Anda di halaman 1dari 13

LENCANA WAJIB - PENUNGGANG BASIKAL

Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan
kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan
membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal

mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal

menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal

menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannhnya

Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan


yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang
basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang
basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.

Seterusnya perkara di bawah adalah perlu ada di dalam buku log lencana wajib anda:
SILA KLIK LINK!
1. Undang-undang jalan raya bagi yang berbasikal
2. Peraturan berbasikal
3. Bahagian basikal

4. Perkara yang menyebabkan kemalangan bagi berbasikal


5. Cara membaiki berbasikal
6. Tips berbasikal

1. Undang-undang Jalanraya - Berbasikal


Undang-undang Berbasikal

Patuhi semua Undang-Undang Trafik dan Isyarat :-

Menunggang basikal di jalan raya, MESTI mematuhi undang-undang lalu


lintas; tanda-tanda dan isyarat trafik.
JANGAN Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas adalah
berbahaya dan menyalahi undang-undang.

Menunggang di lorong pejalan kaki


Ketika menunggang basikal anda di kaki lima anda mesti patuhi semua
papan tanda dan isyarat pejalan kaki.
Apabila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan memberi
isyarat yang boleh didengar memberi amaran kepada mereka kehadiran
anda sebelum melintasi mereka.

2. Peraturan Berbasikal

Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal


1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu
merah belakang dan loceng boleh digunakan.
2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang,
hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.
3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.
4. Guna lorong basikal, jika ada.
5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada
pengayuh basikal (pedal).

6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.


7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan
kemudiannya.
8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu
lintas.
9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.

3. Bahagian Basikal

4.
Pekara yang
menyebabkan kemalangan berbasikal

Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Semasa


Berbasikal :1. Basikal tidak sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak
boleh berfungsi.

2. Tidak memberi isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu


membelok atau memberhenti basikal.
3. Membawa penumpang - yang mengganggu imbangan.
4. Jarak yang sesuai.
5. Jalan raya yang sibuk dan sempit.
6. Membawa haiwan.
7. Bergurau atau bercakap-cakap.
8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
9. Saiz basikal tidak sesuai.
10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai

5. Cara Membaiki Basikal

Cara Menampal Tiub Basikal

PERHATIAN :
Penampal tiub basikal kebiasaannya hanya bertahan sementara sahaja,
kerana angin ditempat bocor akan keluar sedikit demi sedikit. Oleh itu
menukar tiub baru adalah lebih baik bagi mereka yang tinggal berdekatan
dengan kedai membaiki basikal.

6. Tips Berbasikal

Sebelum Menunggang Basikal


Pastikan:
Badan mesti Sihat.

Basikal baik dan selamat.

Memakai topi kaledar keselamatan.

Menunggang di lorong tepi atau lorong khas jika ada.

Memakai pakaian yang cerah.

Jangan menunggang bergandingan.

Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.

Memasang lampu ketika waktu malam.

Semasa Menunggang Basikal

Memberi tumpuan / fokus.

Berhati-hati.

Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung,


simpang & lln.)

JANGAN menunggang di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.

Jangan berbual & merokok.

Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)

Basikal tidak boleh di tunda ketika di atas jalan raya.

Ditunggang di sebelah kiri jalan.

Tidak boleh ditunggang berinringan.

Tidak boleh membawa orang lebih dari reka bentuknya.

Berat muatan tidak melebihi 18 kg

Anda mungkin juga menyukai