Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENYEDIAKAN BUKU LOG

Buku log mestilah menggunakan buku bersaiz 205mm x 160mm dan mestilah
mempunyai sekurang-kurangnya 128 mukasurat.
1. Kulit buku mestilah dibalut kertas putih dan dibalut sekali lagi dengan
pembalut plastik. Kulit luar mesti menunjukkan gambar lencana. Butirbutir seperti nama, kumpulan dan daerah hendaklah ditulis di muka
depan.

BUKU LOG
LENCANA USAHA

NAMA:
KUMPULAN:
SEKOLAH:

2. Muka surat pertama hendaklah diisi dengan biodata pemilik seperti nama,
nombor pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, alamat tetap, alamat
sekolah, no telefon, hobi, cita-cita dan lain-lain.
3. Muka seterusnya diisi dengan ringkasan sukatan pelajaran skim lencana.
4. Isi kandungan hendaklah menjawab keperluan skim lencana. Ditulis
berdasarkan kajian, pemerhatian, latihan dan lain-lain catatan
menggunakan ayat sendiri. Catatan disusun berdasarkan skim lencana
dan tidak dibenarkan bahan fotostat, atau cedokan dan peniruan. Jika
boleh sertakan gambar aktiviti.
5. Beberapa muka surat sebelum muka surat terakhir hendaklah ditampal
dengan slip ujian yang dibekalkan. Tinggalkan juga ruangan yang cukup
untuk ulasan penguji dan tandatangan serta cop.
6. Muka surat terakhir hendaklah ditampal salinan sijil setelah lulus.

(Disesuaikan dari Buku Panduan Pentaraf Pengakap Raja Negeri Perak)

Anda mungkin juga menyukai