Anda di halaman 1dari 25

KONSEP

 Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat
dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.

 Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap


pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
persekitaran anda.

 Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi pengajian.
Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan
dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.
• Berkhemah sebagai cara pendidikan.
• Menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang
tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam
semula jadi dan kawasan desa. Belia dari bandar dapat
mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan,
perkampungan dan tepi pantai.
• Berkhemah sebagai cara ibadat
• Menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat
alam ciptaan-Nya.
• mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya dan juga menimbulkan rasa betapa
kerdilnya kita di depan-Nya yang Maha Esa.
• Perkhemahan untuk orientasi sosial.
• Perkhemahan di pelbagai peringkat membolehkan mereka belajar, bergaul, bertukar
fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain.
• Aspek sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya
• Berkhemah untuk rekreasi.
• Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa seronok. Mereka dapat
mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan
terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses
pembelajaran secara formal
Perkhemahan Perkhemahan
ringkas

Perkhemahan
Perkhemahan
secara besar-
kumpulan
besaran
•Perkhemahan ringkas
•Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.
•Biasanya dilakukan pada hujung minggu.
•Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.
•Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau
sekadar untuk perkhemahan sahaja.
•Perkhemahan kumpulan
•Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.
•Dihadiri oleh sekumpulan ahli.
•Dijalankan selama dua atau tiga hari.
•Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.
•Perkhemahan secara besar-besaran
•Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
•Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.
•Dikenali sebagai ‘jambori’.
•Diadakan 4 tahun sekali.
•Mengambil masa 3-7 hari.
Jenis Khemah Ciri-ciri Khemah
Khemah satu tiang  Ringan, senang didirikan
dan sesuai digunakan untuk
perkhemahan ringkas.
 Memuatkan 1 hingga 2
orang penghuni sahaja.
 Ditegakkan dengan
menggunakan satu tiang
sahaja.

Khemah berbentuk A  Memuatkan 3 hingga 6


penghuni.
 Digunakan untuk
perkhemahan ringkas dan
perkhemahan kumpulan.
 Ditegakkan dengan
menggunakan 2 batang
tiang dan 1 batang galang
(bumbung).

Khemah berbentuk dinding  Sesuai untuk perkhemahan


kumpulan.
 Sama dengan khemah
berbentuk A, tetapi
mempunyai penahan angin
atau hujan di bahagian
tepinya.
 Untuk 5 hingga 6 orang.

Khemah Ridge  Mempunyai sempadan


yang lebih panjang dan luas
daripada khemah -khemah
lain.
 Sesuai di kawasan
pergunungan dan di tepi
sungai.
 Memuatkan 4 hingga 7
orang.
1. Pembentukan Jawatankuasa
 Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti
perkhemahan supaya program dapat dirancang
dengan baik dan teratur.
 Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada
tempat perkhemahan dan aktivti yang akan
dijalankan.
 Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing -
masing.
 Ahli jawatankuasa terdiri daripada:
 Urus setia
 Aktiviti
 Pengangkutan
 Peralatan
 Keselamatan dan kecemasan
 Penajaan
 Makanan
2. Kenal Pasti Kawasan
 Memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
 Perkara yang perlu diambil kira:
 Kesesuaian tempat
 Kemudahan asas (air, tandas)
 Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
 Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku kemalangan.

3. Surat Kebenaran
 Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah melalui pengetua ---
sebelum menjalankan aktiviti.
 Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.
 Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti perkhemahan.
 Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan.

4. Belanjawan
 Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama tempoh
perkhemahan.
 Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan.
1. Alatan Perkhemahan
 Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:
1. Tanah atau tapak yang rata.
 Memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
 Elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak
khemah tersebut.

2. Berhampiran punca air.


 Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
 Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang
tiada pencemaran.
3. Jauh daripada dahan mati.

 Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati
tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.
4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
• Penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah
di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

5. Keselamatan kawasan perkhemahan.


• Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang
buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.
1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-mengenali
dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok
dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata
tempat.
6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat
dalam kawasan perkhemahan.
7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-
binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan
dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
 Tali
 Khemah yang sesuai.  Ponco atau baju hujan
 Bag galas  Parang/kapak kecil
 Dapur (gas atau minyak–bahan tambahan
serta alat gantinya)
 Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat
gantinya)
 Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain
 Botol air, kole dan bekas minuman
 Pisau dan pembuka tin
 Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
 Mancis dan lilin atau bahan penyala api
 Kotak pertolongan cemas
 Kotak ikhtiar hidup
• Dilakukan oleh beberapa orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke
setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00
pagi.
Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:
 Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
 Susun atur barang dan peralatan kumpulan
 Pakaian yang dibawa
 Gajet yang dibawa
Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak yang digunakan, menyusun
peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi.

2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi menandakan Pemeriksaan Pagi
akan dilakukan.

3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris mengikut sistem patrol
iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.

4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan diletakkan di hadapan ahli-ahli
patrol.

5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri Sedia,” sebelum pemimpin
berada di pintu gerbang patrol itu.
6 . Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan lalu memberi
tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat laporan: “Kami Patrol Nuri
seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.”

7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas menerima
arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam barisan setelah selesai
pemeriksaan.

8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran menjalankan tugas-tugas
lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta
kebenaran menjalankan tugas lain, tuan.”
Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang. Ketua Patrol
mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris
1. Surat menyurat
Surat-menyurat perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan.
Antara surat yang perlu disiapkan dan disediakan ialah surat kebenaran, surat keselamatan
dan juga surat pemberitahuan serta lain-lain.
Sebelum Perkhemahan
• QM akan memainkan peranan penting dalam penyediaan
segala keperluan peralatan yang diperlukan.
• Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh
melantik dua QM iaitu QM Alatan dan QM Makanan bagi
melancarkan pengurusan.
Tugas QM Peralatan
• Meneliti dan menyemak senarai peralatan yang diperlukan persatuan bagi
menentukan sama ada barangan yang diperlukan berada dalam simpanan
ataupun perlu disewa, beli atau pinjam dari mana-mana.
• Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk
mengelakkan sebarang keciciran
• Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan
tajam seperti parang, kapak, pisau dan cangkul
• Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum
dibawa ke tapak perkhemahan
Tugas QM Makanan
 Menyediakan menu yang sesuai (sarapan, kudapan, makan tengahari dan
makan malam)
 Mengenalpasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis
makanan tertentu
 Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi
untuk semua peserta seperi beras, ikan, sayur, buah
 Membuat pengagihan bahan kering dan bahan basah kepada setiap
kumpulan untuk dimasak
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi keseluruhan sepanjang saya belajar subjek
WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform) semester ini dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
yang telah mengajar dan banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-
aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak
selaku pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1.

Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dalam menambahkan pengetahuan yang baru
serta dapat menjadikan saya sebagai seorang bakal guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang
semester ini. Hal ini kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Sebelum itu, wibawa
bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus ini sangat sesuai
dipelajari oleh para guru pelatih demi melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan
kokurikulum sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula. Antaranya ialah latihan kawad kaki,
pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan Cemas dan Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan
pada setiap petang pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan cara kawad kaki
yang betul. Hal ini sebagai persediaan kepada para pelajar guru untuk mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti.
Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi mendedahkan kepada para pelajar
guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM mengenai rawatan awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan
kecederaan yang lebih parah dan serius. Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang
dijumpai separuh sedar.

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya
beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui
aktiviti perkhemahan yang diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga 14 September 2012 di
sekitar kawasan IPG Kampus Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan
unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat di sekolah
kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri
dan merapatkan silaturahim dalam kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit BSMM.

Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawad kaki, istiadat menaikkan
bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan rakan juga berpeluang untuk memasak sarapan pagi dan minum
petang. Kami juga didedahkan cara membuat roti lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan air.
Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi
peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan semua
kerja yang ditugaskan.
Sekian terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai