Anda di halaman 1dari 3

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS PENGAKAP

BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar
saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula

BUNGA KETI
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu
dengan tali kapal
BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan
dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT


Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara
Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)


Kegunaannya : -
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang
licin

SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga
digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang
Balak

TINDIH KASIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang
tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke
dalam telaga

LILIT ( Taut-Line )
Kegunaannya : -
Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana
Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah

Anda mungkin juga menyukai