Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

PENDAHULUAN
Pengakap Udara adalah salah satu aliran Pengakap, dan bukannya organisasi
berasingan. Ia diasaskan dari dasar kaedah dan matlamat kepengakapan yang
sama. Pengakap Udara tetap mengikuti program teras sambil menambah unsurunsur aeronautika ke dalam program dan aktiviti-aktivitinya. Unit-unit yang
terlibat dapat melatih diri dengan kemahiran-kemahiran aeronautika dan
airmanship. Namun ia bukanlah program latihan bagi kerjaya tentera udara,
tetapi tetap berguna bagi anak-anak muda.
Pengakap Udara pada hakikatnya adalah pengakap yang diberi penerapan di
dalam aspek aeronautikal dan industri penerbangan. Mereka didedahkan dengan
ilmu-ilmu aeronautika manakala perihal keselamatan penerbangan (flight safety)
dan undang-undang (rules and regulations) udara menjadi tema utama program
latihan bagi Pengakap Udara. Program latihan tidak bermaksud melatih
seseorang itu menjadi juruterbang (semata-mata), tetapi sebagai ahli udara
yang berkefahaman mendalam dan menyeluruh mengenai berbagai-bagai
komponen industri penerbangan.
Program latihan bagi Pengakap Udara juga menawarkan kelainan kepada
program sedia ada. Kepada anak-anak muda yang mempunyai minat, inilah
peluang untuk mereka ceburi. Berbagai-bagai lencana boleh dianugerahi asalkan
seseorang itu berusaha gigih mendapatkannya. Ditambah dengan aktiviti-aktiviti
menyeronokkan dari masa ke masa, pastinya Pengakap Udara satu program
yang tidak mengecewakan.

MATLAMAT
Pengakap Udara adalah satu alternatif kepada program biasa dan program laut.
Keseluruhan program diacu dengan mengutamakan kepentingan ilmu
aeronautika dan memupuk budaya kerja yang mementingkan keselamatan. Ini
menjadi matlamat utama Pengakap Udara. Seterusnya dengan aplikasi
pengetahuan dan profesionalisma di dalam kehidupan sehari-hari, seorang
pengakap akan menjadi ahli masyarakat yang efektif dan dipandang tinggi.
Sebagai satu program alternatif, Pengakap Udara membuka ruang kepada anakanak muda menggunakan daya kreativiti mereka. Program latihan yang
komprehensif akan dan penglibatan yang maksima dari ahli pengakap
melahirkan remaja yang seimbang jasmani dan rohani. Untuk teguh, harus
kukuh. Dengan asas-asas yang terbina dari pengetahuan dan latihan, ahli
pengakap akan lebih berkeyakinan akan arah tujuan dan matlamat hidupnya.
Penerbangan dikira suatu industri yang bergerak pantas seiring dengan
kemajuan teknologi. Ahli-ahli pengakap berpeluang melihat penggunaan
teknologi secara dekat. Pengalaman berharga ini pasti dapat menyediakan
mereka menjadi pemain utama dalam dunia moden. Tidak lagi para remaja
ketinggalan dan tenggelam dalam arus pemodenan di sebalik keruntuhan moral
dan gejala sosial.
Bidang aviasi menuntut ketajaman fikiran, tumpuan dan disiplin yang tinggi
dalam setiap ahli. Tiada ruang untuk leka atau sambil lewa. Jika ini dapat
diterapkan dalam diri remaja, sudah pasti masyarakat yang berkualiti dapat

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL
dibina. Seterusnya, menjadikan bangsa dan negara bertamadun, berdaya maju
dan berjaya.

OBJEKTIF PENUBUHAN
Pengakap Udara telah lama wujud di dalam Malaysia. Pasukan Pengakap Udara
yang pertama ditubuhkan pada tahun 1950-an di Kuala Lumpur. Kumpulan
Pengakap Udara seterusnya ditubuhkan di Butterworth pada 1960-an, Pulau
Pinang di mana ahli-ahlinya adalah anak-anak anggota Tentera Udara Diraja
Australia yang ditempatkan di Pangkalan Udara Butterworth. Pada tahun 1980,
Pengakap Kelana Udara ditubuhkan di Kedah. Selepas itu, negeri Sarawak
menubuhkan Pengakap Udara pada tahun 2004, negeri Johor pada tahun 2008
dan terbaru di Melaka dan Sabah pada tahun 2010.

1950
1960
1980
2004
2008
2010

- Kumpulan 10 Kuala Lumpur


- Kumpulan Pengakap Udara Butterworth.
- Pasukan Kelana Udara di Kedah
- Sarawak
- Johor
Melaka dan Sabah

Justeru dapat dilihat, penubuhan Pengakap Udara di Selangor hanya menunggu


masa malah sangat wajar ditubuhkan dalam masa terdekat. Melihat kepada
keadaan negeri Selangor yang mengandungi lapangan terbang utama negara
dan kedudukan daerah Sepang yang berhampiran dengan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, maka dicadangkan Sekolah Menengah
Kebangsaan Dengkil menjadi perintis kepada penubuhan Pengakap Udara di
Selangor. Melalui penubuhan pasukan Pengakap Udara Sekolah Menengah
Kebangsaan Dengkil adalah diharap:

Bilangan ahli-ahli pengakap muda dan remaja bertambah sekali ganda


Menerapkan ilmu-ilmu aeroangkasa kepada pelajar-pelajar sekolah
Mempelbagai kegiatan ko-kurikulum dengan memperkenalkan suatu
bentuk kegiatan baru
Mewujudkan persaingan sihat di antara pasukan-pasukan beruniform

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

NAMA KUMPULAN
Pasukan Pengakap Udara Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil akan
menggunakan nombor kumpulan yang sama seperti pengakap aliran biasa iaitu,
Kumpulan 15 Sepang. Ini bermakna Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil
mempunyai dua pasukan pengakap yang ditadbir secara berasingan.
Pentadbiran kedua-dua pasukan ini diasingkan bagi menggandakan bilangan ahli
pengakap, namun bagi tujuan koordinasi perlu diwujudkan majlis pengakap
kumpulan bagi menyelaras aktiviti-aktiviti utama bersama. Kedua-dua pasukan
akan mempunyai ketua pasukan, pemimpin dan jurulatih yang berbeza.

MAJLIS PENGAKAP
KUMPULAN KE-15 SEPANG
PENGERUSI
GURU-GURU PENASIHAT
PEMIMPIN-PEMIMPIN
JURULATIH-JURULATIH

PENGAKAP

PENGAKAP UDARA

KETUA PASUKAN
MAJLIS KETUA-KETUA
PATROL

KETUA PASUKAN
MAJLIS KETUA-KETUA
PATROL

SKIM LATIHAN PENGAKAP UDARA


Pengakap Udara bermula dari peringkat umur Pengakap Muda. Ini kerana tidak
terdapat skim latihan udara bagi Pengakap Kanak-kanak. Program latihan terdiri
daripada sukatan pelajaran am dan sukatan pelajaran khusus. Sukatan pelajaran
am adalah seperti yang terkandung di dalam Buku Program Latihan Pengakap
Muda bagi aliran biasa hendaklah dirujuk serta diamalkan bagi melatih Pengakap
Muda Udara. Sukatan pelajaran khusus yang terdapat di dalam buku ini
membentuk sekitar 20 peratus latihan tambahan Pengakap Udara. Buku ini
hanya
mengandungi
sukatan
pelajaran
khusus
bagi
meringkaskan
kandungannya.
Oleh kerana sukatan pelajaran am Pengakap Muda Udara sama seperti Pengakap
Muda, maka beliau wajib melengkapkan latihan Lencana Kemajuan iaitu Usaha,

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL
Maju dan Jaya serta mematuhi syarat-syarat yang berkaitan bagi
mendapatkannya. Sebagai tambahan beliau juga wajib mengambil Lencanalencana Kemajuan Pengakap Udara, iaitu Ahli Udara Kelas II, Ahli Udara Kelas I
dan Ahli Udara Utama. Setelah berjaya melengkapkan lencana-lencana ini beliau
boleh mengikuti program Pengakap Remaja Udara pula.

Di samping lencana-lencana kemajuan terdapat Lencana-lencana Kepandaian


yang boleh diambil bagi menambah pengetahuan ahli Pengakap Muda. Lencana
Kepandaian terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Kegemaran,
Kumpulan Pengetahuan dan Kumpulan Perkhidmatan. Lencana Ahli Berkhemah
dan Pertolongan Cemas seperti dalam sukatan pelajaran am adalah wajib
diambil. Skima Latihan Pengakap Muda Udara mempunyai tambahan 3 lencana
bagi setiap kumpulan Lencana Kepandaian.
Seseorang Pengakap Muda Udara perlu mendapatkan lapan Lencana Kepandaian
kesemuanya iaitu dua dari Kumpulan Kegemaran, tiga dari Kumpulan
Pengetahuan dan tiga dari Kumpulan Perkhidmatan. Bagi Pengakap Udara, satu
lencana dari setiap kumpulan Lencana Kepandaian mestilah dari sukatan
pelajaran khusus yang terkandung di dalam Skima Latihan Pengakap Muda
Udara. Lencana-lencana ini adalah pilihan namun, seseorang Pengakap Muda itu
sangat digalakkan mengambil ujian lencana-lencana ini. Setelah melengkapkan
Lencana-lencana Kemajuan dan lapan Lencana Kepandaian serta mematuhi
syarat-syaratnya, barulah beliau layak memakai Rambu Pengakap Muda. Hanya
selepas melengkapkan lencana-lencana ini beliau boleh mengikuti program
Pengakap Remaja Udara pula.
Latihan bagi Pengakap Remaja Udara pula bermula dengan Lima Lencana
Tertinggi serupa dengan Pengakap aliran lain. Namun Pengakap Remaja Udara
mengambil Lencana Airmanship menggantikan Lencana Kemahiran dan Lencana
Meteorologi menggantikan Lencana Kegiatan. Dua lencana ini adalah unik
kepada Pengakap Udara sahaja. Setelah mematuhi syarat-syarat yang
ditentukan seseorang Pengakap Remaja Udara itu bolehlah dianugerahkan
Rambu Pengakap Remaja.
Bagi mendapatkan Anugerah Pengakap Raja, kelayakannya adalah sama seperti
aliran Pengakap dan Pengakap Laut. Calon-calon harus menyertai Ujian Sikap
Pengakap Raja yang mengandungi lima bahagian iaitu, Tanggungjawab, Khidmat
Masyarakat, Berdikari dan Perkhemahan Pengembaraan, Kegiatan, dan
Ekspedisi. Setelah itu beliau harus menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja.
Sekiranya lulus, layaklah beliau menerima anugerah yang sangat berprestij itu.

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP UDARA


Sebahagian besar aktiviti Pengakap Udara sudah pasti berkisar industri
penerbangan. Walau bagaimanapun, ia tidak terhad berkaitan bidang itu sahaja.
Pemimpin Pengakap Udara mempunyai kebebasan untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti mereka asalkan mengikut garis panduan. Sesuatu aktiviti
itu perlulah:

Dirancang dengan
diutamakan.

teliti,

dengan

memastikan

aspek

keselamatan

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

Mematuhi undang-undang dan peraturan yang terkandung di dalam


berbagai penerbitan.
Memberi manfaat sama ada kepada ahli, persatuan, atau masyarakat
sekitar.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak harus tertumpu kepada usaha melatih


juruterbang sahaja. Ini kerana latihan penerbangan biasanya mahal justeru
menghadkan jumlah ahli yang berkemampuan. Aktiviti-aktiviti Pengakap Udara
seharusnya meliputi keseluruhan aspek industri aeronautika itu, bagi membina
kesedaran kesedaran ahli-ahli. Sesudah dewasa dan melangkah ke alam
pekerjaan, pengetahuan ini diharap dapat digunakan mereka tidak kira jika
mereka menjadi pengawal trafik udara, pengendali di darat, perancang
penerbangan mahupun mekanik. Kesemua tugasan adalah penting di dalam
industri penerbangan dan kerjasama kesemuanya mustahak bagi memastikan
operasi penerbangan berjalan lancar.
Berbagai aktiviti boleh dirancang, antaranya:

Bidang pengurusan penerbangan


Lawatan ke bahagian operasi syarikat penerbangan
Lawatan ke kawalan trafik udara
Lawatan ke lapangan terbang
Lawatan ke pangkalan udara

Penggemar

Kejuruteraan aeronautik
Lawatan ke hangar
Membina model pesawat

Keselamatan penerbangan
Lawatan ke DCA
Ceramah dan taklimat keselamatan
Lawatan ke pusat kesihatan udara

Astronomi dan angkasa


Lawatan ke planetarium
Mempelajari ilmu kaji bintang
Lawatan ke MOSTI
Pengetahuan mengenai program angkasawan negara
Pengetahuan mengenai satelit
Sains roket

Penerbangan semulajadi
Kajian burung, kelawar, dinosaur terbang, serangga dan
sebagainya

dan pengumpul, Air Enthusiasts


Mengumpul gambar pesawat
Fotografi udara
Melawat muzium penerbangan
Karnival dan pertunjukan udara

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

Alam sekitar dan ekologi makhluk terbang

Meteorologi
Lawatan ke stesen kajicuaca

Sukan lasak
Payung terjun
Paragliding, parasailing dan paramotor
Microlight dan ultralight

Komunikasi radio
Ilmu radio telefoni
JOTA

Pengkaji sejarah penerbangan


Lawatan ke tempat bersejarah

Latihan penerbangan
Mengambil lesen penerbangan
Latihan simulator
Kelab penerbangan

Pesawat kawalan radio


Penerbangan pesawat kawalan radio

Dan berbagai-bagai aktiviti lain

TEMPAT DAN WAKTU LATIHAN


Latihan dan kegiatan am akan dijalankan pada waktu ko-kurikulum yang
diperuntukkan di sekolah, manakala tempat latihan adalah menggunakan
prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah, dan yang disediakan oleh
Persekutuan Pengakap Malaysia.

SASARAN AHLI
Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil yang belum
menganggotai pengakap terutama yang belum menyertai mana-mana badan
beruniform. Program-program akan dirancang bagi melibatkan pelajar-pelajar
tingkatan 1,2 dan 4, manakala pelajar tingkata 3 dan 5 diberi kelonggaran.

JURULATIH
Adalah dicadangkan Kepten Abdul Mueiem bin Sahaddin dan Kepten Wafi bin
Abdulfatah Haron, kedua-duanya Pesuruhjaya Ibupejabat Kebangsaan (Udara)
melatih pasukan sementara sehingga pemimpin-pemimpin pasukan mengikuti
serta menamatkan Kursus Pemimpin Pengakap Udara kelak.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

LENCANA
KEMAJUAN

LENCANA
KEMAJUAN
PENGAKAP UDARA
WAJIB

LENCANA KEPANDAIAN
PENGAKAP UDARA

KEAHLIAN
KEGEMARAN

USAHA

AHLI UDARA KELAS II

PILIH 2
(1 LENCANA UDARA + 1
LENCANA BIASA)
PENGETAHUAN

PILIH 2 + AHLI BERKHEMAH


(1 LENCANA UDARA + 1
LENCANA BIASA + AHLI
BERKHEMAH)
PERKHIDMATAN
MAJU

AHLI UDARA KELAS I


PILIH 2 + PERTOLONGAN
CEMAS
(1 LENCANA UDARA + 1
LENCANA BIASA +
PERTOLONGAN CEMAS)

TERMASUK DUA LENCANA


WAJIB MENJADIKAN JUMLAH
8 LENCANA
JAYA

AHLI UDARA UTAMA


SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

RAMBU PENGAKAP MUDA

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

LAMPIRAN 1-SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA UDARA


LAMPIRAN 2-SKIM LENCANA PENGAKAP REMAJA UDARA
SEMUA LENCANA ADALAH WAJIB
LIMA LENCANA TERTINGGI

1.
2.
3.
4.
5.

JAYADIRI
AIRMANSHIP
METEOROLOGI
EKSPEDISI
PERKHIDMATAN

TANGGUNGJAW
AB

RAMBU PENGAKAP REMAJA


UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA
KHIDMAT
BERDIKARI DAN
MASYARAKA PERKHEMAHAN
KEGIATAN
T
PENGEMBARAA
N
PENTARAFAN PENGAKAP RAJA

EKSPEDISI

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PENGAKAP UDARA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DENGKIL

ANUGERAH PENGAKAP RAJA

Anda mungkin juga menyukai