Anda di halaman 1dari 28

Skim Pengakap Muda

PROGRAM LATIHAN PENGAKAP MUDA



Pendahuluan

PENGAKAP MUDA adalah bahagian kedua yang dialami seorang budak apabila ia memasuki
Pergerakan Pengakap.. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan
Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap
Remaja dan Pengakap Kelana.

Untuk menjadi Pengakap Muda, budak itu hendaklah telah berumur 12 tahun dan belum
sampai 15 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Muda apabila umurnya telah
sampai 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Atas.

Bahagian ini dijalankan dibawah pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Muda dengan
dibantui oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Muda. Bahagian ini
dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Patrol 6 hingga 8 orang
dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Patrol.

Dalam kebanyakan topik Skim Latihan ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan
pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Muda dapat
mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap
latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran Pengakap Muda diberi program latihan,
pengkayaan, pengetahuan dan pelbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian,
keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan.

Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut dengan hal
ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke semasa dan perhatian
kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan.

Setelah Pengakap Muda melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti
pengkayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program
berbagai aktiviti yang disediakan ini, adalah diharapkan pada akhir latihan ini ia akan dapat
memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama.

Secara amnya, Skim Latihan Pengakap Muda dibahagikan kepada Skim pengajaran dan ujian
yang merangkumi :

1. Lencana Keahlian
2. Lencana Kemajuan (Usaha, Maju dan Jaya)
3. Lencana Kegemaran (Pilih dua sahaja)
4. Lencana Pengetahuan dan Lencana Perkhidmatan
(Pilih tiga sahaja daripada setiap satu bahagian)
5. Rambu Pengakap Muda




SUKATAN SKIM LATIHAN PENGAKAP MUDA

1.0 LENCANA KEAHLIAN

1.1 Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seorang budak
akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham
dan
mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :

1. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam Pengakap
2. Memahami makna dan semaangat 5 prinsip Rukunegara
3. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta secara
mendalam erti lambang-lambang tersebut
4. Melafazkan Persetiaan Pengakap dan memahami Undang-undang Pengakap .
5. Mengetahui cara Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap Muda
6. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap ,
Lord Baden-Powell.
7. Mengetahui cara mengikat dan mengguna semua simpulan berikut :
Buku Sila (reef knot)
Bunga Geti (sheet bend)
Simpul Manuk (clove hitch)
Tindih Kasih (bowline)
Lilit Dua Simpul (round turn and two half hitches)
Lilit Pemati Biasa (common whipping)
8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam

1.2 CARA MEMAKAINYA : Lencana Keahlian Pengakap yang berupa lambang
Pengakap di atas latar biru tua dipakai pada saku kiri kemeja.








LENCANA USAHA

Nota:
1. Pengetahuan Lencana ini boleh dimulai setelah seseorang
Pengakap Muda itu telah lulus ujian Lencana Keahlian.

2. Lencana ini hendaklah disemat pada lengan bahu kanan pakaian
seragam pengakap di bahagian bawah nombor kumpulan.

Berikut merupakan senarai ujian bagi Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawad tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit
- Simpul Pulih
- Bunga Geti Ganda
- Lilit Balak
- Lilit Taut-line
- Ikat Seraya
- Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. Memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang


LENCANA MAJU
Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu
mendapatkan Lencana Usaha dan dua Lencana Kegiatan.

Lencana ini diberi sebagai mengakui kemahiran,
kegemaran luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan
perkhidmatan.

Ujian-ujian bagi Lencana Maju adalah seperti berikut :

A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi MPD, MPM & PPM
2. Melukis bendera semua negeri Malysia
3. Nama penuh PN, PD & PPD
4. Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera
4. Memanjat tali / pokok

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji
2. Teknik menggunakan kapak
3. Simpulan & ikatan : -
- Tindih Kasih Ganda
- Belit Lucut
- Lilit Pasdul
- Simpul Kerusi
- Lilit Pemati Selit
- Simpul Kepala Lalat
- Sambat Balik
- Ikat Silang Gunting
4. Memasak masakan rimba
5. Model projek perintis
6. Kajian 1 perkara berikut : -
- Burung, binatang dan pokok tempatan
- Lawatan bangunan / kawasan penting
- Kawasan tempatan
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam
8. Langkah keselamatan berenang
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar
10. Melakukan 2 perkara berikut : -
- Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah
- Keperluan berkhemah
- Memasak untuk 2 orang

D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bereng
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta
3. Mengembara 8km
4. Ikhtiar hidup

E. Perkhidmatan
1. Balutan
2. Tindakan kecemasan (Pengendalian kes patah & terkehel)
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan
4. Khidmat sukarela (3 jam)


LENCANA JAYA


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap
mestilah mendapatkan Lencana Maju, tiga Lencana Kemahiran
serta tiga Lencana Perkhidmatan terdahulu.

Lencana ini diberi mengakui kebolehan dan keberanian serta
penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan.

Antara ujian untuk Lencana Jaya adalah seperti berikut :

A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik
2. Sejarah tertubuhnya Malaysia
3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri
4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat semasa berjalan
3. Halangan komando

C. Kepimpinan
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju
2. Kebolehan : -
- Merancang dan menjalankan pengembaraan
- Merancang Malam Pengakap
- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol
3. Membawa bendera

D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III dan IV

Kumpulan I - Cabaran
1. Lakukan 1 : -
- Mendayung perahu
- Melayarkan sampan layar
2. Mendaki bukit
3. Berbasikal 30km

Kumpulan II - Amali
1. Pekerjaan tangan / tukang gambar
2. Mekanik
3. Kod fonetik antarabangsa
4. Khidmat masyarakat

Kumpulan III - Kesungguhan
1. Pengembaraan 10km
2. Gimnastik / seni mempertahankan diri
3. Membuat bekalan dari makanan kering
4. Melakukan 1 daripada berikut : -
- memanah
- memancing
- kajian barang purba
- kajian isi bumi
- pemeliharaan alam sekitar
5. Simpulan & ikatan : -
- Simpul Abah-abah
- Lilit Tindih Kejap
- Simpul Ngah
- Tindih Kasih Air
- Ikatan Pengail
- Sambat Mata
- Lilit Ular / Kacang
- Ikat Silang Tungku
6. Mendirikan pondok sementara
7. Projek perintis

Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan
2. Petunjukkan hiburan amatur
3. Merancang dan menjalankan Malam Pengakap

E. Perkhidmatan
1. Kegunaaan kayu tuap
2. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut
3. Perkhidmatan 6 jam

RAMBU PENGAKAP MUDA

Setelah seseorang Pengakap Muda lulus Lencana
Jaya, dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 1 bulan, Pemimpin Pengakap hendaklah
menilai ahli Pengakap tersebut dari aspek tanggungjawab, kemahiran, keterampilan serta
sahsiah. Penilaian ini akan menjadi asas untuk mencalonkan Pengakap tersebut untuk
dianugerahkan Rambu Pengakap Muda.

Sebarang bentuk ujian tambahan adalah diserahkan kepada budi bicara Pemimpin Pengakap
terbabit ataupun atas penetapan semasa oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.


LENCANA-LENCANA KEPANDAIAN PENGAKAP MUDA

LENCANA KEGEMARAN
(Peringkat Lencana Usaha)
Nota : Ahli Pengakap dikehendaki lulus dua daripada Lencana Kegemaran untuk
melengkapkan Lencana Usaha.

1. KOLEKSI HOBI
1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis
barang dalam tempoh tidak kurang daripada 6 bulan; seperti setem, kotak mancis,
duit siling, siput, pembalut tin, dll.
2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu;
membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.
3. Mengumpul / menyimpan EMPAT perkara berikut:-
a) Sekaf Pengakap
b) Lencana Pengakap
c) Wogel
d) Topi
e) Tali pinggang
f) Kemeja-T
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori
h) Majalah Pengakap

2. AHLI PERTAHANAN DIRI
1. Menjadi ahli sekurang-kurangnya 6 bulan dalam persatuan seni mempertahankan
diri yang berikut: Seni Silat, Kung Fu, Karate, Tae Kwon Do, Judo, Akido,
Silambam dan sebagainya.
2. Mengerahuti sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan.
3. Mengetahui prinsip yang terkandung dalam mempertahankan diri yang
berkenaan.
4. Mengetahui jenis kekuda, pergerakan asas, jenis tangkisan serta jenis serangan
tangan dan kaki.
5. Menunjukkan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan
menggunakan kemahiran yang dipelajarinya.
(One-Step Sparring dan Free-Sparring)

3. AHLI MUZIK
Untuk mendapatkan lencana ini. Pengakap mesti lulus semua ujian dalam mana-mana satu
bahagian A, B, C, D atau E.

BAHAGIAN A

1. Menyanyi sebuah lagi yang ada korus.
2. Membaca sendiri titik nada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 buah lagu
(melodi).
3. Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukkan tinggi rendah,
panjang pendek suara dalam titiknada Sonata, Concerto dan Oratorio serta
memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
4. Membincangkan dengan Penilai sekurang-kurangnya dua pertunjukan hiburan
terbaru yang dilihat atau didengari melalui siaran televisyen atau radio.

BAHAGIAN B

1. Menyanyi 2 buah lagu yang dipilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk
dinyanyikan dengan iringan muzik atau memainkannya dengan alat muzik.
2. Menyanyi 2 buah lagu pilihan sendiri, satu yang bertempo cepat dan satu
bertempo lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan
muzik latar.
Ingatan : Titiknada (nota muzik) boleh digunakan.
3. Mengetahui erti tanda tempo Sonata , Concerto dan Oratorio serta memberi
3 contoh bagi tiap-tiap satu.

BAHAGIAN C

1. Menyanyi tanpa iringan alat muzik, dua jenis lagu rakyat yang berlainan jenisnya
seperti lagu dan nyanyian bersemangat keperwiraan, keindahan kampong nelayan
di tepi pantai, keindahan gunung-ganang, lagu dondang saying dan dikir barat.
Ingatan: Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan
tambur boleh disertakan.

ATAU

2. Menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan memainkan alat muzik seperti
gambus, banjo, gitar, mandolin, harmonica dan sebagainya.
3. Mengetahui sedikit sebanyak prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik,
titik nada, tali dan nada suara (bass)
Ingatan: Oleh kerana muzik lagu rakyat terlalu tinggi nilainya, maka
tidaklah boleh dipermudahkan atau dicampur-adukkan dengan seni
kebudayaan asing. Pengakap seharusnya mengisi mendapatkan
pengetahuan ini dengan cara tersendiri mengikut pengalaman
masing-masing.

BAHAGIAN D

1. Tunjukkan kebolehan memain dan membunyikan alat muzik bagpipe dengan
memuaskan.
2. Memainkan 2 lagu dengan bagpipe irama march dalam tempo 2/4.
3. Memainkan 2 lagu dengan bagpipe irama march dalam tempo 6/8.
4. Memainkan 2 lagu dengan bagpipe irama slow march atau tiupan perlahan.
5. Memainkan satu lagu dengan bagpipe irama march, stathpey dan reel.
6. Membincangkan dengan Penilai jenis muzik bercorak kebudayaan, artis biduan
dan biduanita yang diminati serta memberi sebab pemilihan itu.

BAHAGIAN E

1. Menjadi salah seorang ahli Pancaragam, sama ada di sekolah, dalam kumpulan
Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan.
2. Menunjukkan kebolehan memainkan dan menjaga satu alat muzik berikut:-

a. Gendang Iringan (Side Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih
dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya
sewajarnya.
3. Memalu gendang dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan
4. Memalu gendang berhenti-henti (play off) dengan paluan tempo 2/4, 6/8
dan .
5. Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung (roll) seperti berikut:-
a) 3 langkah bergulung (roll)
b) 5 langkah bergulung (roll)
c) 7 langkah bergulung (roll)
6. Mengambil bahagian dengan memuaskan dalam 6 perbarisan march yang
berlainan.

b) Gendang Suara Langsing (Tenor Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih
dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya
sewajarnya.
3. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau
berjalan.
4. Berjalan march sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu
gendang perlahan-lahan (slow time) 116 langkah pada satu minit.

c) Gendang Suara Rendah (Bass Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih
dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya
sewajarnya.
3. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau
berjalan.
4. Berjalan march sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu
gendang 116 langkah pada satu minit.
5. Berjalan march sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu
gendang perlahan-lahan (slow time) 65 langkah pada satu minit.

d) Bugle atau Trompet

1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih
dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berjalan dengan segak membawa Bugle atau Trompet di tangan kanan
diapit dihadapan pinggang dengan mengayunkan tangan kiri..
3. Memainkan lagu Berkumpul (Fall In), Memasak (Cook house), Padam
Lampu (Lights Out), Bangun Pagi (Reveille), Hormat (General Salute) dan
Matahari Turun atau Undur (Sunset or Retreat).

4. AHLI RENANG
1. Berenang sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya.

2. Berenang dengan 2 cara yang dipilih dari senarai berikut:-
a) Berenang menyelinap ke hadapan sejauh 50 meter. (front crawl)
b) Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter. (back crawl)
c) Berenang katak sejauh 50 meter. (breast crawl)
d) Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter.
(butterfly stroke)
3. Terjun ke permukaan air dari arah sebelah kolam renang atau tempat berenang.

4. Berenang di ari cetek sejauh 25 meter dengan memakai pakaian ringan, berjalan
di air selama 1 minit dan menanggalkan pakaian dalam air.

5. Berenang sejauh 25 meter menuju kea rah orang yang lemas, pusingkan
badannya dan membawanya ke tepi dengan menggunakan cara menyelamat yang
diakui; Menunjukkan cara menyelamat nyawa dengan pemulihan pernafasan yang
diketahui.

6. Menyelam ke dalam air sedalam 2 meter dan mengambil satu benda dari bawah
dengan menggunakan kedua belah tangan.

5. AHLI SUKAN
Memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya SATU daripada tiap
kumpulan dengan mendapat darjah yang minima:

KUMPULAN A : BERLARI
Darjah Minima Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
100 meter 15 saat 14 saat
200 meter 34 saat 30 saat
400 meter 80 saat 70 saat
800 meter 3 minit 10 saat 2 minit 45 saat
1500 meter 6 minit 10 saat 5 minit 50 saat

KUMPULAN B : MELOMPAT
Darjah Minima Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
Lompat Tinggi 1.10 meter (3 7 ) 1.23 meter (4 0)
Lompat Jauh 3.65 meter (12 0) 4.26 meter (14 0)

KUMPULAN C : MELONTAR
Darjah Minima Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
Cakera (1 kg) 16.50 meter (54 2) 22.00 meter (72 2)
Peluru (4 kg) 7.30 meter (23 11) 8.85 meter (29 0)
Bola Kriket (135 gm) 41.20 meter (135 2) 46.60 meter (149 7)


6. JURUMASAK DI KHEMAH
1. Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur untuk
diri sendiri dan seorang lagi.
2. memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a) Ikan panggang
b) Roti berlauk
c) Bubur
3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a) Mee rebus/goreng
b) Ayam/daging masak panggang atau salai
c) Masakan biasa
4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a) Sejenis makanan manis
b) Halua buah-buahan
c) Gula-gula manisan
d) Lengkong
e) Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri
5. Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6
orang ahli; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak.

Ingatan : Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah

7. JURU PERPUSTAKAAN
1. Berikan kepada penilai satu senarai yangmengandungi sekurang-kurangnya 12
jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Terangkan sebab
buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku itu dan menjawab
soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

Ingatan: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen
dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk
buku-buku teks sekolah.

ATAU

2. (a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang
digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan
berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.
(b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang
boleh diperolehi daripada buku itu.
(c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya
mudah dicari.

8. PELADANG MUDA
Pengakap Muda mesti lulus semua ujian dalam satu Kumpulan A, B, C atau D berikut:-

KUMPULAN A

1. Mengetahui cara pengurusan suatu pusat ternakan di kawasan luar bandar atau
desa.
2. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi
penerangan berkenaan dengan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang
digunakan dan tenaga pekerja di pusat yang tersebut.
3. a) Menghuraikan kepada Penilai perubahan pengelolaan yang berlaku di pusat
ternakan di kawasannya serta beri sebab perubahan itu dibuat. Membuat
latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan.
b) Mengadakan 12 keping gambar yang diambil sendiri di pusat ternakan
pilihannya dengan menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim
dalam setahun serta memberi keterangan ringkas mengenai gambar-gambar
itu.

KUMPULAN B

1. Menanam dengan jayanya di suatu kawasan seluas sekurang-kurangnya 11 meter
persegi, selama setahun, 3 jenis pokok bunga tahan lama, 3 jenis sayuran, 3 jenis
pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros (sebagai pilihan 8 jenis sayuran
boleh ditanam).
2. Menerangkan kepada Penilai, berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun
itu dan hasil yang telah diperolehi.

Ingatan : Penilai hendaklah melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam
tempoh setahun.

KUMPULAN C

Memelihara ternakan dalam tempoh setahun seperti berikut:-
1. Bagi binatang kecil seperti anjing, kucing, arnab, kura-kura dan seumpamanya,
Pengakap perlu mengerti tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi
makan dan menyediakan kandang/sangkarnya.
2. Bagi binatang ternakan seperti kuda, lembu, kambing atau kambing biri-biri dan
seumpamanya, Pengakap perlu mengerti tentang memberi makan, menyediakan
kandang, tabiat dan kelakuannya serta mengetahui kegunaan binatang itu dari
segi ekonomi (seperti menjual susu) dan pengangkutan.
3. Jika binatang itu unggas:
a) Burung belaan bersangkar ; mengetahui menjaganya.
b) Burung yang boleh dimakan seperti ayam, punai atau merpati ; mengetahui
menjaganya..

KUMPULAN D

1. Mengadakan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan
rumput-rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan.
Menerangkan kepada Penilai, cara menjaga akuarium itu sepanjang tahun khasnya
tentang masalah yang timbul.

9. PELUKIS
1. Melukis satu permandangan dari sebuah cerita yang dipilih oleh Penilai.
2. Melukis rupa seorang manusia yang wajahnya bengis, atau tersenyum atau sedih.
3. Melukis satu permandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh
Penilai.
4. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya.
5. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal.
6. Melukis sekurang-kurangnya tiga gejet yang penting dalam perkhemahan.
7. Melukis lambing Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod, papanlapis,
polystrene dan sebagainya.
8. Mengumpul berbagai lukisan dari keratin akhbar dan majalah untuk dijadikan
rujukan dan panduan.

10. PENGAIL
1. Mengetahui peraturan keselamatan dalam air, memahami bahaya air dan
mengetahui tindakan yang perlu diambil sebelum mengharunginya.
2. Mengail di air tawar atau masin sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh
tiga bulan dengan menyimpan buku rekod menunjukkan banyak ikan yang
ditangkap, jenisnya, ukuran dan beratnya bagi tiap-tiap kali pergi. Rekod itu
juga hendaklah menyatakan cara penangkapan dibuat, jenis umpan yang
digunakan dan keadaan cuaca dan air.
3. a) Mengenali 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log.
b) Mempunyai pengetahuan tentang arah lubuk ikan, umpan yang disukai
oleh tiap jenis ikan itu serta ukuran matakail dan batu ladung yang sesuai.
4. a) Menunjukkan cara melempar, membaling dan melabuhkan mata kail di
air 6 kali berturut-turut sejauh tidak kurang dari lima meter.

ATAU

b) Melabuhkan mata kail dengan batu ladungnya yang ringan ke dalam
air sedalam lebih kurang 1 meter.

5. Mengenali sekurang-kurangnya 6 jenis alat mengail seperti jorang, batu
ladung, takal, tali kail, mata kail dan lain-lain.

11. PENUNGGANG BASIKAL
1. Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya selama sekurang-kurang 6 bulan
sebuah basikal yang cukup lengkap.
2. Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor,
mengganti alat berek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan
Penilai.
3. Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca
peta jalanyraya.
4. Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal
sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer.
5. Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti
disampaikan kepada pihak tertentu setelah menun ggang basikal selama satu jam..


LENCANA PENGETAHUAN
(Peringkat Lencana Maju)
Nota : Ahli Pengakap dikehendaki lulus tiga daripada Lencana Pengetahuan untuk
melengkapkan Lencana Maju.

1. AHLI BERKHEMAH
1. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam..
2. Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent).
3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulung sebuah
khemah patrol.
4. Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih
tempat untuk tapak perkhemahan.
5. Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam
perkhemahan.
6. Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster.
7. Membuat sendiri tempat menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua
gadjet yang lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan.
8. Memasak untuk 2 orang sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu
hidangan biasa termasuk sejenis sayur-sayuran.
9. Mengetahui pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan yang paling
tinggi.

2. AHLI ELEKTRONIK
1. Menunjukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah
dipasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah. Terangkan
dengan bahasa umum yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya
berfungsi.
2. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis alat elektronik untuk kegunaan rumah
tangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tiap-tiap satu berfungsi.
3. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh
digunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat resistors, capasistor dan coils
bagi membuat satu litar elektrik yang mudah.
4. Membuat litar elektrik bagi menyalakan lampu LED.

3. AHLI ILMU PERINTIS
1. Mengetahui ciri utama berbagai jenis dan ukuran tali yang dibuat daripada
serabut biasa. Menunjukkan bagaimana menggulung dan menjaga tali dan cara
menguji keteguhannya.
2. Boleh menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali.
3. Mengerti serta menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage) untuk
peneroka yang boleh digunakan bagi berbagai-bagai projek, tempat dan keadaan
tanah termasuk tanah yang gembur dan lembap.
4. Menunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali yang
digunakan dalam kegiatan penerokaan.
5. Mengetuai patrolnya membuat satu projek yang dipilih oleh Penilai dengan
jayanya.
6. Dengan jayanya mengetuai patrol membuat projek yang direkanya sendiri dengan
terlebih dahulu berbincang dengan Penilai tentang rangka, model, cara membuatnya, alatan
yang digunakan dan jangka masa bagi menyiapkan projek.

4. AHLI KOMPUTER
1. Mempunyai sebuah mikro computer (Personal Komputer) atau telah
menggunakan komputer sekolah selama 12 bulan.
2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya.
3. Mengetahui sejarah ringkas komputer.
4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan.
5. Mengetahui mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System-OS) dan
kegunaannya. Misalnya DOS, Macintosh OS, UNIX dan sebagainya.
6. Mengetahui mengenai Virus komputer dan cara mencegahnya.
7. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri.
8. Menyediakan satu pengaturcaraan komputer seperti BASIC / LOGO dan
sebagainya ATAU mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti wordstar /
Profesional Write dan sebagainya.

5. AHLI MEKANIK
Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN iaitu Bahagian A, B atau C
yang dipilihnya.

BAHAGIAN A
1. Mengetahui perbezaan diantara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang.
2. Mengetahui bahagian asas motosikal.
3. Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal.
4. Menukar minyak pelincir motosikal; dan mengetahui memeriksa paras minyak
pelincir itu.
5. Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiub yang bocor dan
memasangnya semula.
6. Mengetahui cara membetulkan clutch dan berek motosikal.
7. Menukar mentol motosikal yang terbakar/pecah.
8. Mengetahui cara menegang rantai motosikal yang kendur.
9. Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal.

BAHAGIAN B
1. Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol
(valves) atau transistor, di atas sekeping papan. Jika dikehendaki pendengar
telinga (head-phones) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit)
penerima radio itu dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian
alat yang digunakan.
2. Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemateri (soldering iron) dan tahu
berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik.
3. Mengetahui betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila
memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC/DC, seperti memasang
sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum menutup
suis memotong tenaga elektrik itu.
4. Memperbaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar
longgar, bunyi bising atau bateri lemah..
5. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan lessen amatur radio
(transceiver).

BAHAGIAN C
1. Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2
kuda kuasanya dan mengetahui cara menyelenggarakannya.
2. Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara
menyelenggarakan enjin laut disel.

ATAU

Dengan bantuan minima, membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboard
engine) serta memasangkannya pada bot dengan betul. Menerangkan cara mengetahui
kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan semasa belayar.

6. AHLI PENUKANG
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus semua ujian dalam mana-mana tiga
bahagian (pilihan sendiri) di antara A, B, C, D dan E.

BAHAGIAN A Pembuat Bakul

1. Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul dari rotan, rumput
atau jerami.
2. Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah digunakan untuk membuat
bakul itu dan bagaimana ianya diproseskan.

BAHAGIAN B Penjilid Buku

1. Tugas : Memelihara berbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
2. Teknik, Media dan Proses.
3. Kekemasan dan Persembahan
i. Ketepatan dan kebersihan bekerja.
ii. Hiasan pada kertas rusuk
4. Penilaian
i. Pengetahuan konsep, prinsip dan aplikasinya.
ii. Proses atau tatacara
iii. Hasil kerja kekemasan, ketahanan, kebersihan.
5. Pemeliharaan dan Penjagaan
i. Cara menyimpan buku.
ii. Cara menggunakan buku.

BAHAGIAN C Ahli Penyambung

1. Memasukkan skru sedalam 3.5 cm dengan tidak merosakkan kayu atau skru.
2. Memaku penutup peti (ensel) dengan betul, dengan menggunakan papan tebalnya
2 cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
3. Membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa.
Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tidak boleh lebih daripada
1.6 mm.
4. Mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan
penuh.
5. Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
6. Mengetahui jenis kayu : 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu sederhana keras dan 3
jenis kayu keras.

BAHAGIAN D Tukang Kulit.

1. Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara
dijahit atau dipakukan.

ATAU

Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri ; rantai
kunci, wogel, sarung kapak/ pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan
corak yang berwarna; mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai
campuran warna.

2. Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang
dipilihnya itu.
3. Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.

BAHAGIAN E Percetakan

1. Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencapkan surat
sebaran tersebut.
2. Mengenali jenis huruf percetakan mengikut saiz ( point-system) dan namakan
enam jenis.
3. Mengetahi semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama
berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuran.

7. AHLI PENDAYUNG
1. Berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
2. Melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
3. a) Mempunyai pengetahuan berhubung dengan perahu
dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta
cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
b) Menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
c) Terangkan kegunaan ikatan berikut:
i. Tindih Kasih Air (water bowline)
ii. Bunga Geti Ganda (double sheet bend)
iii. Ikatan Pengail (fishermans bend)
iv. Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches)
d) Mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau
mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
4. Mempunyai pengetahuan tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan
perahu dayung.
5. Berdayung seorang diri dan menjalankan latihan berikut:
a) Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai.
Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.

8. AHLI PERHUBUNGAN
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus semua ujian bahagian A atau B.

BAHAGIAN A
1. Memahami apa itu Semaphone dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat
A Z, nombor 0 9 dan segala isyarat lain yang penting.
2. Menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S
dan sebagainya.
3. Menghantar dan menerima berita dengan kod Morse dengan menggunakan
buzzer sejauh 100 meter.

BAHAGIAN B
1. (a) Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan
berkenaan dengan penerimaan hantara berita dari 20
stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-
butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan,
kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
(b) Membincangkan dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan
dengan menyimpan Log, misalnya tentang alatan yang digunakan dan
stesen yang jauh sekali dihubungi.
2. Membincangkan dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency
bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk
menghubungi beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
3. Menerangkan sekurang-kurangnya 10 jenis semboyan Q antarabangsa.
4. Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Telekom berkenaan dengan
sekatan menggunakan perkakasan radio walkie-talkie.

9. AHLI PERHUTANAN
1. Mengenali semerta 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok
yang lain dengan berpandukan bahan rujukan.
2. Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuh-tumbuhan dengan
teratur dengan menerangkan tiap-tuap peringkat yang mustahak seperti
membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian;
memahami akibat yang akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan itu disebabkan
kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga.
3. Menyediakan tapak semai dengan baja yang sesuai bagi pokok yang hendak
ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok.
4. Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui
peraturan keselamatan berkenaan dengan mengguna dan menyimpan kapak itu.
5. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusun dengan
kemas potongan itu.
6. Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan / Hutan Lipur.

10. PELIHAT
1. Dalam permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis benda berlainan selepas
melihatnya selama satu minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut
dan tiap-tiap jenis benda itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.
2. Mengenali 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja.
3. Membuat laporan lisan tidak kurang daripada satu minit berkenaan dengan satu
kejadian yang dilakonkan yang melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu, mestilah
mengandungi kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang
tiga itu yang dipilih oleh penilai.
4. Membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah
mengenai burung atau hidupan liar) dan kesan-kesan tayar motokar atau basikal.
Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan menaruh label
tarikh dan tempat diambilnya dengan betul dan terang.
5. Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer
yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan
lain-lain.

11. PENGEMBARA
1. Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit
bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1
malam ke suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan
dan bekalan yang cukup.
2. Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan
dengannya dengan rapi.
3. Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan
membuat peta mengandungi semua jalan kampong dan taliair dalam
lingkungan dua kilometer daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu
kepada Penilai bagi kelulusannya dan selepas itu menjalankannya
pengembaraan itu seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain.
4. Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandu
kepada kompas dan peta sahaja.

12. TUKANG MASAK
1. Mengetahui bahasa masakan umum seperti : tumis, cincang, parut, seram kuku,
manis-manis buah dan sebagainya.

2. Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut:
a) Telur goreng
b) Pisang goreng
c) Bubur kacang
d) Sambal tumis
e) Sup
f) Masak kicap
g) Asam pedas
h) Sayur campur

3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang
tetamu masakan di bawah ini:-
a) Nasi putih
b) Kari daging
c) Sejenis masakan daripada sayur
d) Manisan
e) Kopi atau Teh

4. Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging
ayam, sebelum dan selepas dimasak.


LENCANA PERKHIDMATAN
(Peringkat Lencana Maju)
Nota : Ahli Pengakap dikehendaki lulus tiga daripada Lencana Pengetahuan untuk
melengkapkan Lencana Maju.

1. AHLI ANTI DADAH
* Sijil Anti-Dadah akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Pengakap yang layak
menerimanya.

TAHAP 1
UNIT 1 : Remaja.
- Perubahan
- Masalah
- Penyelesaian
- Perhubungan

UNIT 2 : Tingkahlaku Negatif
- Sebab merokok
- Akibat merokok
- Akibat Dadah
- Akibat Alkohol
- Sikap Masyarakat

UNIT 3 : Tekanan Dan Masalah Hidup
- Cabaran di dalam dan di luar sekolah.

UNIT 4 : Dasar Negara Mengenai Dadah
- Masalah keselamatan
- Akta Dadah Berbahaya

TAHAP 2

UNIT 1 : Amali
(Pengakap Muda boleh memilih Dua daripada empat perkara di bawah)
- Menyimpan Buku Skrap
- Melukis Poster
- Menulis esei
- Menyertai pertandingan.

UNIT 2 : Kerja Luar
(Pengakap Muda boleh memilih satu daripada tiga perkara di bawah)
- Menyampaikan mesej anti dadah.
- Membuat lawatan.
- Menghadiri ceramah.

2. AHLI KOMUNITI
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus semua syarat yang terkandung
dalam satu bahagian sahaja:

BAHAGIAN A

1. Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan,
rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan
perpustakaan awam dan sebagainya.

Membincang dengan majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut
dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat.

2. Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan
selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap.

Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah
orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim-piatu dan penganggur.

3. Mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2
bulan dan menerangkan kepada Penilai segala pengalaman yang dialami semasa menjalankan
aktiviti berkenaan.

BAHAGIAN B

Mengetahui 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat
mengenai perkara yang berikut:-
- Deria
- Intelek
- Sistem Saraf
- Paru-paru dan Jantung
- Imbangan dan Pergerakan
- Perkembangan Fizikal
- Tahap Bahasa

1. Menunjukkan kesedaran dan menerangkan 4 cara membantu orang cacat dalam
kehidupan mereka.

2. Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang
cacat. (termasuk perkhidmatan sosial)

3. Berhubung giat dengan orang cacat dalam tempoh tiga bulan.

4. Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian
kecacatan, misalnya;
- Bahasa Isyarat untuk orang pekak.
- Brailie untuk orang buta.
- Pengurusan dan penjagaan kerusi roda.
- Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat / mengusung)

5. Menyiapkan satu daripada perkara berikut:-
a) Merakam sebuah cerpen atau beberapa sajak untuk orang buta.
b) Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
c) Menemani seorang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.

BAHAGIAN C

1. Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai:-
a) Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
b) Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
c) Mengetahui jenis alat perhubungan (seperti radio dan walkie-talkie),
sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
d) Tugas anggota polis amnya dan pembenteras jenayah khasnya.

3. AHLI PERTOLONGAN CEMAS
1. Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu.
2. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran
darah.
3. Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang
terkena kejutan elektrik.
4. Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala, tangan,
kaki, lutut dan siku serta balutan bergulung pada anggota badan.
5. Menunjukkan cara mengendalikan tulang selangka patah dan cara menjaga
supaya yang patah atau yang disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
6. Menunjukkan cara permulihan pernafasan (CPR/EAR) dan Holger Nielsen.
7. Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul secara lisan,
bertulis dan telefon..

4. JURUBAHASA
1. Lulus ujian yang berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda:-.
2. Berceramah denga Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-
kurangnya 5 minit.
3. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang
diberikan oleh Penilai..
4. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang
panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap diberi masa selama 10
minit untuk membaca senyap petikan itu.)
5. a) Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
ATAU
b) Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau
pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
ATAU
c) Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam
bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.

5. KUARTERMASTER (QM)
(Melakukan Kumpulan Ujian 1 6 ATAU Kumpulan Ujian 7 14).

KUMPULAN UJIAN A : 1 - 6
1. Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama
enam bulan.
2. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:-
a. Cara menjaga tali-temali : membuat pemecut, mematikan hujung tali,
menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya.
b. Cara menjaga khemah : memperbaiki tali penarik, menampal / menjahit
koyak yang kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan
menyimpannya.
c. Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan
menyimpannya.
3. Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan
termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
4. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:-
a. Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap.
b. Cara menyimpan dengan menggunakan system warna, nombor atau lain-
lain kod berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan
Pengakap.
5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan
seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
6. Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak dibeli.

ATAU

KUMPULAN UJIAN B : 7 14
1. Telah membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau
PEK bercuti Pengakap Kanak-kanak dengan baiknya selama lima hari..
2. Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan:-
a) Tali-temali
- melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
b) Khemah
- memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa
kecemasan dan memeriksa khemah.
c) Alatan
- mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan
d) Alatan Masak
- membersih, memeriksa dan menyimpan
3. Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan
keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan.
4. Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian
seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit / gunung dan perahu.
5. Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan
bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan penilai.
6. Menerangkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam
perkhemahan.
7. Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan
bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab
tiap alat itu perlu dibawa.
8. Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan
seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan
perkhemahan sebagai pembantu QM.

6. PEMADAM API
1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba Tempatan.
2. Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah
mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemansa yang menggunakan
minyak dan bahan pembakar yang terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar
khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan
minyak petrol; pengawasan bunga api, lilin, unggun api, perhiasan rumah.
3. Merancang persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap
atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab
persediaan sedemikian perlu.
4. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran,
mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu mengawal kejadian itu.
5. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya
kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba
dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku
dari masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima panggilan itu dan
sebab tindakan sedemikian diambil.
6. Mengetahui:-
A) Cara menjalankan kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi
berderet.
B) Cara menggunakan pam kaki (stirrup pump) dan pam tangan.
C) Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, gas cartridge,
karbon tetraklorida dan buih, serta mengetahui jenis pemadam yang sesuai
bagi mengawal jenis api yang tertentu.
7. Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya.

7. PEMANDU
1. Menunjukkan kepada Penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang
tertentu.
2. Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat
penting berikut:
a) Kediaman doctor, doctor haiwan, doctor gigi, hospital, klinik dan ambulan.
b) Balai Bomba, Balai Polos, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
c) Perhentian bas, Stesen Keretapi, Jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat-
tempat yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
d) Ibupejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga,
Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan
bersejarah.
e) Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya,
Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-
ahli dalam Patrolnya.
3. Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang turut
serta.
4. Mengarah dengan jelas arah jalan yang mudah diikuti oleh pelawat ke tapak
perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan
kenderaan awam, berbasikal atau berkereta.

8. PEMELIHARA
4. (a) Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk usaha yang sedang dijalankan
oleh pertubuhan pemeliharaan di Negara ini.
(b) Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
(c) Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau
yang berpanjangan.
5. Mengetahui sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya: menerangkan cara
hendak mengawal pencemaran itu.
6. Mengetahui bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara
satu sama lain.
7. Memberi empat contoh, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri,
bagaimana alam semulajadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana
dengan cara pemeliharaan, kerosakan dan kemusnahan boleh dielakkan atau
dicegah.
8. (a) Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan satu daripandanya
kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklah
mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan
dan boleh dibuat pada hujung minggu.
(b) Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kajian berikut kepada
Penilai:-
(i) Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.
(ii) Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.
(iii) Pemeliharaan hidupan liar : binatang / tumbuhan.
(iv) Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.

Ingatan : Kajian ini boleh dibuat seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain yang juga
mengambil ujian yang serupa dengan syarat laporannya berasingan.

9. Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh
selama sekurang-kurangnya sehari.

9. PENGAWAL PERKHEMAHAN
1. Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya
empat tapak perkhemahan yang berlainan.
2. Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah,
negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.
3. Menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini:-
a. Menggunakan kayu arang untuk memasak.
b. Membuat unggun api.
c. Memasang khemah patrol.
d. Menyidai kain basahan dan menganginkan alas tempat tidur dan lain-lain di
perkhemahan.
e. Mencegah kebakaran di perkhemahan.
4. Menerangkan dan, mana yang boleh menunjukkan cara yang digunakan dalam
perkhemahan untuk kerja berikut:
a. Membuang reja makanan.
b. Membuat tandas
c. Menjaga alat memasak
d. Menjaga air minum dan makanan
e. Menjaga alatan perkhemahan
8. Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan
baik.
9. Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan
satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
10. Menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:-
a. Kapak penebang.
b. Gergaji
c. Alat-alat ketuk (tukul)
d. Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai
dan sebagainya.
11. Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang
tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki
dan dimajukan lagi.

10. PENYELAMAT NYAWA
1. Telah memperolehi Lencana Ahli Renang.
2. Menunjukkan dua cara penyelamatan bagi melepaskan diri, pertama di darat dan
kedua di dalam air.
3. Menunjukkan kemahiran yang berikut:-
a. chin tow
b. cross tow
c. extended tow
4. Melempar tali penyelamat sepanjang 10 meter di antara 2 pancang jaraknya 1
meter dengan kejayaan 2 kali daripada 3 kali lemparan.
5. Menunjukkan cara menyelamatkan mangsa dari rumah terbakar, yang terhidu
racun gas, yang kemalangan jalanraya dan yang kena kejutan elektrik.
6. Menunjukkan cara pemulihan penafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR)
dengan menggunakan patung.

11. SETIAUSAHA
1. Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap diperingkat
Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan
dan boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin
Kumpulan Pengakap.
2. Di hadapan Penilai:-
a. Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan.
ATAU
b. Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan
tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan
mengantikan riben mesin taip atau mesin pencetak.
3. Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara
dan minit mesyuarat itu.
4. Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan
dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi
Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam
bank.
5. Menulis sepucuk surat atas tajuk yang diberikan oleh Penilai; membuat deraf kad
jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan satu upacara
yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.

6. Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai Bayaran
Kiriman Pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, Pos
Berdaftar, Pos Laju dan Perkhidmatan Pengiriman Keluar Negeri.
7. Menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara Kumpulan atau
menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan
atau Daerah.
8. Menjalankan tugas Setiausaha dalam Patrol, Majlis Ketua Patrol atau lain-lain
jawatankuasa yang tidak semestinya ada kaitan dengan Pengakap, selama 3 bulan
dengan memuaskan.
9. Mengendalikan pengurusan fail.

Anda mungkin juga menyukai