Anda di halaman 1dari 3

Laporan Aktiviti Ujian Ikhtiar Hidup Kadet Remaja Sekolah

Pada 3 Julai 2013, ahli unit beruniform Kadet Remaja Sekolah dari opsyen Tesl
1, Pismp Semester 4 IPG Kampus Tun Hussein Onn telah menjalani ujian amali ikhtiar
hidup. Ujian ini berlangsung pada jam 3 petang selama 2 jam bertempat di padang hoki.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memenuhi kehendak profoma dan juga untuk
mendedahkan para pelajar tentang cara-cara menyediakan makanan ketika berada di
dalam hutan atau keadaan genting.
Ahli kelas kami yang berjumlah 25 orang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan
dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Kami merupakan kumpulan 5 dan
ahli kumpulan kami terdiri daripada Amirrul Zarith, Amir Aiman, Chai Jian Siang, John
Law dan Roland Wong. Setiap kumpulan telah diberikan 4 jenis masakan untuk
disediakan. Jenis masakan adalah berbeza antara satu sama lain. Menu kumpulan
kami adalah nasi masak dalam buluh, telur masak dalam tanah, ikan bakar dan jagung
bakar.
Sebelum aktiviti bermula, kami telah diberikan taklimat ringkas berkaitan
kepentingan keselamatan dan kebersihan. Tepat jam 2.15, ujian bermula. Perkara
pertama yang kami lakukan adalah dengan menghidupkan api. Tugas ini telah
dilakukan oleh John dan Roland,
sementara Amirrul, Amir dan Jian Siang
pula menyediakan bahan-bahan masakan
seperti membasuh beras dan menyiang
ikan.
Setelah api berjaya dihidupkan,
kami telah sepakat untuk memasak nasi
dalam buluh terlebih dahulu kerana nasi
mengambil masa yang agak panjang
untuk masak.
Seterusnya, penyediaan telur
masak dalam tanah. Kami telah menggali lubang untuk menanam telur sebelum
menghidupkan api di bahagian atas tanah menggunakan ranting kayu. Kami mengambil
masa yang agak panjang untuk memastikan telur
masak sepenuhnya.

John sedang menghidupkan api
Telur masak dalam tanah
Selepas itu, kami memulakan proses menyediakan ikan bakar dan jagung bakar.
Kami telah membalut jagung menggunakan daun pisang bagi mengelakkan jagung
hangus manakala ikan pula, kami menggunakan buluh sebagai pengepit.

Ikan bakar dan jagung bakar

Setelah kesemua masakan siap
disediakan, kami telah mengumpulkan 4
jenis masakan tersebut di atas daun
pisang. Walaupun berjaya menyiapkan
ujian ini, terdapat juga beberapa masalah
dan halangan yang terpaksa kami hadapi.
Contohnya nasi yang dimasak di dalam
buluh tidak masak sepenuhnya dan
beberapa biji telur kumpulan kami
telah pecah semasa proses penyediaan.
Tepat jam 5 petang, sesi berakhir. Sepanjang ujian ini banyak perkara baru yang
kami pelajari. Salah satunya adalah cara mudah untuk. menghidupkan api. Kami
berharap agar ilmu yang kami perolehi ini dapat membantu kami pada masa hadapan.

Dilaporkan Oleh, 5 Julai 2013.

(AMIR AIMAN BIN RUZLANI)
Ahli Kumpulan 5, Tesl 1
PISMP SEM 4, IPTHO.
Masakan yang telah siap disediakan

Anda mungkin juga menyukai