harus kita lakukan? : Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak setuju. : Apa cadangan engkau, bangau? : Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam,

aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang. Ketam Bangau : Bolehkah engkau membawa kami ke sana? : Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua

dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu. Pencerita : Tanpa mengesyaki apa-apa, mereka bersetuju dengan cadangan

bangau itu. Bangau mengangkut seekor demi seekor haiwan daripada tasik tersebut, tetapi bukan untuk dipindahkan ke tasik lain malahan untuk dimakan. Begitulah perbuatannya sehingga sampai ke giliran ketam. Ketam : Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engkau

membawa aku di sini? Bangau ketawa terbahak-bahak sambil menjawab. Bangau Pencerita : Kali ini tiba masanya engkau menjadi makanan aku. : Dengan perasaan marah ketam menyepit leher si bangau dengan

sekuat-kuatnya hingga putus dan si bangau mati di situ jua. Ketam terselamat

daripada menjadi makanan si bangau. Si bangau yang tamak dan pentingkan diri itu mati di sepit ketam. Semua : Tamatlah alkisah kami. Sekian terima kasih.

perbuatanya sehingga sampai kepada giliran seekor ketam. Sambil diterbangkan oleh si bangau si ketam memandang ke bawah lalu terpandang tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar, dengan masa yang sama si bangau mendarat di atas batu besar itu. Melihat

keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau. Si ketam berkata Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini? Bangau ketawa terbahak-bahak lalu menjawab Kali ini tiba masanya engkau menjadi makanan aku. Dengan perasaan marah ketam menyepit leher si bangau dengan sekuat-kuatnya hingga putus dan si bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi mangsa si bangau durjana, si ketam bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik membawa kepala si bangau untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Sampai saja di tasek si ketam pun menceritakan kisah yang berlaku. Semua penghuni tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka

mengucapkan terima kasih kepada si ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua

Anda mungkin juga menyukai