Anda di halaman 1dari 116

PANDUAN PEMIMPIN PENGAKAP UDARA

EDISI KETIGA

SEKRETARIAT PENGAKAP UDARA KEBANGSAAN

Ogos 2022
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

KATA–KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah rahmat-Nya, Kursus Pemimpin Pengakap Udara kali keempat (KPPU IV) dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan serta ucapan tahniah dan syabas kepada Sekretariat Pengakap
Udara Kebangsaan (SPUK) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak Darul
Ridzuan atas kejayaan penganjuran kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada
agensi-agensi kerajaan, rakan-rakan strategik awam dan swasta yang turut bertungkus-
lumus membantu. Ini termasuklah kepada Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja
Malaysia (PGU PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Malaysia
Airports Berhad (MAB), Layang Layang Flying Academy dan lain-lain.

Pengakap Udara bukanlah satu pergerakan berasingan. Ianya adalah satu aliran
pengakap yang melibatkan diri dalam kegiatan udara serta menerapkan dimensi
mengutamakan keselamatan sebagaimana di dalam bidang penerbangan. Di kalangan
penerbang dan ahli udara, sikap atau attitude yang baik sebegini dikenali juga sebagai
airmanship. Oleh itu, Pengakap Udara, di samping melalui latihan kepengakapan, juga
harus melalui latihan airmanship yang akhirnya dapat membentuk budaya keselamatan
(safety culture) yang baik.

Semenjak Kursus Pemimpin Pengakap Udara yang pertama diadakan pada sepuluh
tahun yang lalu, pertumbuhan Pengakap Udara kini amatlah menggalakkan. Namun,
bagi merancakkan lagi perkembangan dan mencapai sasaran keahlian seramai 8000
orang ahli pada tahun 2026, sebanyak 80 pasukan Pengakap Udara yang baru perlu
ditubuhkan sebagai tambahan kepada 87 pasukan yang sedia ada. Di sini SPUK telah
mengunjurkan keperluan melatih di antara 40 hingga 80 orang Pemimpin Pengakap
Udara setiap tahun bagi menampung keperluan ini.

Kepada para Pemimpin Pengakap Udara, saya berharap penganjuran kursus ini sedikit
sebanyak akan membantu anda menubuhkan dan menguruskan pasukan-pasukan
Pengakap Udara, dan memperhebatkan lagi pertumbuhan untuk mencapai sasaran di
atas. Jadikanlah ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran yang dipelajari sebagai asas untuk
mengembangkan aliran Pengakap Udara di seluruh negara. Namun saya juga amat
berharap, ianya tidak terhenti di sini sahaja. Teruslah menggerakkan pasukan,
merangka program dan menjalin kerjasama agar anak-anak pengakap kita mendapat
faedah daripada program yang berkualiti.

Akhir kata, saya menyeru kepada masyarakat umum dan agensi-agensi kerajaan dan
swasta supaya terus memberikan sokongan kepada Pergerakan Pengakap, khususnya
Pengakap Udara agar program-program sebegini dapat diteruskan dan memberikan
manfaat yang berkekalan.

Sekian, terima kasih.

5
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

6
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya,
akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.

Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya (Dipercayai)
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu
bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya (Taat)
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang
pada setiap masa (Berguna)
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-
lain Pengakap walau apapun negara, negeri, bangsa, pangkat dan
agamanya (Bersaudara)
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya
(Berbudi)
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan (Kasihkan Binatang)
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa
persoalan (Menurut Perintah)
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum
walaupun semasa kesusahan (Tabah Hati)
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat (Berjimat)
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)

7
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

PENGENALAN

Sesebuah pasukan atau kumpulan pengakap udara memerlukan bimbingan


daripada seorang pemimpin yang mempunyai serba sedikit kefahaman di dalam
bidang aeronautik dan penerbangan. Selain menunjukkan akhlak dan teladan
yang boleh dicontohi, beliau perlulah mempunyai asas ilmu ahli udara dan
seorang pemegang manik kayu. Dengan berbekalkan kemahiran-kemahiran ini
serta sikap proaktif pemimpin, pasukan-pasukan pengakap udara dapat bergiat
aktif dengan mendapat manfaat sepenuhnya daripada program yang disediakan.

Latihan Bagi Pemimpin Pengakap Udara

Keseluruhan usaha dan sumber organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia


digerakkan ke arah matlamat melatih golongan muda mencapai kemurnian
aspirasi dari segi fizikal, intelek, mental, sosial dan spiritual seterusnya
diterjemahkan di dalam penyertaan kewarganegaraan yang positif.

Kaedah berpengakap melatih golongan muda remaja dari awal usia di dalam
unit-unit kecil yang dipanggil sekawan atau patrol hinggalah pasukan, daerah,
negeri dan seterusnya ke organisasi kebangsaan. Di setiap peringkat ini, para
Pemimpin memainkan peranan penting memastikan keberkesanan program
kepengakapan diterima dan berhasil.

Berdasarkan perkara 398 di dalam Prosedur Organisasi dan Peraturan (POR)


2010, latihan bagi Pemimpin Pengakap Udara diwujudkan untuk mengisi
sebahagian keperluan ilmu ahli udara para Pemimpin supaya dapat memimpin
pasukannya dengan berkesan, memahami tujuan dan kaedah Pengakap Udara,
serta bagaimana merancang program dan mendapatkan latihan yang bermutu
bagi pasukannya.

Bentuk latihan yang perlu diikuti oleh seseorang Pemimpin Pengakap Udara
terdiri daripada dua, iaitu:-

a. Kursus Kepimpinan Manikayu, dan diikuti dengan,


b. Kursus Pemimpin Pengakap Udara.

8
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kursus Pemimpin Pengakap Udara

Kursus Pemimpin Pengakap Udara diadakan bagi mereka yang benar-benar


berminat menubuhkan dan memimpin pasukan Pengakap Udara. Kursus ini
diwajibkan ke atas semua Pemimpin Pengakap Udara dan dibuka hanya kepada
golongan Pemimpin. Ahli Kelana tidak dibenarkan mengikuti kursus ini melainkan
sekiranya telah dilantik menjadi Pemimpin Pengakap Udara

Syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi oleh bakal-bakal peserta yang ingin
mengikuti Kursus Pemimpin Pengakap Udara adalah seperti berikut:-

a. Pemimpin Pengakap yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap


Malaysia.
b. Sebaik-baiknya telah memperolehi sekurang-kurangnya dua butir manik
kayu Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja atau Unit Pengakap
Kelana. Sekiranya belum dikalungkan dua butir manik kayu, hendaklah
menunjukkan salinan dokumen lengkap Borang MK2/(2017) kepada
Bahagian Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia).
c. Peserta mestilah dicalonkan oleh PPM negeri masing-masing, mendapat
pengesahan daripada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri –
Pengakap Udara, dan juga kebenaran Ketua Pesuruhjaya Negeri. Bagi
Pemimpin pasukan yang bernaung di bawah Ibu Pejabat Kebangsaan,
kebenaran boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Kebangsaan atau Pesuruhjaya Kebangsaan yang menguruskan hal ehwal
Pengakap Udara. Pencalonan yang tidak mengikut prosedur akan ditolak.
d. Pemimpin yang belum mempunyai pasukan Pengakap Udara hendaklah
menubuhkan pasukan di dalam tempoh dua tahun. Tempoh hanya dua
tahun adalah kerana kemungkinan berlakunya pembaharuan dan
semakan baru.

Kursus Pemimpin Pengakap Udara dilaksanakan oleh Sekretariat Pengakap


Udara Kebangsaan setelah mendapat persetujuan daripada Pesuruhjaya Latihan
Negara dan kebenaran daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Kursus
ini dijalankan selama 4 hari 3 malam, mengandungi sekurang-kurangnya 12
modul untuk disampaikan kepada para Pemimpin. Satu ujian bertulis diberikan
dan markah lulus adalah 70 peratus.

9
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Sukatan pelajaran yang terkandung di dalam Kursus Pemimpin Pengakap Udara


disampaikan dalam bentuk teori dan amali minima selama 13 jam. Modul-modul
yang terdapat di dalam kursus ini adalah seperti berikut:-

a. Pengenalan Pengakap Udara (minima ½ jam)


b. Program Pengakap Udara (minima ½ jam)
c. Teori Penerbangan (minima 2 jam)
d. Meteorologi (minima 2 jam)
e. Navigasi (minima 1 jam)
f. Airmanship (minima 1 jam)
g. Trafik Udara (minima 1 jam)
h. Radio Telefoni (minima 1 jam)
i. Undang-undang Udara (minima 1 jam)
j. Ikatan (minima 1 jam)
k. 2 modul pilihan iaitu:- (minima 1 jam setiap satu)
i. Sesi soal jawab
ii. Perubatan Udara
iii. Ikhtiar Hidup Kemalangan Udara
iv. Pengenalan Sukan Udara
v. Lawatan
vi. Demonstrasi
vii. Kawad

10
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Contoh Sukatan Pelajaran Kursus Pemimpin Pengakap Udara

Contoh-contoh sukatan pelajaran bagi modul-modul Kursus Pemimpin Pengakap


Udara adalah seperti berikut:-

SESI 01 – PENGENALAN PENGAKAP UDARA


Masa 30 Minit
 Mengetahui sejarah, perkembangan dan matlamat masa
depan pengakap udara
 Mengetahui struktur organisasi, pentadbiran dan kaedah
Objektif
penubuhan pengakap udara
 Mengetahui bentuk kegiatan dan gerak kerja pengakap
udara
 Penerangan
Kaedah
 Soal jawab
 Apa dia pengakap udara
 Sejarah pengakap udara
Sukatan  Tema keselamatan
Pelajaran  Kegiatan kepengakapan udara
 Kaedah penubuhan pasukan pengakap udara
 Pemimpin pengakap udara
Bahan-bahan  Sisip
Penyampaian  Gambarajah

SESI 02 – PROGRAM PENGAKAP UDARA


Masa 30 Minit
 Memahirkan diri dengan program pengakap udara
 Mendedahkan teknik pengajaran sukatan pelajaran
Objektif
 Memahami perancangan rentetan program pengakap
udara
 Penerangan
Kaedah
 Soal jawab
 Latar belakang program pengakap udara
 Program Pengakap Muda Udara
Sukatan
 Program Pengakap Remaja Udara
Pelajaran
 Program Pengakap Kelana Udara
 Cadangan penarafan pengakap raja udara
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Buku program

11
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SESI 03 – UNIFORM PENGAKAP UDARA


Masa 30 Minit
 Mengetahui kaedah pemakaian uniform pengakap udara
yang dicadangkan kepada Jawatankuasa Uniform
Objektif
Kebangsaan
 Mengetahui keunikan uniform pengakap udara
 Penerangan
Kaedah  Demonstrasi
 Soal jawab
 Uniform No 1
 Uniform No 2
Sukatan Pelajaran
 Uniform No 3
 Pakaian lain
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Sampel

SESI 04 – SIMPULAN
Masa 1 Jam 30 Minit
 Mempelajari dan memahirkan diri dengan simpulan-simpulan
Objektif
dan ikatan pengakap udara
 Penerangan
Kaedah  Demonstrasi
 Latih tubi
 Tindih Kasih Semat (Yosemite Bowline)
 Tindih Kasih Eskimo (Eskimo Bowline)
 Tindih Kasih Terjun (Parachute Bowline)
Sukatan Pelajaran  Tindih Kasih Portugis (Portugese Bowline)
 Tindih Kasih Sepanyol (Spanish Bowline)
 Tindih Kasih Udara (Air Bowline)
 Lilit Teruna (Midshipman’s Hitch)
 Sisip
Bahan-bahan
 Carta temali
Penyampaian
 Tali

12
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SESI 05 – TEORI PENERBANGAN


Masa 1 Jam 30 Minit
Objektif  Memahami perkara asas mengenai pesawat udara
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Jenis-jenis pesawat udara
 Komponen pesawat udara
Sukatan Pelajaran
 Paksi kawalan
 Jenis-jenis enjin dan kuasa pendorong
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Model pesawat

SESI 06 – TEORI PENERBANGAN LANJUTAN


Masa 1 Jam 30 Minit
 Mempelajari prinsip-prinsip aerodinamik yang terlibat di dalam
Objektif
penerbangan
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Prinsip aerodinamik
Sukatan Pelajaran  Rekabentuk sayap
 Pegunan
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Model pesawat

SESI 07 – ASAS NAVIGASI


Masa 1 Jam 30 Minit
 Mempelajari asas navigasi udara
Objektif
 Mempelajari jenis-jenis carta penerbangan
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Latitud dan longitud
 Great circle dan rhumb line
Sukatan Pelajaran  Cerapan dan carta
 Heading, track dan drift
 1-in-60 rule
 Sisip
Bahan-bahan  Gambarajah
Penyampaian  Glob
 Carta

13
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SESI 08 – KEAHLIUDARAAN
Masa 1 Jam 30 Minit
 Mengetahui prosedur-prosedur keselamatan yang lazim di
dalam pengangkutan udara
Objektif
 Mengetahui isyarat-isyarat keselamatan yang lazim
digunakan
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah  Latihan amali
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Marshalling
 Isyarat permukaan ke udara
Sukatan Pelajaran
 Runway dan taxiway
 NOTAM
 Sisip
Bahan-bahan  Gambarajah
Penyampaian  Model landasan
 Peralatan keselamatan

SESI 09 – PERUBATAN UDARA


Masa 1 Jam 30 Minit
 Mengetahui beberapa gejala berkaitan dengan masalah-
Objektif
masalah perubatan penerbangan dan kaedah mengatasinya
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah  Latihan amali
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Hypoxia
Sukatan Pelajaran  Hyperventilation
 Decompression sickness
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Peralatan keselamatan

14
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SESI 10 – TRAFIK UDARA


Masa 1 Jam 30 Minit
Objektif  Mengetahui cara kerja kawalan trafik udara
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah  Latihan amali
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Komponen lapangan udara
Sukatan Pelajaran
 Litar lalulintas udara
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Model landasan

SESI 11 – UNDANG-UNDANG UDARA


Masa 1 Jam 30 Minit
 Mengetahui peranan pihak berkuasa dalam hal ehwal
penerbangan
Objektif
 Memahami peruntukan undang-undang yang mengawal
aktiviti penerbangan
 Penerangan
Kaedah  Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 CAAM
 MAVCOM
Sukatan Pelajaran
 MSAF
 Petikan MCAR
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Model landasan

SESI 12 – METEOROLOGI I
Masa 1 Jam 30 Minit
 Mempelajari konsep asas cuaca
Objektif
 Mengetahui unit ukuran cuaca penerbangan
 Penerangan
Kaedah  Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Unit ukuran
 Komposisi udara dan atmosfera
Sukatan Pelajaran  Angin
 Awan
 Kerpasan
Bahan-bahan  Sisip
Penyampaian  Gambarajah

15
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SESI 13 – METEOROLOGI II
Masa 1 Jam 30 Minit
Objektif  Melatih pengaplikasian teori meteorologi
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah
 Latihan amali
 Latihan pengukuhan
 ATIS
 TAF, METAR, SIGMET, SPECI
Sukatan Pelajaran
 Significant Weather Chart
 Jangkasuhu bebuli kering-basah
 Sisip
Bahan-bahan
 Gambarajah
Penyampaian
 Model jangkasuhu

SESI 14 – RADIO TELEFONI


Masa 1 Jam 30 Minit
Objektif  Mengetahui prosedur-prosedur radio telefoni
 Penerangan
 Demonstrasi
Kaedah  Latihan amali
 Soal jawab
 Latihan pengukuhan
 Abjad fonetik
Sukatan Pelajaran  Istilah asas
 Unit ukuran
 Sisip
Bahan-bahan  Gambarajah
Penyampaian  Model landasan
 Peralatan radio

SESI 15 – LAWATAN
Masa 1 Jam 30 Minit
Objektif  Melihat lebih dekat operasi lapangan udara
 Lawatan
Kaedah
 Soal jawab
Sukatan Pelajaran  Lawatan hangar, tower, atau simulator
Bahan-bahan
 Pemerhatian
Penyampaian

16
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lencana Pemimpin Pengakap Udara

Di akhir kursus, para peserta yang berjaya akan diberikan kerja kursus untuk
diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Setelah itu barulah Lencana
Pemimpin Pengakap Udara boleh dianugerahkan kepada mereka yang telah
menyertai kursus dengan jayanya dan menyelesaikan kerja kursus dengan
sempurna.

Lencana Pemimpin Pengakap Udara.

Lencana Pemimpin Pengakap Udara berupa logo Persekutuan Pengakap


Malaysia yang diapit oleh sepasang sayap penyokong berwarna keemasan
dengan skrol bertulis ‘PEMIMPIN’ di bawahnya. Lencana Pemimpin Pengakap
Udara dipakai di lengan kiri uniform Pengakap Udara sahaja pada kedudukan
yang hampir separas dengan Lencana Kepandaian yang terdapat di dada.
Sekira-kira selebar tapak tangan jika diukur dari hujung bahu.

Lencana ini eksklusif kepada para pemimpin dan pesuruhjaya yang telah
mengikuti dengan jayanya Kursus Pemimpin Pengakap Udara sahaja.

Kedudukan Lencana Pemimpin Pengakap Udara pada uniform.

17
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

PENGENALAN PENGAKAP UDARA

Memetik kata-kata Lord Thomas Corbett,


Baron Rowallan, yang merupakan Ketua
Pengakap Komanwel, 1945 hingga 1959,
“(Pengakap Udara) bukanlah satu
pergerakan berasingan, (tetapi) hanyalah
kepengakapan dalam bentuk yang
digemari oleh mereka yang minat udara”.

Pengakap Udara mempunyai matlamat


kepengakapan yang sama iaitu melatih
generasi muda bagi melahirkan individu
berpotensi dari segi fizikal, intelek, mental,
sosial dan spiritual, yang berani memikul
tanggungjawab terhadap masyarakat,
negara dan sejagat. Pengakap Udara Lord Rowallan
Cuma menggunakan pendekatan berbeza
iaitu aviasi, kegiatan udara dan penerbangan menjadi kaedah penyampaian
dalam mencapai matlamat ini. Pendekatan ini dipilih kerana bidang penerbangan
dan aeroangkasa menuntut disiplin yang tinggi terhadap para pengamalnya.
Tema keselamatan yang menjadi pegangan keseluruhan pengamal dijadikan
teras di dalam program Pengakap Udara.

Kaedah Penubuhan Pengakap Udara

Pengakap Udara boleh ditubuhkan melalui beberapa kaedah, melalui patrol


percubaan, penubuhan pasukan baru ataupun melalui penukaran pasukan sedia
ada kepada aliran Pengakap Udara. Pasukan Pengakap Udara juga boleh
ditubuhkan di dalam Kumpulan Pengakap sedia ada sebagai tambahan kepada
pasukan-pasukan yang telah berjalan aktif.

Patrol Percubaan

Patrol Percubaan bagi Pengakap Muda boleh ditubuhkan dengan mudah di


dalam pasukan yang telah berjalan dengan aktif. Pemimpin Pengakap Udara
mengenalpasti ahli-ahli yang cenderung kepada kegiatan kepengakapan udara.
Pemimpin juga boleh merekrut ahli baru untuk tujuan ini. Namun, sebelum
memulakan patrol percubaan ini, Pemimpin hendaklah mengemukakan
permohonan kepada Persekutuan Pengakap Daerah yang kemudiannya
membawa permohonan ini kepada Persekutuan Pengakap Negeri. Surat
permohonan hendaklah dikemukakan melalui kuasa penganjur sekiranya ianya
sebuah pasukan yang dianjur.

Secara ringkasnya, perkara-perkara yang perlu disediakan adalah:-

a. Surat permohonan menubuhkan patrol percubaan kepada Persekutuan


Pengakap Negeri
b. Surat sokongan daripada Persekutuan Pengakap Daerah

18
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kumpulan Pemimpin berbincang dengan penganjur


dianjur

Tidak

Penganjur Cuba
bersetuju? semula

Kumpulan Ya
terbuka,
terus
berbincang Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah
dengan
Pesuruhjaya
Daerah Tidak

Daerah Cuba
bersetuju? semula

Ya

Berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya Negeri, beserta


surat permohonan penganjur & surat sokongan
Pesuruhjaya Daerah,

Tidak

Negeri Cuba
luluskan? semula

Ya

Maklumkan pada SPUK & hantar Pemimpin mengikuti


Kursus Pemimpin Pengakap Udara

Kaedah menubuhkan patrol percubaan.

19
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pasukan Pengakap Udara di dalam Kumpulan Sedia Ada

Pasukan Pengakap Udara yang baru juga boleh ditubuhkan di dalam Kumpulan
Pengakap yang sedia ada. Akan tetapi penubuhan ini memerlukan lebih banyak
persiapan. Kertas cadangan hendaklah dibentangkan untuk diteliti oleh pihak
penganjur sebelum dibawa ke Persekutuan Pengakap Daerah dan Persekutuan
Pengakap Negeri.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a. Surat permohonan menubuhkan pasukan Pengakap Udara di dalam


Kumpulan Pengakap sedia ada kepada Persekutuan Pengakap Negeri
b. Surat sokongan daripada Persekutuan Pengakap Daerah
c. Kertas cadangan

20
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kumpulan Pemimpin berbincang dengan penganjur


dianjur

Tidak

Penganjur Cuba
bersetuju? semula

Kumpulan Ya
terbuka,
terus
berbincang Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah
dengan
Pesuruhjaya
Daerah Tidak

Daerah Cuba
bersetuju? semula

Ya

Bentang kertas kerja kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri,


beserta surat permohonan penganjur & surat sokongan
Pesuruhjaya Daerah,

Tidak

Negeri Cuba
luluskan? semula

Ya

Maklumkan pada SPUK & hantar Pemimpin mengikuti


Kursus Pemimpin Pengakap Udara

21
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pertukaran Pasukan/Kumpulan Sedia Ada Kepada Pasukan Pengakap


Udara

Pasukan sedia ada yang telahpun aktif tidak digalakkan untuk bertukar kepada
pasukan Pengakap Udara. Perlu diingat, kewujudan aliran Pengakap Udara
haruslah dapat memperkembangkan keanggotaan pergerakan secara amnya.
Namun pada keadaan tertentu ianya dibolehkan bagi mengambil faedah dan
peluang bagi mendapatkan program yang lebih bermutu.

Sebagai contoh, satu pasukan Pengakap yang sebelumnya telahpun bergerak


aktif, kemudiannya baru sahaja melantik Pemimpin yang merupakan seorang
angkasawan dan beliau mempunyai akses kepada latihan aeroangkasa yang
dapat dimanfaatkan setiap ahlinya. Dalam kes ini, sekiranya dibuktikan pasukan
tersebut akan bergerak lebih aktif dengan penukaran, maka bolehlah diteruskan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memproses penukaran ini adalah:-

a. Kertas cadangan penukaran


b. Surat permohonan penukaran kepada Persekutuan Pengakap Negeri
c. Surat sokongan Persekutuan Pengakap Daerah
d. Borang PPM 8 atau PPM 8C (bagi pasukan Kelana)
e. Sijil Pendaftaran lama harus dikembalikan.

22
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kumpulan Pemimpin berbincang dengan penganjur


dianjur

Tidak

Penganjur Cuba
bersetuju? semula

Kumpulan Ya
terbuka,
terus
berbincang Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah
dengan
Pesuruhjaya
Daerah Tidak

Daerah Cuba
bersetuju? semula

Ya

Bentang kertas kerja kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri, serahkan sijil


pendaftaran lama beserta surat permohonan penganjur & surat sokongan
Pesuruhjaya Daerah, borang PPM 8/PPM 8C (Kelana)

Tidak

Negeri Cuba
luluskan? semula

Ya

Maklumkan pada SPUK & hantar Pemimpin mengikuti


Kursus Pemimpin Pengakap Udara

23
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Penubuhan Pasukan/Kumpulan Baru Pengakap Udara

Sekiranya para Pemimpin dan penganjur mempunyai hubungan dan


persefahaman yang baik dengan Persekutuan Pengakap Daerah dan
Persekutuan Pengakap Negeri, maka kaedah terbaik adalah dengan
menubuhkan pasukan atau kumpulan yang baharu. Ini bukan sahaja dapat
memperluaskan keanggotaan pergerakan, tetapi juga boleh mempercepatkan
urusan pendaftaran di Ibu Pejabat Kebangsaan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

a. Kertas cadangan penubuhan


b. Surat permohonan penubuhan kepada Persekutuan Pengakap Negeri
c. Surat sokongan Persekutuan Pengakap Daerah
d. Borang PPM 8 atau PPM 8C (kelana)
e. Borang permohonan tauliah Pemimpin, PPM 9A

24
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kumpulan Pemimpin berbincang dengan penganjur


dianjur

Tidak

Penganjur Cuba
bersetuju? semula

Kumpulan Ya
terbuka,
terus
berbincang Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah
dengan
Pesuruhjaya
Daerah Tidak

Daerah Cuba
bersetuju? semula

Ya

Bentang kertas kerja kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri


beserta surat permohonan penganjur & surat sokongan
Pesuruhjaya Daerah, borang PPM 8/PPM 8C (Kelana)

Tidak

Negeri Cuba
luluskan? semula

Ya

Maklumkan pada SPUK & hantar Pemimpin mengikuti


Kursus Pemimpin Pengakap Udara

25
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Syarat-syarat Tambahan

Selain daripada syarat-syarat di atas bagi penubuhan pasukan Pengakap Udara,


penubuhan sesebuah pasukan mestilah mengambil kira faktor-faktor seperti
kehampiran dengan pusat kegiatan udara, terdapatnya jurulatih, kerjasama
dengan agensi yang terlibat dengan kegiatan udara, penerimaan ibu bapa,
kemampuan kewangan dan sebagainya.

Sebagai panduan sesebuah pasukan Pengakap Udara hendaklah berada


berdekatan dengan mana-mana pusat kegiatan udara, seperti lapangan udara,
muzium penerbangan, pusat simulator, balai cerap dan sebagainya. Namun, kini
dengan kemajuan teknologi pesawat dron yang kompak dan simulasi komputer
definisi tinggi, padang sekolah, malah bilik komputer juga boleh dijadikan pusat
kegiatan bagi Pengakap Udara.

26
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SEJARAH PENGAKAP UDARA

Baden Baden-Powell & Sejarah Pengakap Udara Sedunia

Baden Fletcher Smyth Baden-Powell


dilahirkan di Kensington England
pada 22 mei 1860. Beliau
berkhidmat di dalam tentera
bersama Rejimen Scots Guards dan
turut terlibat di dalam operasi
menyelamatkan bandar Mafeking
yang dipertahankan oleh abangnya
iaitu tidak lain, Kolonel Robert
Baden-Powell pada 17 Mei 1900.

Beliau ialah pelopor kegiatan udara


ketika zamannya dan memegang
jawatan felo dan kemudiannya
presiden Persatuan Aeronautika
Diraja di UK pada tahun 1902
hingga 1909. Bersama-sama
dengan kakaknya Agnes (pengasas
Pandu Puteri), beliau membina Mejar Baden Fletcher Smyth Baden-Powell
belon udara dan pesawat luncur.
Antara hasil kerja beliau ialah sebuah layang-layang yang mampu mengangkat
manusia yang diberi nama Levitor.
Beliau bertanggungjawab
memperkenalkan kegiatan
penerbangan di dalam kepengakapan
dan dianggap pengasas Pengakap
Udara. Walaupun pada awalnya
beliau tidak bersetuju Pengakap
Udara menjadi pergerakan yang
berasingan, kegiatan ini tetap
dikembangkan dan pada tahun 1912,
Kursus Ahli Udara yang pertama telah
dilaksanakan dengan jayanya di
bawah kelolaan Kolonel H S Massy.

Sijil Ahli Udara Pengakap yang Di dalam kepengakapan Baden


ditandatangani oleh Kolonel H S Massy Baden-Powell memegang jawatan
Pesuruhjaya Daerah London Utara,
kemudiannya dilantik Pesuruhjaya
Daerah Sevenoaks di antara tahun
1918 hingga 1935. Beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat
bagi hal ehwal udara dari tahun 1923 hinggalah beliau meninggal dunia pada
tahun 1937.

27
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Ketika hayat Baden Baden-Powell, beliau


berpendapat tidak mudah bagi seseorang
Pengakap Udara mendapat peluang
mengendalikan pesawat sepertimana
seseorang Pengakap Laut berpeluang
mengendalikan bot atau perahu. Pengakap
Udara hanya bergerak di dalam Patrol-patrol
Udara di bawah pasukan-pasukan yang
berhampiran dengan pangkalan-pangkalan
udara.

Setelah Baden Baden-Powell meninggal


dunia pada tahun 1937, usaha beliau telah
disambung oleh pegawai-pegawai
selepasnya dan Patrol-patrol Udara mula
ditubuhkan lebih banyak. Kerajaan UK mula
menyedari nilai program Pengakap Udara
sehinggakan Pengakap Udara dilancarkan
sebagai satu cabang kepengakapan yang
Perkhemahan Pengakap Udara
berasingan secara rasmi pada tahun Januari
1941 dan serta merta mendapat sambutan hangat.

Mejar Jonathan
Mould Henderson
menjadi orang
pertama dilantik
sebagai
Pesuruhjaya Ibu
Pejabat bagi urusan
Pengakap Udara.
Beliau turut dibantu
oleh Rex Hazlewood
sebagai
Pesuruhjaya
Perantau. Bersama-
sama, mereka telah
menganjurkan
perkhemahan
Pengakap Udara
Pengakap Udara mempelajari rekabentuk pesawat
yang pertama di
Avington Park selama pada Julai tahun 1942. Satu pameran turut diadakan pada
Disember 1942 di Dorland Hall yang telah menarik kira-kira 10000 pengunjung
walaupun dalam suasana perang ketika itu.

28
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Ketika pelancaran Pengakap Udara, Perang Dunia Kedua sedang sengit berlaku
dan Pengakap Udara sangat menonjol dalam membantu usaha-usaha
pertahanan awam. Ahli-ahli Pengakap Udara menjadi jururawat, penyelamat,
pemerhati, operator radio, jurumarshal, pembantu mekanik dan sebagainya dan
sangat berjasa kepada pertahanan negara.

Oleh kerana sambutan hangat anak-anak muda ketika itu, juga akibat catuan,
berlaku kekurangan pakaian seragam, pasukan Pengakap Udara bersepakat
menggunakan beret menggantikan topi kempen yang lazimnya dipakai oleh

Kumpulan Pengakap Udara St George, 1941

Pengakap.
Jumlah Pengakap Udara mencapai kemuncak pada tahun 1944 ketika
penghujung Perang Dunia Kedua di Eropah. Seterusnya setelah perang tamat,
pada tahun 1950 Persekutuan Pengakap berunding dengan Kementerian Udara
untuk mewujudkan satu skim pengiktirafan bagi pasukan Pengakap Udara yang
layak.

Ahli dan pasukan yang menerima pengiktirafan berpeluang mengikuti latihan


dengan Tentera Udara dan diberi lencana khusus. Skim ini mencapai kejayaan
apabila dalam tempoh 5 tahun sahaja, 40 buah pasukan telahpun diiktiraf layak
dan menerima insentif oleh Kementerian Udara UK

Bagi mengukuhkan kejayaan skim ini, Asisten Ketua Staf di Kementerian Udara
Air Vice Marshal Sir John Gerard Willsley Weston telah dilantik sebagai
Pesuruhjaya Ibu Pejabat bagi Pengakap Udara yang baru.

29
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Air Vice Marshal Sir J.G.W. Weston (dua dari kiri), ketika memerintah No 90 (Signals)
Group. Gambar diambil pada Julai 1955, ketika itu beliau telah dilantik Pesuruhjaya
Ibu Pejabat bagi Pengakap Udara UK. Beliau kemudiannya menjadi Timbalan
Pengarah Perisikan British (MI6).

Bermacam-macam usaha dilaksanakan


untuk memajukan Pengakap Udara.
Akhirnya pada 1959 Pengakap Udara mula
berlepas ke udara dengan perolehan
sebuah glider dua tempat duduk yang
diusahakan oleh Sir Weston. Beliau
kemudiannya digantikan oleh Air Vice
Marshal Sir Bernard Albert Chacksfield
sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat.

Beliau memegang jawatan ini agak lama


iaitu sehingga tahun 1970 apabila beliau
dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya. Beliau
menjadi Ketua Pesuruhjaya sehingga
tahun 1975 dan dianugerahi Pingat Silver
Wolf. Tugas beliau sebagai Pesuruhjaya
Ibu Pejabat, digantikan oleh Group Captain
W.S.O. Randle dan kemudiannya oleh Sir Bernard Chacksfield
Group Captain G.N. Brierley.

Sekitar awal 1970an, Pengakap Udara juga terlibat dalam pengurusan operasi
penerbangan di Lapangan Terbang Lasham di Hampshire, namun pada tahun
1978, operasi terpaksa diserahkan semula kepada pihak berkuasa kerana jumlah
penerbangan komersil yang meningkat.

30
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lencana pengiktirafan yang


digunakan kini

Lencana-lencana Pengakap Udara yang


asal beserta lencana pengiktirafan
daripada Tentera Udara Diraja British.

31
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Sejarah Pengakap Udara Malaysia

Pengakap Udara ditubuhkan


oleh seorang bekas Sarjan
Udara British, iaitu Geoffrey
Geldard. Geoffrey Geldard
juga merupakan Ketua
Setiausaha Eksekutif
Persekutuan Pengakap
Tanah Melayu yang pertama.
Beliau telah menubuhkan
satu pasukan Pengakap
Udara di Kallang, Singapura
pada tahun 1946. Setelah
bertukar ke Kuala Lumpur,
beliau telah membuka satu Geoffrey Geldard dan ahli-ahli pasukannya
pasukan Pengakap Udara di
Sekolah Methodist Lelaki
pada tahun 1952. Pasukan ini kekal sehingga ke hari ini.

Seterusnya pasukan Pengakap Udara telah ditubuhkan di Pangkalan Udara


Butterworth, Pulau Pinang, pada tahun 1962. Pasukan ini berpusat di Sekolah
RAAF, iaitu sekolah yang disediakan bagi anak-anak anggota Tentera Udara
Diraja Australia yang berkhidmat di Malaysia. Pasukan ini unik, kerana walaupun
keanggotaan melibatkan sebahagian anak-anak warga Australia, namun
menggunakan uniform dan beberapa lencana Pengakap Malaysia.

Pasukan ini sangat aktif di sekitar tahun 60-an dan 70-an dan disokong oleh
pemerintah Tentera Udara Diraja Australia, namun apabila keamanan kembali
pulih, tentera Australia berangkat pulang pada 1988 dan sayangnya pasukan ini
tidak dikekalkan.

Ahli-ahli Pengakap Udara Pasukan Pertama Butterworth

32
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Setelah mengalami era kelesuan, aliran Pengakap Udara kembali mengorak


langkah dengan penubuhan pasukan di Sarawak dan Johor pada tahun 2005.
Pengakap Udara Sarawak digerakkan oleh Capt Zainuddin bin Tan Sri Hamdan,
seorang juruterbang, manakala di Johor dipelopori oleh Cikgu Megad Mohd Nizar
bin Megat A Rahman. Penubuhan kedua-dua pasukan ini dibantu oleh Capt
Anand Samuel, iaitu orang pertama yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu
Pejabat Kebangsaan bagi Pengakap Udara.

Seterusnya pada tahun 2011, Skim Latihan Pengakap Udara yang pertama telah
dilancarkan dengan memperkenalkan lencana-lencana baru. Sekretariat
Pengakap Udara Kebangsaan sebagai jawatankuasa yang membantu kerja-kerja
Pesuruhajaya Ibu Pejabat Kebangsaan telah ditubuhkan pada Oktober 2010 bagi
menyelia perkembangan penubuhan dan pergerakan Pengakap Udara seluruh
negara. Kursus Pemimpin Pengakap Udara yang pertama telah diadakan pada
tahun 2012 di Kem Shafie Salleh, Bagan Lalang, dan sejak itu perkembangan
Pengakap Udara semakin pesat.

Capt Anand bersama ahli-ahli Pengakap Udara

33
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Cikgu Megad bersama dengan Tuan Haji Yaacob ketika ditemuramah media

Capt Zainuddin memeriksa perbarisan

34
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

PROGRAM PENGAKAP UDARA

Buat masa sekarang, Program Pengakap Udara wujud di dalam 3 peringkat iaitu
Pengakap Muda Udara, Pengakap Remaja Udara dan Pengakap Kelana Udara.
Perancangan akan dtang adalah memperkenalkan Pengakap Udara di peringkat
Pengakap Kanak-kanak pula.

Program Pengakap Muda Udara

A Lencana Keahlian Pengakap Muda

Diikuti dengan Lencana-lencana Kemajuan Pengakap Muda iaitu:-

B Lencana Usaha
C Lencana Maju
D Lencana Jaya

Serta Lencana-lencana Kemajuan Pengakap Muda Udara, iaitu:-

E Lencana Ahli Udara Kelas II


F Lencana Ahli Udara Kelas I
G Lencana Ahli Udara Utama

Nota: Bagi program (A) hingga (D), sekiranya terdapat sebarang pembaharuan,
ianya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana Pengakap Muda
terkini.

Di samping itu, di antara Lencana-lencana Kemajuan, Program Pengakap Muda


Udara menyediakan Lencana-lencana Kepandaian, sebahagiannya wajib,
sebahagiannya pilihan, yang terbahagi kepada Kumpulan Kegemaran. Kumpulan
Pengetahuan dan Kumpulan Perkhidmatan. Lencana-lencana adalah seperti
berikut:-

H Kumpulan Kegemaran
H1 Ahli Koleksi Hobi
H2 Ahli Muzik
H3 Ahli Pertahanan Diri
H4 Ahli Renang
H5 Ahli Sukan
H6 Jurumasak di Khemah
H7 Peladang Muda
H8 Pelukis
H9 Pengail
H10 Penunggang Basikal
H11 Pustakawan
H12 Penerbang Ria
H13 Penerbang RC
H14 Penerbang Simulator
H15 Pemanah

35
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Nota: Bagi program (H1) hingga (H11), sekiranya terdapat sebarang


pembaharuan, iainya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana
Pengakap Muda terkini.
I Kumpulan Pengetahuan
I1 Ahli Berkhemah (wajib)
I2 Ahli Elektronik
I3 Ahli Ilmu Perintis
I4 Ahli Komputer
I5 Ahli Mekanik
I6 Ahli Penukang
I7 Ahli Perahu Dayung
I8 Ahli Perhubungan
I9 Ahli Perhutanan
I10 Pelihat
I11 Pengembara
I12 Tukang Masak
I13 Pembina Model Pesawat
I14 Pemerhati Udara
I15 Juru Malim Udara
I16 Aerodinamik
I17 Eksplorasi Angkasa

Nota: Bagi program (I1) hingga (I12), sekiranya terdapat sebarang


pembaharuan, iainya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana
Pengakap Muda terkini.

J Kumpulan Perkhidmatan
J1 Ahli Pertolongan Cemas (wajib)
J2 Ahli Anti Dadah
J3 Ahli Komuniti
J4 Jurubahasa
J5 Kuartermaster
J6 Pemadam Api
J7 Pemandu
J8 Pemelihara
J9 Pengawal Perkhemahan
J10 Penyelamat Nyawa
J11 Setiausaha
J12 Krew Darat
J13 Operator Radio
J14 Pengangkutan Udara
J15 Pemeliharaan Burung

Nota: Bagi program (J1) hingga (J11), sekiranya terdapat sebarang


pembaharuan, iainya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana
Pengakap Muda terkini.

36
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

LANGKAH 1
Istiadat Meningkat Naik ke
Pengakap Muda
(Ahli Pengakap daripada Pengakap Lencana Keahlian
Kanak-kanak) (Ahli Pengakap yang baru
menyertai)

Lencana
LANGKAH 2

+ Ahli Udara Kelas


Lencana Usaha II
Dapatkan dua (2) Lencana Kepandaian – Kegemaran

+ Satu (1) lagi, pilihan bebas


Satu (1) daripada bahagian udara

Lencana
+ Ahli Udara Kelas
Lencana Usaha II
LANGKAH 3

Dapatkan tiga (3) Lencana Kepandaian – Pengetahuan

Lencana Satu (1) lagi,


+ +
Ahli pilihan bebas
Satu (1) daripada bahagian udara
Berkhema
h

Lencana
+ Ahli Udara Kelas
Lencana Usaha II
Dapatkan tiga (3) Lencana Kepandaian – Pengetahuan
LANGKAH 4

Satu (1) lagi,


+ Lencana Ahli + pilihan
Pertolongan bebas
Satu (1) daripada bahagian udara
Cemas
Rambu Pengakap
Muda – Anugerah
Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara

Tatacara Program Pengakap Udara

37
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Program Pengakap Remaja Udara

Program Pengakap Remaja bagi seseorang Pengakap Udara terdiri daripada 5


lencana yang digelar Lima Lencana Tertinggi, iaitu;

A Lencana Jayadiri
B Lencana Airmanship
C Lencana Meteorologi
D Lencana Ekspedisi
E Lencana Perkhidmatan

Nota: Bagi program (A), (D) dan (E) sekiranya terdapat sebarang pembaharuan,
ianya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana Pengakap Remaja
terkini.

Setelah itu, seseorang Pengakap Remaja Udara itu perlu meneruskan dengan
fasa seterusnya iaitu ujian-ujian Pengakap Raja, yang juga dipanggil Ujian Sikap
Pengakap Raja. Ujian Sikap terdiri daripada 5 bahagian iaitu:-

F Ujian Sikap Pengakap Raja


F1 Tanggungjawab
F2 Pengembaraan
F3 Khidmat Masyarakat
F4 Berdikari
F5 Kegiatan

Nota: Bagi program (F1) hingga (F5), sekiranya terdapat sebarang


pembaharuan, ianya hendaklah digunapakai. Sila rujuk Program Lencana
Pengakap Remaja terkini.

Bermula dari Ujian Sikap Pengakap Raja seseorang Pengakap Remaja itu
digelar sebagai Calon Pengakap Raja (CPR).

Fasa terakhir bagi seseorang Pengakap Remaja, termasuk Pengakap Remaja


Udara, ialah fasa Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja. Pengisian dan
bentuk penilaian semasa perkhemahan ini tertakluk kepada ketetapan Lembaga
Penaraf Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri-negeri.

G Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja

38
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

LANGKAH 1
Meneruskan dengan Program Pengakap
Remaja
(Ahli Pengakap daripada Pengakap Muda)
Lencana Keahlian Pengakap Muda
(Ahli Pengakap yang Baru Menyertai)

Lencana Jayadiri

Lencana Airmanship
LANGKAH 2

Lencana Meteorologi

Lencana Ekspedisi

Lencana Perkhidmatan

Dapatkan kelima-lima (5) Lencana Tertinggi


LANGKAH 3

Rambu Pengakap Remaja


– Anugerah Ketua Pengakap Negara

39
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bagi melayakkan seseorang pengakap itu menjadi Calon Pengakap Raja, dia
mestilah melengkapkan Program Pengakap Muda Udara sehingga mendapat
Rambu Pengakap Muda, dan mestilah juga melengkapkan Program Pengakap
Remaja Udara sehingga mendapat Rambu Pengakap Remaja. Dengan
melengkapkan kedua-dua program ini barulah seseorang Pengakap Remaja
Udara itu dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya ke arah
Pengakap Raja.
LANGKAH 1

Melengkapkan
Program Pengakap Muda Udara
LANGKAH 2

Melengkapkan
Program Pengakap Remaja Udara
LANGKAH

Ujian Sikap
3

Khidmat
Tanggungjawab Pengembaraan Berdikari Kegiatan
Masyarakat

Ujian Penarafan

Pemeriksaan Kemahiran
Temuduga A Temuduga B Ujian Bertulis Ujian Amali
Perkhemahan Berpengakap
LANGKAH 4

Rambu Rimba
LANGKAH 5

Anugerah Pengakap Raja

40
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Program Pengakap Kelana Udara

Program Pengakap Kelana bagi seseorang Pengakap Udara mewajibkan


beberapa pelajaran wajib yang perlu disempurnakan bermula dari latihannya
sebagai bakal kelana sehinggalah berjaya dilantik sebagai ahli kelana.

A1 Latihan Bagi Bakal Kelana (Squire)

Sekiranya belum pernah mengganggotai Pergerakan Pengakap, ataupun pernah


menggangotai Pengakap tetapi tidak mencapai Lencana Keahlian unit
sebelumnya, maka wajiblah juga mengambil;

A2 Lencana Keahlian

Diikuti dengan Lencana-lencana Wajib Pengakap Kelana iaitu:-

B Lencana Kemahiran
C Lencana Pengembaraan
D Lencana Perkhidmatan

Serta Kumpulan Lencana-lencana Kecenderungan, iaitu:-

E Lencana Kepimpinan
F Lencana ICT
G Lencana Penyelamat Nyawa
H Lencana Keusahawanan

Seterusnya, lencana wajib tambahan bagi seseorang Pengakap Kelana Udara:-

I Lencana Ahli Udara Kanan

Sekiranya berpeluang dan terpilih mengikuti latihan tambahan yang ditawarkan


menerusi program:-

J Lencana Ahli Udara Kanan di Laut

Dan, akhir sekali, sayap-sayap aktiviti pilihan Pengakap Udara, iaitu:-

K Sayap Penerbang
L Sayap Paramotor
M Sayap Paraglider
N Sayap Penerjun

41
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Ahli Baru yang Belum Pernah Menyertai


Pengakap Ahli Pengakap
atau dan
Pernah Menyertai Pengakap Tetapi Tidak Sudah Mencapai Lencana Keahlian Unit
Mencapai Lencana Keahlian Unit Sebelumnya
Sebelumnya
LANGKAH 1

Latihan Squire

Lencana Keahlian & Latihan Squire


LANGKAH 2

Perlantikan Kelana
LANGKAH 3

Lencana Wajib Kelana

Pilih Salah SATU (1)


LANGKAH 5

Lencana Pilihan Pengakap Kelana

42
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

LANGKAH 6

Lencana Ahli Udara Kanan (atau selanjutnya ke Lencana Ahli Udara Kanan di Laut)
LANGKAH 7

Rambu Pengakap Kelana

Penilaian Anugerah Baden-Powell


Perkhidmatan

Kenegaraan

Pengurusan
Kepimpinan
Masyarakat
Kemahiran
Personaliti

Pengakap

Projek

Acara
LANGKAH 9

Rambu Rimba (Bushman Thong) Pengakap Kelana


LANGKAH 10

Anugerah Baden-Powell

43
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

UNIFORM PENGAKAP UDARA

Secara amnya pakaian Pengakap Udara dipakai oleh ahli penuh Pengakap
Udara yang menjadi penggerak aktif Pengakap Udara. Ahli-ahli penuh ialah ahli-
ahli yang mengangkat Persetiaan Pengakap dan mengikuti serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Ahli biasa pula ialah ahli yang tidak beruniform, yang tidak perlu mengangkat
Persetiaan Pengakap. Ahli-ahli kehormat tidak memakai sebarang uniform
pengakap walaupun skaf kebangsaan. Skaf acara bolehlah dipakai bagi
meraikan sambutan acara tersebut. Pakaian yang biasa bagi seseorang ahli
kehormat ialah berkemeja dan berseluar panjang bagi lelaki, dengan blazer
berwarna biru gelap tanpa sebarang lencana kecuali lencana berupa medallion
khusus bagi jawatannya di dalam Majlis Pengakap yang dipakai di dada kiri. Ahli
kehormat, walau bagaimanapun boleh memakai uniform sepertimana ahli-ahli
penuh yang lain sekiranya diberi tauliah pegawai kehormat.

Syarat Pemakaian Uniform Pengakap Udara Bagi Pemimpin & Pesuruhjaya

Pegawai-pegawai berikut dibenarkan memakai Uniform Pengakap Udara:-

Pemimpin

a. Pemimpin dan Penolong Pemimpin adalah orang yang mengelolakan


sebuah pasukan pengakap udara.
b. Minima dua orang Pemimpin dan/atau Penolong Pemimpin bagi setiap
pasukan, dan bagi setiap aktiviti yang dikelolakan, di dalam atau di
lapangan.
c. Ratio atau nisbah bagi Pemimpin/Penolong Pemimpin yang dibenarkan
adalah seperti berikut:-
i Satu orang Pemimpin bagi setiap pasukan pengakap udara.
ii Satu orang Penolong Pemimpin bagi setiap 6 hingga 12 orang
Pengakap Muda Udara, Pengakap Remaja Udara atau Pengakap
Kelana Udara.

44
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pesuruhjaya

a. Penolong Pesuruhjaya Daerah yang menguruskan hal ehwal pengakap


udara di dalam daerahnya atau yang berasal dari pasukan pengakap
udara yang aktif di dalam daerahnya.
b. Pesuruhjaya Daerah yang mempunyai pasukan pengakap udara yang
aktif di dalam daerahnya atau yang berasal dari pasukan pengakap udara
yang aktif di dalam daerahnya.
c. Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri yang menguruskan hal ehwal
pengakap udara di dalam negerinya atau yang berasal dari pasukan
pengakap udara yang aktif di dalam negerinya.
d. Ketua Pesuruhjaya Negeri yang mempunyai pasukan pengakap udara
yang aktif di dalam negerinya atau yang berasal dari pasukan pengakap
udara yang aktif di dalam negerinya.
e. Semua Pesuruhjaya yang menguruskan hal ehwal pengakap udara di
peringkat kebangsaan atau yang berasal dari pasukan pengakap udara
yang aktif.

Skaf

Skaf kebangsaan hendaklah sentiasa dipakai, kecuali ketika acara rasmi tertentu
yang mempunyai skaf khusus atau ketika acara peringkat kumpulan bagi
kumpulan yang mempunyai skaf kumpulan. Skaf kebangsaan ialah skaf tiga segi,
berwarna biru tua dan terdapat jalur merah dan putih selebar 0.75 cm, dengan
jarak 0.75 cm dari hujung kedua sisinya yang sama panjang.

Skaf Gilwell

Skaf Gilwell dipakai oleh mereka yang telah dianugerahkan manik kayu dua butir.
Ia dipakai ketika melatih. Ia mestilah dipakai ketika dalam keadaan beruniform
No 3 sahaja.

Pakaian Tudung Kepala bagi Wanita

Wanita Islam boleh memakai tudung kepala mengikut warna yang sama seperti
warna baju iaitu biru muda.

Pemakaian Serban bagi Penganut Sikh

Penganut Sikh lelaki memakai serban berwarna biru gelap dengan lencana
Pengakap dipinkan di tengah serban di bahagian muka depan di uniform No 3.
Lencana kain dipakai oleh Pengakap Muda Udara dan Pengakap Remaja Udara,
manakala lencana besi dipakai oleh Pengakap Kelana, Pemimpin dan
Pesuruhjaya.

Bagi uniform No 2 dan No 1 serta variasi-variasinya, serban disertakan dengan


lilitan emas, sepertimana yang terdapat pada pemakaian di songkok oleh
pegawai-pegawai yang layak.

45
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Wogel

Memakai wogel. Bagi istiadat dan acara rasmi yang mengandungi adat istiadat
dan protokol, wogel yang dipakai hendaklah tidak terlalu menonjol, tidak
kelihatan ganjil serta bersesuaian warna serta patternnya. Wogel Gilwell hanya
dipakai oleh mereka yang telah menamatkan dengan jayanya, Kursus
Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I.

Manik Kayu

Manik kayu dipakai oleh mereka yang telah dianugerahkan setelah menamatkan
kursus latihan dengan jayanya. Manik kayu hendaklah dipakai bersama-sama
dengan skaf ataupun beserta tali leher pada uniform No 2B dan 2C. Tidak boleh
memakai manik kayu sahaja tanpa sebarang skaf atau tali leher.

Lencana

Lencana Malaysia dipakai di poket kanan dan lencana keahlian di poket kiri di
dada. Jika di baju wanita yang tidak berpoket di dada, hendaklah dipakai di
kedudukan yang serupa. Lencana Pengakap Sedunia dipakai di dada kanan di
atas tanda nama.

 Flash nama negeri, daerah dan kumpulan (jika ada) dipakai di lengan
kanan.
 Flash nama negeri di kedua-dua belah lengan bagi pegawai peringkat
negeri.
 Nama jawatan tidak lagi dipakai.

Lencana Khas Jambori, Kempori, Rover Moot atau lain-lain sambutan dipakai di
poket kanan uniform menggunakan tali atau benang sangkut. Lencana ini hanya
boleh dipakai untuk tempoh tertentu sahaja iaitu:-

 3 bulan bagi sambutan peringkat daerah.


 6 bulan bagi sambutan peringkat negeri.
 12 bulan bagi sambutan peringakat kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi pemakaian lencana-lencana lain hendaklah merujuk kepada panduan yang


khusus bagi lencana berkenaan dan juga pekeliling-pekeliling berkala.

Tanda Nama

Tanda nama berwarna hitam bertulisan putih dipakai di atas poket kanan. Tanda
nama hendaklah dalam bentuk kain pada uniform No 3. Pada uniform lain bahan
yang keras boleh lah digunakan untuk tanda nama.

46
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lanyard, Tali Wisel, Aiguilette & Rambu

Pemakaian tali-tali hiasan secara amnya hendaklah bersesuaian dengan


keadaan serta kemas, tidak berserabut dan molek dipandang. Rambu dipakai
sekiranya syarat-syarat telah ditepati dan dianugerahi. Tali wisel boleh dipakai
oleh Ketua Kem atau Pemimpin bertugas di bahu kiri, panjang tali wisel adalah
sehingga wisel dapat dimasukkan ke dalam poket kiri.

Epolet

Epolet hendaklah dipakai oleh penerima tauliah bagi jawatan tersebut, kecuali
ketika menjalani latihan sebagai peserta satu-satu kursus, tidak dipakai sekiranya
diarahkan oleh peraturan kursus.

Stokin

Stokin yang dibenarkan ialah berwarna biru gelap.

Peraturan Khusus Uniform Pengakap Udara

Kemeja & Tunik

 Fabrik

Fabrik yang digunakan untuk baju bagi pakaian no 1, 2, dan 3, ialah dari jenis
kain viscose atau kapas yang lembut.

 Warna

Warna fabrik bagi pakaian no no 1, 2, dan 3 ialah Baby Blue

BABY BLUE

HEX TRIPLET RGB DECIMAL CYMK PANTONE

2905 C
#89CFF0 (137, 207, 240) 43, 14, 0, 6 atau
2905 U

47
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Peraturan Pakaian Kepala Pengakap Udara

Pakaian Kepala Pengakap Udara adalah terdiri daripada empat jenis iaitu:-

 Beret
 Peak Cap
 Songkok
 Bowler Cap

Beret

Beret ialah pakaian kepala yang utama bagi Pengakap Udara. Ia dipakai oleh
lelaki dan wanita kesemua peringkat umur di dalam Pengakap Udara. Seseorang
Pengakap Udara harus menyediakan beret sebagai pakaian kepala yang
pertama sebelum pakaian-pakaian kepala yang lain. Beret Pengakap Udara
adalah beret berwarna biru gelap diperbuat dari bulu kambing atau bahan
sintetik. Lencana Pengakap yang digunakan adalah lencana bersulam untuk ahli
Pengakap dan lencana besi bagi pegawai (Pemimpin & Pesuruhjaya).

Ia mestilah dipakai beserta dengan Pakaian No 3 iaitu semasa aktiviti luar,


seperti berkhemah, berkawad, berkursus, mengembara dan sebagainya. Beret
hendaklah sentiasa dipakai sepanjang masa beraktiviti di luar namun harus
ditanggalkan ketika di dalam bangunan tertutup.

Pakaian Kepala Outdoor Lelaki Sikh

48
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Peak Cap

Ketua Pesuruhjaya
Negeri,
Pesuruhjaya Daerah, Pen. Ketua Pesuruhjaya
Pemimpin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negara,
Penolong Pemimpin
Negeri, Tim. Ketua Pesuruhjaya
&
& Negara,
Pen. Pesuruhjaya
Tim. Ketua Pesuruhjaya Ketua Pesuruhjaya
Daerah
Negeri Negara
&
Ketua Pengakap Negara

Songkok

Ketua Pesuruhjaya
Negeri,
Pesuruhjaya Daerah, Pen. Ketua Pesuruhjaya
Pemimpin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negara,
Penolong Pemimpin
Negeri, Tim. Ketua Pesuruhjaya
&
& Negara,
Pen. Pesuruhjaya
Tim. Ketua Pesuruhjaya Ketua Pesuruhjaya
Daerah
Negeri Negara
&
Ketua Pengakap Negara

49
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bowler Cap

Ketua Pesuruhjaya
Negeri,
Pesuruhjaya Daerah, Pen. Ketua Pesuruhjaya
Pemimpin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negara,
Penolong Pemimpin
Negeri, Tim. Ketua Pesuruhjaya
&
& Negara,
Pen. Pesuruhjaya
Tim. Ketua Pesuruhjaya Ketua Pesuruhjaya
Daerah
Negeri Negara
&
Ketua Pengakap Negara

Pakaian Kepala Lelaki Sikh

Ketua Pesuruhjaya
Negeri,
Pesuruhjaya Daerah, Pen. Ketua Pesuruhjaya
Pemimpin,
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negara,
Penolong Pemimpin
Negeri, Tim. Ketua Pesuruhjaya
&
& Negara,
Pen. Pesuruhjaya
Tim. Ketua Pesuruhjaya Ketua Pesuruhjaya
Daerah
Negeri Negara
&
Ketua Pengakap Negara

50
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

PAKAIAN NO 1 (PAKAIAN PEGAWAI)

Pakaian Pegawai hanya boleh dipakai oleh Penaung-penaung, dan pegawai-


pegawai bermula dari Penolong Pemimpin dan ke atas. Ia adalah pakaian am
bagi pegawai bagi majlis-majlis rasmi waktu siang atau malam ketika cuaca tidak
terlalu panas.

Pakaian Kepala

Songkok bagi lelaki;

 Songkok berwarna biru gelap dengan lencana besi di songkok di atas


mata kiri. Lilitan emas pada songkok adalah seperti berikut; ¼ inci bagi
pegawai-pegawai peringkat kumpulan dan daerah,
 ½ inci bagi pegawai-pegawai peringkat negeri kecuali Ketua Pesuruhjaya
Negeri yang memakai 1 inci,
 1 inci bagi Ketua Pesuruhjaya Negeri, penaung-penaung peringkat negeri,
pegawai-pegawai dan penaung-penaung peringkat kebangsaan.

Bowler Cap bagi wanita berwarna biru tua dengan lencana besi di tengah muka
depan topi;

 Chin strap gelap sahaja bagi pegawai peringkat kumpulan dan daerah
sehingga Penolong Pesuruhjaya Daerah
 Hiasan satu lingakaran padi bagi Pesuruhjaya Daerah hingga Timbalan
Pesuruhjaya Negeri,
 Hiasan dua lingkaran padi bagi Ketua Pesuruhjaya Negeri ke atas.

Baju

Baju bagi lelaki, tunik berlengan panjang warna biru muda, leher cekak musang
serta 2 poket tampal berpenutup di bahagian dada dan dua poket saku bertebuk
berpenutup di bawah di hadapan sisi pinggang. Berbutang gangsa bergilap
dengan lambang Pengakap.

Bagi Pesuruhjaya wanita berkebaya lengan panjang cekak musang, dengan dua
kocek bertampal di dada dan bersaku dua bertebuk berpenutup di bawah di
bahagian pinggang menghadap ke hadapan. Berbutang gangsa bergilap.

Pingat

Segala pingat, anugerah atau bintang dipakai dalam bentuk reben di dada kiri,
melainkan anugerah Pengakap yang beserta kalung, dipakai di leher, terhad
kepada satu kalung sahaja.

51
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lencana Kepakaran

Memakai lencana kepakaran sekiranya dianugerahkan oleh agensi-agensi yang


diakui prestijnya atau diiktiraf. Terhad kepada satu (1) sahaja lencana kepakaran,
dipakai di dada kiri di atas bar reben pingat. Syarat memakai lencana kepakaran
ialah ianya mestilah kepakaran semasa dan tidak luput.

Seluar

Seluar potongan kendur (slack) lurus panjang berwarna biru tua bagi lelaki dan
wanita. Bagi wanita boleh memakai kain sarong biru potongan lurus dan berbelah
lipat di belakang di bahagian bawah.

Talipinggang

Talipinggang rasmi Pengakap.

Kasut

Kasut hitam kulit bertali berkilat. Bagi wanita, memakai sepatu kulit bertumit tidak
lebih 1 inci.

Variasi Pakaian No 1

Cadangan Pakaian No 1B (Pakaian Istiadat)

Pakaian 1B sama seperti Pakaian 1, tetapi tidak memakai sekaf, sebaliknya


memakai gorget.

Pingat anugerah pula dipakai penuh dengan buah pingat.

Tanda nama tidak dipakai.

Manik kayu juga tidak dipakai.

Pegawai dan penaung tertinggi boleh lah memakai aiguillette di bahu kanan.
Juruiring pegawai dan penaung tertinggi pula memakai aiguillette di bahu kiri.

52
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pakaian No 2 (Pakaian Kerja)

Pakaian No 2 ialah pakaian biasa yang dipakai di dalam kawasan tertutup seperti
di dalam bangunan, bilik mesyuarat, di pejabat atau melakukan tugas bukan
istiadat diraja tetapi di dalam istana. Ia juga pakaian yang lazimnya dipakai
selepas waktu petang iaitu selepas jam 6.00 petang, apabila cuaca tidak terlalu
panas.

Pakaian Kepala

Beret biru tua bagi Pengakap Muda Udara dan Pengakap Remaja Udara lelaki
dan wanita, dan bagi Pengakap Kelana Udara lelaki;

 Beret berwarna biru tua dengan lencana kain bagi Pengakap Muda &
Remaja dan lencana besi bagi Pengakap Kelana lelaki.

Peak Cap biru gelap dengan lencana besi bagi Penolong Pemimpin, Pemimpin,
Penolong Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya lelaki;

 Peak Cap mempunyai chin strap hitam dan tidak mempunyai hiasan
bunga padi bagi Pemimpin dan ke bawah.
 Bagi Penolong Pesuruhjaya Daerah hingga Penolong Pesuruhjaya Negeri
mempunyai satu kalung bunga padi.
 Ketua Pesuruhjaya Negeri dan ke atas mempunyai dua kalung bunga
padi.

Bowler Cap bagi wanita berwarna biru tua dengan lencana besi di tengah muka
depan topi;

 Chin strap gelap sahaja bagi pegawai peringkat kumpulan dan daerah
sehingga Penolong Pesuruhjaya Daerah
 Hiasan satu lingakaran padi bagi Pesuruhjaya Daerah hingga Timbalan
Pesuruhjaya Negeri,
 Hiasan dua lingkaran padi bagi Ketua Pesuruhjaya Negeri ke atas.

Baju

Kemeja lelaki bagi lelaki dan kemeja wanita bagi wanita berlengan panjang
warna biru muda, leher kolar kemeja serta 2 poket bahagian di dada.

Tanda Pangkat

Memakai epolet mengikut jawatan yang ditauliahkan di atas kedua-dua bahu.

Pingat

Segala pingat, anugerah atau bintang dipakai dalam bentuk reben di dada kiri.

53
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Skaf

Memakai skaf rasmi kebangsaan.


Lencana Kepakaran

Memakai lencana kepakaran sekiranya dianugerahkan oleh agensi-agensi yang


diakui prestijnya atau diiktiraf. Terhad kepada satu (1) sahaja lencana kepakaran,
dipakai di dada kiri di atas bar reben pingat.

Seluar

Seluar panjang berpotongan lurus berwarna biru tua bagi lelaki dan wanita.

Talipinggang

Talipinggang rasmi Pengakap.

Kasut

Kasut hitam kulit bertali berkilat. Bagi wanita, memakai sepatu kulit bertumit tidak
lebih 1 inci.

Variasi Pakaian No 2

Pakaian 2B (Pakaian Formal)

Sama seperti di atas, Cuma tidak memakai sekaf, sebaliknya memakai tali leher
rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pakaian ini dipakai ketika bekerja di pejabat atau berurusan rasmi seperti
mesyuarat dengan agensi yang selain dari agensi yang selalu berurusan dengan
Pengakap. Pakaian ini juga merupakan pakaian dress down (penurunan tahap
kerasmian acara) daripada pakaian No 2C ketika di luar negara atau ketika iklim
sederhana.

Tali Leher

Tali leher rasmi Pengakap, berwarna biru tua dengan logo Pengakap
monokromatik berwarna putih.

Pakaian 2C (Pakaian Perkhidmatan)

Pakaian No 2C menampilkan bersama blazer biru gelap. Ia adalah pakaian rasmi


dan juga pakaian istiadat ketika menghadiri majlis atau istiadat di luar negara
ketika iklim sederhana dan iklim sejuk.

54
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pakaian No 3 (Pakaian Lapangan)

Pakaian No 3 ialah pakaian lapangan yang lazim bagi semua ahli Pengakap
Udara tanpa mengira pangkat. Ianya terdiri dari kemeja berlengan panjang bagi
lelaki & wanita, berleher kemeja dengan dua saku di dada. Ia dipakai dengan
skaf kebangsaan, beret biru tua dan seluar panjang biru tua

Pakaian Kepala

Beret biru tua bagi lelaki dan wanita;

 Beret berwarna biru tua dengan lencana kain bagi Pengakap Muda &
Remaja Udara lelaki dan wanita,
 Beret biru tua berlencana besi bagi Pengakap Kelana, Pemimpin dan
Pesuruhjaya.

Baju

Baju kemeja bagi lelaki;

 Baju kemeja berlengan panjang warna biru muda, serta 2 poket bahagian
di dada.

Baju kemeja bagi wanita;

 Berkemeja lengan panjang, dengan dua kocek di bahagian dada sama


dan dua poket di bahagian depan sisi pinggang, tetapi kemejanya
berpotongan ala kebaya dan labuh sedikit.

Tanda Pangkat

Memakai epolet mengikut jawatan yang ditauliahkan di atas kedua-dua bahu.

Pingat

Segala pingat, anugerah atau bintang tidak dipakai.

Lencana Kepakaran

Memakai lencana kepakaran sekiranya dianugerahkan oleh agensi-agensi yang


diakui prestijnya atau diiktiraf. Terhad kepada satu (1) sahaja lencana kepakaran,
dipakai di dada kiri di atas bar reben pingat. Lencana kepakaran yang dipakai
mestilah versi yang tidak diperbuat dari bahan logam dan besi yang mungkin
mempunyai bucu-bucu tajam. Jika ada, mestilah yang diperbuat dari kain.

55
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Skaf

Memakai skaf kebangsaan atau skaf Gilwell bagi mereka yang melatih di dalam
perkhemahan, atau skaf acara ketika acara itu sedang berlangsung.

Seluar

Seluar panjang taktikal atau seluar lapangan (hiking) bersaku potong datar, saku
tambahan berpenutup di sisi paha dan belakang punggung, berwarna biru tua
bagi lelaki dan wanita.

Talipinggang

Talipinggang rasmi Pengakap. Talipinggang taktikal boleh dipakai ketika


ekspedisi atau pendakian bagi membawa kelengkapan.

Kasut

Kasut bertali berwarna hitam gelap. Boleh juga memakai kasut keselamatan atau
kasut pendakian bersesuaian dengan aktiviti. Ketika aktiviti lasak atau
perbarisan, bolehlah memakai but tempur (combat boots).

Nota : Tiada ilustrasi pakaian-pakaian lain disediakan kerana masih


diperingkat perbincangan

56
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

MENGENAL PESAWAT UDARA

Pesawat udara ialah mesin yang dijadikan kenaikan atau kenderaan untuk yang
digunakan bergerak atau terbang di udara. Secara amnya, terdapat dua jenis
pesawat udara, iaitu jenis yang lebih ringan daripada udara dan satu jenis lagi
yang lebih berat daripada udara. Pesawat jenis yang lebih ringan daripada udara
juga dipanggil aerostat, dan pesawat yang lebih berat daripada udara dipanggil
aerodyne.

Pesawat Lebih Ringan Daripada Udara (Aerostat)

Pesawat-pesawat jenis ini mampu terbang disebabkan oleh daya apungan yang
dibekalkan sama ada oleh gas-gas yang lebih ringan dari udara kasa seperti
helium dan hidrogen termasuk juga udara yang dipanaskan. Udara yang
dipanaskan dengan penunu lebih ringan dari udara sejuk di sekeliling dan
diperangkap oleh fabrik belon tadi dan mendorongnya ke atas. Bagi kapal udara
pula penggunaan gas-gas yang lebih ringan mengapungkan pesawat yang
dikumpul di dalam belon yang diperkuat dengan rangka pesawat. Kapal udara
turut dilengkapkan dengan kemudi dan kuasa dorongan enjin. Walau
bagaimanapun gas hidrogen tidak lagi digunakan kerana bahaya letupan dan
kebakaran.

Belon udara panas Kapal udara

Pesawat Lebih Berat Daripada Udara (Aerodyne)

Pesawat yang lebih berat dari udara menghasilkan daya angkat melalui
pergerakan udara. Dengan menolak udara ke bawah, tidak balas yang
mengangkat pesawat ke atas dapat dihasilkan. Kaedah yang paling lazim ialah
dengan melalukan udara ke sayap sepertimana yang dilakukan oleh kapal
terbang. Kapal terbang didorong kehadapan untuk memaksa udara melalui
sayap dan menghasilkan daya angkat. Helikopter juga menggunakan prinsip
yang sama, akan tetapi menggerakkan sayap-sayapnya, berputar supaya udara
boleh melalui. Oleh sebab ini helikopter dipanggil pesawat sayap berputar
manakala kapal terbang dipanggil sayap kaku.

Sayap Kaku

57
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kapal terbang Glider


Sayap Putar

Helikopter Gyrokopter

Hybrid & Lain-lain

Thrust vector/VTOL Tiltrotor

Tiltwing Ground – effect vehicle

Rotor – X Heliplane

Dron Solar ship

58
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

59
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

60
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bahagian-Bahagian Pesawat Udara

Pesawat-pesawat udara moden adalah mesin-mesin yang kompleks. Ianya


adalah paduan beberapa bahagian berlainan yang digabungkan menjadi satu
sistem yang efisyen. Bagi seseorang pengakap yang ingin menguasai ilmu ahli
udara, haruslah mahir mengenali bahagian-bahagian yang terdapat di pesawat
udara dan fungsi-fungsinya.

Bahagian-bahagian pesawat ringan.

A Sayap
B Aileron
C Penstabil tegak (vertical stabiliser)
D Kemudi (rudder)
E Penaik (elevator)
F Penstabil datar (horizontal stabiliser)
G Fiuslaj (fuselage)
H Kekepak (flaps)
I Lampu navigasi
J Gear pendaratan utama (main landing gear)
K Topang sayap (wing strut)
L Gear pendaratan depan (nose landing gear)
M Propeller
N Kekipas (spinner)
O Ruang enjin (engine compartment)

61
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bahagian-bahagian pesawat penumpang jet komersial.

A Radom (radome)
B Kelepak (slats)
C Sayap
D Spoiler
E Fiuslaj (fuselage)
F Penstabil tegak (vertical stabiliser)
G Kemudi
H Kon ekor (tail cone)
I Elevator (elevator)
J Penstabil datar (horizontal stabiliser)
K Ambilan udara APU (APU air intake)
L Kekepak (flaps)
M Aileron
N Sayap lawi (winglet)
O Ruang enjin (engine compartment)

62
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bahagian-bahagian helikopter.

A Rotor utama
B Bum ekor (tail boom)
C Sirip ekor (tail fin)
D Rotor ekor
E Sirip penstabil
F Enjin
G Kabin
H Doli skid (Skid dolly)
I Skid

63
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

TEORI PENERBANGAN

Asas Aerodinamik
Sayap ialah bahagian
yang menjana daya
angkat bagi sesebuah
pesawat. Bentuk aerofoil
pada keratan rentas
sayap menunjukkan
udara di sebelah atas
sayap dipaksa bergerak
lebih laju dari udara di
bahagian bawah. Aliran
yang lebih laju ini
menyebabkan tekanan
udara menjadi lebih
rendah berbanding
tekanan udara kasa lalu mengangkat sayap tersebut ke udara.

Berbagai Rekabentuk Sayap

Pesawat terbang moden direka dengan mengambil kira faktor kestabilan dan
kebolehkawalan. Semakin stabil sesebuah rekabentuk semakin sukar pula
kebolehkawalannya. Begitulah juga sebaliknya. Pesawat pejuang tentera
memerlukan kebolehankawalan yang tinggi untuk melakukan manuever, pesawat
komersil pula memerlukan kestabilan untuk memberikan keselesaan kepada
penumpang. Adunan dari sifat-sifat ini memberikan fungsi kepada rekaan
pesawat. Untuk mencapai tujuan dan fungsi rekaan para jurutera telah menguji
berbagai rekabentuk dan memastikan sifat aerodinamiknya.

Aspect Ratio

Aspec ratio ialah nisbah panjang tebaran sayap dengan lebar purata sayap. Ia
adalah satu nilai bagi menggambarkan panjang dan ketirusan sayap. Aspect ratio
yang rendah menggambarkan sayap yang pendek dan lebar, manakala aspect
ratio yang tinggi memberikan gambaran sayap yang panjang dan tirus.

Aspect ratio rendah Aspect ratio sederhana Aspect ratio tinggi

64
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Sapuan Sayap

Sapuan sayap pula darjah kecondongan sayap ke badan pesawat. Sayap boleh
tersapu ke depan atau ke belakang. Sayap tersapu lebih efisyen pada halaju
tinggi transonik daripada sayap yang tidak tersapu atau lurus.

Tidak tersapu / Tersapu ke


Tersapu ke depan Sapuan boleh ubah
lurus belakang

Sayap Delta

Sayap delta ialah satu jenis rekabentuk yang sangat efisyen


pada halaju tinggi transonik dan supersonik. Ia
menggabungkan aspect ratio rendah dan sapuan ke
belakang pada masa yang sama mempunyai keutuhan
struktur yang tinggi oleh kerana pangkal sayap yang lebar
bergabung dengan badan pesawat.

Lengkung Sayap

Sayap boleh direka melengkung ke atas atau ke bawah. Sayap yang


melengkung ke atas dipanggil dihedral menambahkan kestabilan lateral
rekabentuk. Jika rekabentuk memerlukan kebolehkawalan yang tinggi, pereka
boleh melengkungkan sayap ke bawah, yang dipanggil anhedral.

Dihedral Anhedral

65
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Paksi Kawalan Pesawat

Pesawat terbang mestilah


dikawal dengan baik pada 3
paksi iaitu paksi melintang
(lateral), membujur
(longitudinal) dan menegak
(vertical). Pergerakan di
sepanjang paksi melintang
dipanggil dongakan (pitch)
dan dikawal oleh elevator.
Pergerakan di sepanjang
paksi membujur pula
dipanggil olengan (roll) dan
dikawal oleh aileron. Akhir
sekali pergerakan di paksi
menegak disebut rewangan
(yaw) dan ditentukan oleh rudder atau kemudi.

Permukaan Kawalan Sekunder

Permukaan kawalan sekunder terdiri daripada antaranya spoiler atau


speedbrake, flap dan juga slat.

Spoiler atau Speedbrake

Spoiler digunakan bagi mengurangkan daya angkat sama ada bagi membantu
aileron memudahkan koordinasi olengan ketika pusingan atau bagi
mengurangkan halaju atau mengurangkan altitud. Kebanyakan spoiler yang
direka supaya boleh juga berfungsi sebagai speedbrake, namun terdapat juga
speedbrake yang direka berasingan yang mempunyai satu fungsi sahaja iaitu
mengurangkan halaju atau mengurangkan altitud.

Spoiler yang boleh berfungsi sebagai speedbrake.

66
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Speedbrake di ekor.

Flap dan Slat

Lazimnya flaps dan slats bertindak bersama-sama membantu pengendalian


pesawat di regim penerbangan perlahan. Slat terletak di pendahulu kepak
manakala flap di bahagian pembelakang kepak. Kedua-duanya berfungsi
menambahkan keluasan sayap dan meninggikan sudut serang bagi
meningkatkan daya angkat supaya pesawat boleh terbang perlahan dengan
terkawal.

67
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Gambarajah flaps dan slats

Penggunaan flap dan slats menambahkan luas sayap pesawat.

68
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lampu Pesawat

Semua pesawat terbang perlu mempunyai dan menyalakan lampu-lampu


tertentu pada waktu-waktu tertentu. Lampu-lampu yang terpenting terdiri dari
lampu navigasi, lampu mencegah pelanggaran, lampu strob dan lampu
mendarat. Di samping itu terdapat berbagai-bagai lampu lain seperti lampu taxi,
lampu logo, lampu sayap, lampu turnoff dan berbagai lagi.

LAMPU WARNA FUNGSI


Lampu 110° dari arah
depan ke sisi kiri
Merah belakang
menandakan
bahagian kiri pesawat
Lampu 110° dari arah
depan ke sisi kanan
belakang
Navigasi Hijau menandakan
bahagian kanan
pesawat
Lampu 140°, 70°-70°
dari belakang
Putih menandakan
bahagian belakang
pesawat
Lampu berkelip ke
semua arah, diletak di
Anti- bawah dan atas
Merah
collision pesawat dan
berkelip nyalakan apabila
beacon
pesawat akan
bergerak
Lampu berkelip ke
semua arah biasanya
diletakkan di sayap
atau belakang
pesawat, dinyalakan
Lampu Putih
setiap kali pesawat
strob berkelip memasuki runway
sehingga terbang dan
mendarat dan ditutup
hanya selepas keluar
dari runway

Dinyalakan apabila
Lampu Putih /
berlepas dan
mendarat kuning mendarat

69
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Alat Radas Atau Instrumen Pesawat

INSTRUMEN GAMBAR FUNGSI

Berfungsi menunjukkan lagak pesawat


Attitude
berdasarkan rujukan garis ufuk. Juga
Indicator
dipanggil artificial horizon, atau ufuk buatan.

Menunjukkan aititude atau aras pesawat


Altimeter berdasarkan rujukan tekanan QNH, QNE
atau QFE.

Airspeed Menunjukan Indicated Airspeed, halaju


Indicator udara tolok

Turn & Slip


Menunjukkan kadar susuran pesawat
Indicator

Direction
Menunjukkan arah halaan pesawat
Indicator

Vertical
Menunjukkan halaju pendakian atau
Speed
penurunan
Indicator

70
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Alat-Alat Navigasi Radio Yang Asas Dan Penggunaannya

INSTRUMEN GAMBAR FUNGSI

Radio
Magnetic Menunjukkan arah suar isyarat radio
Indicator

Course Menunjukkan beza sisihan haluan pesawat


Deviation yang telah ditetapkan berdasarkan suar
Indicator radio

71
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Enjin Pesawat

Berbagai-bagai jenis enjin direka


untuk memacu pesawat. Jenis enjin
yang biasa ditemui pada pesawat
ringan halaju sederhana ialah enjin
propeller piston. Enjin piston efisyen
pada halaju sederhana dan boleh
dipertingkatkan dengan supercharge,
turbocharge atau kombinasi
turbocharge-supercharge. Omboh-
omboh pada enjin piston juga boleh
disusun dalam aturan tertentu yang
mempunyai praktikaliti masing-
masing.

Pesawat berhalaju subsonik dan


transonik biasanya menggunakan
enjin jet sama ada turbofan atau
turbojet. Turbofan mempunyai kadar pintasan udara (bypass ratio) yang lebih
tinggi dari turbojet dan menjimatkan minyak digunakan oleh pesawat pengangkut
dan pesawat penumpang komersil. Pesawat pejuang pula memerlukan prestasi
tinggi yang hanya diberikan oleh enjin turbojet. Enjin turbojet boleh
dipertingkatkan kuasanya dengan penambahan afterburner.

Kelebihan enjin jet berbanding enjin piston ialah kuasa yang banyak dan
keandalannya disebabkan kurang komponen yang bergerak. Namun enjin jet
kurang efisyen pada halaju sederhana dan menggunakan bahan api yang
banyak. Oleh itu para jurutera mencipta rekaan yang menggabungkan kuasa
enjin dan fleksibiliti porpeller dan menhasilkan enjin turboprop. Enjin truboprop
banyak digunakan oleh pesawat-pesawat pengangkut berbagai saiz. Versi yang
digunakan pada helikopter menggunakan aci yang menukar haluan putaran
janaan kuasa enjin ke putaran kipas dinamakan turboshaft.

72
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Jenis Enjin Piston

In line Horizontally opposed

V Inverted V

Radial Rotary

Jenis Enjin Jet

73
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

METEOROLOGI

Komponen Cuaca

Komponen-komponen cuaca seperti angin, air, suhu dan jarak penglihatan dapat
diukur dengan peralatan dan kaedah-kaedah tertentu. Berbagai-bagai unit
ukuran digunakan sebagai piawai untuk menggambarkan keadaan-keadaan
cuaca.

UNIT SIMBOL
KOMPONEN UNIT SIMBOL
ALTERNATIF ALTERNATIF
Suhu Celsius C Farenheit F
Tekanan Hectopascal / hPa /
Inches mercury inHg
udara milibars mb
Knots (batu
Halaju angin Knots Meter sesaat m/s
nautika sejam)
Jarak M/
meter / kilometer
penglihatan km
Ketinggian /
Kaki (feet) ‘ meter M
aras

International Standard Atmosphere, ISA

ISA atau International Standard Atmosphere ialah satu model atmosfera piawai
yang menjadi baseline atau garis asas pengukuran keadaan atmosfera. Keadaan
dan perubahan atmosfera dari ISA ini digunakan bagi meramal cuaca. Ia
ditentuukur dari paras laut purata dan berubah mengikut kadar tertentu yang
dipanggil lapse rate. Mengikut definisi ICAO (Doc 7488-CD) International
Standard Atmosphere adalah seperti berikut.

Suhu 15°C
Tekanan udara 1013.25 hPa
Dari aras laut purata hingga 11km
(36090’) Ketumpatan udara 1.225kg/m³
(lapisan troposfera) lapse rate (kadar
1.98°C/1000’
lelap)
Suhu Malar -56.5°C
Dari 11km hingga 20km (36090’ -
65617’) lapse rate (kadar
(apa yang dipanggil Tropopause) 0
lelap)
Dari 20km hingga 32km (65617’ -
lapse rate (kadar 1°C/km atau
104987’)
lelap) 0.3°C/1000’
(lapisan Stratosfera)

Oleh kerana ia adalah nilai piawai, maka ia sukar didapati dalam keadaan
semulajadi di luar makmal. Walau bagaimanapun, nilai-nilai ini tetap berguna
dalam perbandingan dan penentuukuran nilai-nilai atmosferik untuk mengkaji dan
meramal cuaca.

74
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Jenis-jenis Awan

Awan terhasil dari wap air yang terkondensasi menjadi titisan air semula dan
terawang di langit. Wap air naik ke langit di bawa oleh arus udara panas.
Semakin tinggi udara menjadi semakin sejuk dan tepu dengan wap air, lalu wap
air tadi tidak lagi boleh kekal dalam bentuk wap dan berubah menjadi titisan air.
Titisan yang pada mulanya hanya 0.02 milimeter membesar dengan cantuman
titisan air lain dan kemudian turun sebagai hujan. Awan-awan dibahagikan ke
dalam dua famili mengikut rupabentuknya.

Aras Famili Stratus Famili Cumulus


Cirrus
Tinggi (tidak termasuk mana-mana
(lebih 20000’) famili)
Cirrostratus Cirrocumulus
Nimbostratus Cumulonimbus
Sederhana
(awan hujan) (awan hujan)
(6500’- Altostratus Altocumulus
20000’)
Rendah Stratus Cumulus
(bawah 6500’) Stratocumulus

75
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Jangkasuhu Kering-Basah

Jangkasuhu Kering-Basah digunakan untuk mencari takat embun dan


kelembapan udara kasa. Ia boleh dibina dengan mudah menggunakan dua
jangkasuhu, satu dibasahkan menggunakan sumbu yang dicelup ke dalam air.
Bacaan kedua-dua suhu boleh dibandingkan dengan carta untuk mendapatkan
takat embun dan peratus kelembapan udara.

76
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Istilah-Istilah Cuaca Yang Selalu Digunakan

KOD MAKSUD TAFSIRAN


Litupan Awan
FEW Few, sedikit 1/8 hingga 2/8
SCT Scattered, berselerak 3/8 hingga 4/8
Broken, (masih)
BKN 5/8 hingga 7/8
berputus
OVC Overcast, penuh 8/8
Jenis Awan
CB Cumulonimbus
TCU Towering Cumulus
AC Altocumulus
NSC Nil significant cloud Tiada awan yang signifikan
SKC Sky clear Langit tiada awan
Tiada awan cumulonimbus di bawah aras selamat
(atau 5000’), tiada awan yang signifikan di bawah aras
CAVO Cloud And Visibility
selamat (atau 5000’) dan jarak penglihatan lebih dari
K OK
10 kilometer. Apabila digunakan, kod ini menggantikan
tempat maklumat jarak penglihatan.
Jenis Cuaca
Kabus. Bagi bidang penerbangan mist ialah kabus
Mist (dari perkataan
BR yang dapat membenarkan jarak penglihatan lebih
brume)
daripada 1 kilometer.
DS Duststorm Ribut debu
DU Dust Debu
DZ Drizzle Hujan rintik, renyai, gerimis
FG Fog Kabus tebal, jarak penglihatan kurang dari 1000 meter
FU Smoke Asap
GR Hail Hujan batu
Small hail or snow
GS Hujan batu ringan
pellets
HZ Haze Jerubu
RA Rain Hujan
SA Sand Pasir
SH Shower Hujan mencurah-curah (monsun)
SN Snow Salji
SS Sandstorm Ribut pasir
TS Thunderstorm Ribut petir
VA Volcanic ash Debu gunung berapi
WS Windshear
Sifat Cuaca
- Light intensity Ringan, contoh; -RA, light rain
+ Heavy intensity Lebat, contoh; +RA, heavy rain
BC Patches Bertompok-tompok, contoh; BCFG
BL Blowing Bertiup, contoh; BLDU
DT Distant Jauh sedikit
FZ Freezing Membeku, contoh; FZRA, freezing rain

77
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Angin kencang secara tiba-tiba. Lazimnya digunakan


untuk halaju angin tak menentu lebih daripada 15 knot.
G Gust / gusting
Contoh; 02015G25KT, wind direction 020° 15 gusting
to 25 knots.
MI Shallow Cetek, contoh; MIFG, shallow fog
OVR Over Di atas, contoh RA OVR RWY, rain over the runway
PR Partial Sebahagian, contoh PR RA OVR RWY
RE Recent Baru lalu, contoh; RERA, recent rain
Berdekatan, contoh; VCRA, rain in the vicinity of the
VC Vicinity
airport
Berubah-ubah. Biasanya untuk arah angin. Contoh;
VRB Variable
VRB05KT variable 5 knots
Trend Cuaca
BECM Cuaca akan mengalami perubahan pada waktu-waktu
Becoming
G di antara waktu yang dinyatakan
Perubahan berlaku seketika yang tidak lebih dari
TEMP
Temporary change sejam pada satu-satu masa dan berlaku tidak lebih
O
dari separuh masa jangka waktu yang dinyatakan
PROB Probability 30%
Kemungkinan berlaku 30% atau 40%. Biasanya
30 chance
mendahului TEMPO. Tidak ada PROB50 atau ke atas
atau atau
kerana jika kemungkinan lebih daripada 50 peratus ia
PROB Probability 40%
ditulis sebagai BECMG
40 chance
INTMT Intermittent Terhenti-henti
DSIPT
Dissipating (intensity) Semakin berkurang
G
INCRG Increasing (intensity) Semakin bertambah (lebat)
OCNL Occasional Kadang-kadang, kadangkala
FM From Dari (waktu)
TL Till Hingga (waktu)
Lain-lain
AMD Amended Pindaan baru
COR Corrected Pembetulan

78
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

ATIS

ATIS atau Automatic Terminal Information System ialah pancaran maklumat


cuaca lapangan terbang yang dibuat secara berulang-ulang melalui frekuensi
radio. Ia dikemaskini setiap sejam atau setengah jam atau apabila perlu
bergantung kepada keadaan semasa. Ia memberi tahu kepada juruterbang yang
beroperasi mengenai landasan yang digunakan, jenis approach yang digunakan,
kemudahan-kemudahan yang ada atau tiada selain dari maklumat cuaca yang
diperlukan. Ia terdapat di kebanyakan lapangan terbang utama yang sibuk bagi
memudahkan dan meringankan beban kerja juruterbang dan pengawal trafik.
Format ATIS biasanya didahului dengan menyebutkan nama lapangan terbang
itu dan diikuti dengan abjad pengenalan ATIS. Seterusnya:

a. Landasan dan jenis approach yang digunakan


b. Arah dan halaju angin
c. Jarak penglihatan
d. Cuaca
e. Awan
f. Suhu dan takat embun
g. Tekanan QNH
h. Maklumat tambahan

Contoh ATIS:

“This is Kuala Lumpur International Automatic Terminal Information Service KILO


at 0720. Departure runway 32 Right, landing runway 32 Left, Expect ILS
approach. Surface wind 020 degrees 12 knots. Visibility 4000 metres. Moderate
thunderstorm with rain. Cloud few 1700 feet CB direction east, few 1800’, broken
10000’. Temperature 27, dewpoint 25. QNH 1006. Landing distance available
runway 32 Left 2800 metres, last available exit C4. Intersection C1, C2 and C3
closed. At first contact with approach notify that you have received information
KILO.”
MAKLUMAT PENERANGAN
Maklumat ATIS KLIA KILO (K)
This is Kuala Lumpur International Automatic
dikeluarkan pada jam 0720 UTC
Terminal Information Service KILO at 0720
(1520 waktu Malaysia)
Landasan berlepas 32R, landasan
Departure runway 32 Right, landing runway 32
mendarat 32L dengan ILS,
Left, Expect ILS approach
Instrument Landing System
Surface wind 020 degrees 12 knots Arah angin 020° 12 knot
Visibility 4000 metres Jarak penglihatan 4 kilometer
Moderate thunderstorm with rain Hujan dan ribut petir
Cloud few 1700 feet CB direction east, few Awan 1700’ cumulonimbus arah
1800’, broken 10000’ timur, 1800’ dan 10000’
Temperature 27, dewpoint 25 Suhu 27°C dan takat embun 25°C
QNH 1006 Tekanan udara 1006hP
Landing distance available runway 32 Left 2800
metres, last available exit C4. Intersection C1,
Maklumat-maklumat tambahan
C2 and C3 closed. At first contact with approach
notify that you have received information KILO

79
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Significant Weather Chart

Significant Weather Chart memaparkan taburan cuaca signifikan yang berlaku di


satu-satu kawasan yang terdapat dalam liputan carta tersebut. Cuaca signifikan
yang dilakarkan pada carta antaranya taburan awan tebal, taufan, gelora,
pengaisan, gunung berapi, medan cuaca dan jetstream. Ia juga mempunyai
tempoh sahlaku dan dikemaskini selalu. Ia diterbitkan berdasarkan aras-aras
iaitu rendah dari permukaan hingga 24000 kaki, aras sederhana iaitu 10000 kaki
hingga 45000 kaki dan aras tinggi 25000 kaki hingga melebihi 60000 kaki. Antara
simbol-simbol yang digunakan dalam Significant Weather Chart adalah seperti
dalam rajah di bawah:

80
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Contoh Significant Weather Chart.

81
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

NAVIGASI

Latitud dan Longitud

Latitud dan longitud ialah sistem penandaan kedudukan di atas muka bumi. Bumi
berbentuk elipsoid iaitu hampir sfera tetapi mengembang sedikit di bahagian
khatulistiwa. Namun perbezaan ini tidaklah banyak iaitu 0.3 % dan sering
diabaikan dalam anggaran. Garisan khatulistiwa ialah garisan yang
membahagikan dunia kepada dua bahagian sama besar iaitu hemisfera utara
dan hemisfera selatan.

Latitud ialah kedudukan utara-selatan yang dikira dari garisan khatulistiwa


sebagai rujukan bukaan sudut yang terbina berpusatkan pusat bumi. Garisan
yang dihasilkan dengan menyambungkan titik-titik yang sama bukaan sudutnya
menjadi garisan yang selari dengan khatulistiwa dan dipanggil juga parallel.
Garisan-garisan ini membentuk bulatan-bulatan yang mengelilingi bumi. Bulatan
menjadi semakin kecil semakin tinggi latitud dari khatuliswa hinggalah di
kawasan kutub utara dan selatan, tiada bulatan terbentuk. Kutub utara dan kutub
selatan masing-masing ialah 90° Utara dan 90° Selatan.

Longitud pula ialah kedudukan timur-barat yang ditanda dari Prime Meridian dan
sudut bukaan yang terbina berpaksikan garis kutub utara-kutub selatan melalui
pusat bumi. Prime Meridian ialah garisan meridian yang melalui Royal
Observatory di Greenwich, England. Longitud di sebelah timur dikira dari Prime
Meridian ditanda sebagai ° Timur dan begitulah juga yang di sebelah barat
sebagai °Barat hinggalah bertemu di garisan 180°Timur/180°Barat yang
bertindih.

82
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Great Circle

Great circle atau bulatan agung ialah bulatan yang mana pusat bulatan dan
jejarinya melalui pusat satu-satu sfera dan dalam kes ini melalui pusat bumi.
Bulatan agung atau sebahagian dari lengkungnya memberikan jarak yang
terdekat di antara dua titik di atas muka bumi. Contoh bulatan agung ialah
garisan khatulistiwa dan meridian-meridian.

Rhumb Line

Rhumb line ialah satu-satu garisan


yang memotong meridian-meridian
pada satu sudut yang sama. Dalam
erti kata lain rhumb line garisan yang
terhasil jika mengikuti bering yang
sama menuju ke sesuatu kedudukan.
Contoh garis-garis rhumb line ialah
garisan latitud atau parallel. Garisan
khatulistiwa juga boleh dikira sebagai
rhumb line dan pada masa yang sama
bulatan agung. Rhumb line digunakan
untuk navigasi pelayaran waktu dahulu
yang berdasarkan kompas dan
pengiraan latitud. Kaedah moden
menggunakan berbagai cara seperti
GPS untuk mendapatkan jarak bulatan
agung yang terbukti lebih dekat.

Perbezaan jarak di antara bulatan agung dan rhumb line.

83
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Cerapan

Cerapan ialah kaedah-kaedah melakarkan permukaan bumi ke atas suatu kertas


atau carta bagi memudahkan pembuatan dan pembacaan peta. Terdapat tiga
jenis cerapan utama yang biasa digunakan bergantung kepada bahagian
permukaan bumi yang hendak dicerap. Cerapan Mercator biasanya digunakan di
kawasan berdekatan khatulistiwa, cerapan konikal Lambert biasanya untuk
latitud pertengahan dan stereografik polar di kawasan kutub.

Cerapan Mercator dibuat dengan cara melilit silinder pada permukaan bumi di
sekeliling garisan khatulistiwa. Oleh kerana itu, cerapan ini agak tepat di
kawasan khatulistiwa, tetapi mempunyai ralat semakin tinggi latitudnya.
Kawasan-kawasan yang jauh dari khatulistiwa menjadi besar skalanya akibat
cerapan yang membuka hingga menjadi infinit di kutub utara dan selatan. Ini lah
sebabnya benua Australia kelihatan lebih kecil dari Greenland walaupun
sebenarnya tiga kali lebih besar. Garisan-garisan latitud kelihatan sama panjang
dengan khatulistiwa. Rhumb line dilukis kelihatan lurus dan memotong garisan-
garisan meridian, manakala garisan bulatan agung melengkung ke arah kutub
masing-masing.

Mercator

84
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bagi latitud pertengahan, cerapan konikal Lambert digunakan, dilakar dengan


cara meletakkan kon yang mengenai latitud pertengahan. Latitud atau parallel
yang mengenai kon itu menjadi kawasan yang paling tepat dan dinamakan
standard parallel. Carta cerapan ini boleh dikurangkan ralatnya dengan cara
‘membenamkan’ kon itu ke dalam permukaan bumi menghasilkan dua standard
parallel. Skala di antara dua standard parallel itu menguncup manakala di luar
daripada kawasan ini mengembang. Rhumb line dilukis melengkung ke arah
khatulistiwa manakala garis bulatan agung diandaikan lurus.

Konikal Lambert

Di kawasan kutub, cerapan stereografik polar digunakan dengan menekap di titik


temu di kutub. Rhumb line menjadi lengkung ke arah khatulistiwa. Bulatan agung
pula melengkung ke arah kutub kecuali garisan meridian yang lurus bertemu di
kutub.

Stereografik

85
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Heading

Heading (Hdg) atau halaan ialah arah di mana muncung pesawat menghala
diukur mengikut arah jam berdasarkan asas rujukan atau datum tertentu. Asas-
asas rujukan yang digunakan adalah:-

a) Utara Benar (T)


b) Utara Magnetik (M)
c) Utara Grid (G)

Maka kita akan dapati, berdasarkan asas-asas rujukan berikut haluan:-

a) True Heading Hdg (T)


b) Magnetic Heading Hdg (M)
c) Grid Heading Hdg (G)

Track

Track (Tr) atau jejak atau haluan merujuk kepada pergerakan sebenar pesawat
udara di atas muka bumi. Track juga boleh diukur berdasarkan asas-asas
rujukan di atas. Track yang telah tercapai oleh pesawat lazimnya disebut Track
Made Good (TMG).

Drift

Drift atau hanyutan ialah beza sudut diantara Track dan Heading.

Rumusan
Track: adalah jejak dan arah yang
sebenarnya dilalui oleh
pesawat
Heading: haluan pesawat bagi mencapai
Track
Drift: beza sudut di antara Track dan
Heading

86
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

1 – 60 Rule

One-in-60 rule ialah kaedah penganggaran yang digunakan dalam ilmu navigasi
penerbangan. Ia menyatakan bagi setiap 60 batu nautika yang dilalui, ralat selari
sebanyak satu batu nautika adalah bersamaan dengan 1° hanyutan (drift). Ia
menggunakan penghampiran nilaian sudut kecil, sebagai contoh kosine 1° ialah
0.999847 iaitu hampir kepada 1. Dalam realitinya, jika pesawat tersasar 1 batu
nautika dari track sejauh 60 batu nautika, sudut yang terhasil hanya 0.96° sahaja,
namun ralat ini tidak terlalu besar dan diabaikan di dalam congakan.

Contoh
Θ≈1
1NM

60NM
Sudut yang terbina ialah hampir 1°. Begitu juga dengan gandaan, sebagai contoh
track 120 batu nautika dan drift ialah sebanyak 2 batu nautika, maka sudut yang
terhasil ialah:

2/1 x 60/120 = 1°

Aplikasi

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menentukan haluan sebenar yang perlu
untuk mencapai track yang betul setelah mengetahui halaju angin lintang.
Sebagai contoh, jika pesawat bergerak dengan halaju 180 knot dan terdapat
angin lintang selaju 12 knot berapakah haluan yang perlu diambil untuk
mengekalkan track 172° jika angin lintang dari arah kiri?

Halaju pesawat = 180 knot (3 x 60)


Halaju angin = 12 knot
Sudut ialah = 12/1 x 60/180 = 4°

Jika track ialah 172° dan arah angin lintang dari kiri, maka pesawat perlu
menukar haluan ke kiri (iaitu menolak (-) dalam bering azimuth) untuk
mengekalkan track iaitu 172° - 4° = 168°.

87
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

RADIO TELEFONI

Abjad Fonetik

ABJAD / SEBUTAN
KOD MORSE TELEFONI
NOMBOR FONETIK
A ●— ALFA AL-FAH
B —●●● BRAVO BRAH-VOH
CHAR-LEE /
C —●—● CHARLIE
SHAR-LEE
D —●● DELTA DELL-TAH
E ● ECHO ECK-OH
F ●●—● FOXTROT FOKS-TROT
G ——● GOLF GOLF
H ●●●● HOTEL HOH-TEL
I ●● INDIA IN-DEE-AH
J ●——— JULIET JEW-LEE-ETT
K —●— KILO KEY-LOH
L ●—●● LIMA LEE-MAH
M —— MIKE MIKE
N —● NOVEMBER NO-VEM-BER
O ——— OSCAR OSS-CAH
P ●——● PAPA PAH-PAH
Q ——●— QUEBEC KEH-BECK
R ●—● ROMEO ROW-ME-OH
S ●●● SIERRA SEE-AIR-RAH
T — TANGO TANG-GO
YOU-NEE-FORM
U ●●— UNIFORM /
OO-NEE-FORM
V ●●●— VICTOR VIK-TAH
W ●—— WHISKEY WISS-KEY
X —●●— X-RAY EKS-RAY
Y —●—— YANKEE YANG-KEE
Z ——●● ZULU ZOO-LOO
1 ●———— ONE WUN
2 ●●——— TWO TOO
3 ●●●—— THREE TREE
4 ●●●●— FOUR FOW-ER
5 ●●●●● FIVE FIFE
6 —●●●● SIX SIX
7 ——●●● SEVEN SEV-EN
8 ———●● EIGHT AIT
9 ————● NINE NIN-ER
0 ————— ZERO ZEE-RO

88
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Istilah Am Penerbangan

ISTILAH MAKNA TERJEMAHAN


AFFIRM YES YA
NEGATIVE NO TIDAK
I RECEIVED THE MESSAGE SAYA TERIMA MESEJ
(EVEN WITHOUT (WALAUPUN SAYA
ROGER
UNDERSTANDING THE MUNGKIN BELUM FAHAM
MESSAGE AT THE MOMENT) KETIKA INI)
SAYA AKAN MENURUT
WILCO WILL COMPLY
ARAHAN
ACKNOWLEDGE I UNDERSTAND SAYA FAHAM
GO AHEAD / PASS
SEND YOUR TRANSMISSION SEBUTKAN TRANSMISI
YOUR MESSAGE
PLEASE REPEAT YOUR
SAY AGAIN SILA ULANG MESEJ TADI
LAST MESSAGE
I SEEK CLEARANCE /
REQUEST SAYA MINTA KEBENARAN
AUTHORIZATION
PLEASE WAIT / CLEARANCE SILA TUNGGU SEBENTAR /
STANDBY
PENDING TUNGGU ARAHAN
MAYDAY MAYDAY
EMERGENCY CALL PANGGILAN KECEMASAN
MAYDAY
PANPAN PANPAN
URGENCY CALL PANGGILAN MUSTAHAK
PANPAN

Komponen Kawalan Trafik Udara

Kawalan trafik sesebuah lapangan terbang juga mempunyai beberapa komponen


hinggalah ke ruangan udara yang lebih luas.

CALLSIGN
FUNGSI
KOMPONEN
Menerima, memproses dan mengeluarkan kebenaran pelan
DELIVERY
perjalanan
RAMP Komponen kawalan pergerakan darat ketika di apron atau ramp
Komponen kawalan pergerakan darat ketika di taxiway atau apron
GROUND
dan ramp sekiranya tiada RAMP
Kawalan trafik udara setempat dan yang berkaitan dengan runway,
TOWER
ketika berlepas, mendarat dan ruang udara sekelilingnya
DEPARTURE Kawalan setelah pesawat berlepas selepas TOWER
Kawalan pertengahan setelah DEPARTURE. Kadangkala
DIRECTOR
mengambil fungsi DEPARTURE
RADAR / Kawalan udara am bagi keseluruhan ruang udara
CONTROL
Informasi bagi ruang udara. Tidak memberikan perkhidmatan
INFO
kawalan trafik
Sama fungsi seperti INFO, tetapi pada jarak jauh dan lazimnya
RADIO
menggunakan frekuensi HF
ARRIVAL Kawalan pertengahan sebelum APPROACH
Kawalan bagi pesawat yang hendak mendarat sebelum dilepaskan
APPROACH
ke TOWER

89
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

AIRMANSHIP

NOTAM

NOTAM ialah Notice to Airmen merupakan pemberitahuan kepada para


juruterbang dan mereka yang terlibat dengan aktiviti udara mengenai satu-satu
perkara yang mungkin berlainan dari kebiasaan atau berpontensi mendatangkan
halangan atau bahaya atau apa-apa sahaja maklumat yang dianggap penting
untuk disampaikan kepada para ahli udara. Perkara-perkara yang boleh
disampaikan melalui NOTAM terdapat banyak sekali, antaranya:

1. Penutupan landasan atau taxiway


2. Lampu landasan tak berfungsi
3. Tiada bekalan minyak
4. Pemancar radio rosak
5. Binaan tinggi yang mungkin menghalang
6. Penghijrahan burung
7. Frekuensi radio yang baru
8. Aktiviti sukan udara
9. Latihan tentera
10. Orang kenamaan
11. Dan sebagainya

Format NOTAM

NOTAM menggunakan banyak singkatan dalam laporannya, namun keseluruhan


formatnya tidaklah terlalu rumit. Lazimnya didahului dengan nombor pengenalan
NOTAM dan tahun ia dikeluarkan, diikuti dengan mesej yang hendak
disampaikan, kedudukan ia berlaku, lingkungan kawasan yang terlibat, waktu ia
berlaku, langkah-langkah yang telah dan perlu diambil serta catatan lain.

Contoh-contoh NOTAM

WMKK – KUALA LUMPUR INTL


A1365/12 - RWY 14L/32R AND 14R/32L CLSD DUE MAINT WORKS
RMK : DRG THIS PERIOD, SINGLE RWY OPS IN PROGRESS. ALL ARR/DEP
SUBJ TO DLA.
MON - RWY 14L/32R BTN 0400 TILL 0500 TUE -RWY 14R/32L BTN 0400 TILL
0500, 04 JUN 04:00 2012 UNTIL 26 JUN 05:00 2012. CREATED:03 JUN 07:47
2012

WARR – NGURAH RAI INTL


A0756/12 - NGURAH GROUND ON FREQ 118.9MHZ NO OPERATED FOR
WHILE DUE TO
INTERFERENCE FREQ AND CHANGED ON FREQ 118.8MHZ STATUS ON
TRIAL.
RMK : ALL ACFT REQ CONTACT ON FREQ 118.8MHZ. 06 JUN 12:14 2012
UNTIL 06 SEP
23:59 2012 ESTIMATED. CREATED: 06 JUN 12:10 2012

90
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Persekitaran Lapangan Udara

Lapangan udara serta persekitarannya adalah kawasan yang penuh risiko,


sekiranya tidak ditangani boleh mengakibatkan kerosakan harta benda,
kecederaan teruk atau kehilangan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.
Keseluruhan operasi penerbangan dibina di atas piawai keselamatan yang tinggi
yang memerlukan kewaspadaan pada setiap masa.

Individu yang beroperasi di kawasan lapangan udara mestilah mendapat


kebenaran daripada pihak berkuasa serta mematuhi prosedur keselamatan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Individu mestilah memakai perlindungan
seperti vest pemantul, pelindung telinga serta kasut keselamatan. Peralatan yang
telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal penyimpanannya.

Anggota hendaklah sentiasa berwaspada terhadap potensi bahaya yang berada


di persekitaran lapangan udara seperti propeller berputar dan sedutan serta
semburan enjin jet. Alat-alat keselamatan serta bantuan kecemasan mestilah
dapat dicapai dengan mudah, diselenggara supaya berfungsi dengan baik ketika
diperlukan.

Segala prosedur keselamatan hendaklah dipatuhi sepenuhnya dan pihak


berkuasa hendaklah dimaklumkan segera sekiranya berlaku sebarang insiden.

Pakaian perlindungan

91
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Marshalling

Peserta perkhemahan akan diuji kaedah marshalling seperti yang disenaraikan.

Pengenalan Get
Gate Identification

Teruskan Menghampir Mara


Proceed Straight Ahead

Belok Kanan
Turn Right

Belok Kiri
Turn Right

Berhenti Normal
Normal Stop

92
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Sangga Dipasang
Chocks Inserted

Kenakan Brek
Set Brakes

Lepaskan Brek
Release Brakes

Hidupkan Enjin
Start Engines

Matikan Enjin
Cut Engines

93
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Right of Way

Secara amnya, kenderaan yang lebih lincah atau manoevreable haruslah


memberi laluan kepada kenderaan yang kurang lincah. Sebagai contoh,
kenderaan am harus memberi laluan kepada pesawat bergerak sendiri,
manakala pesawat bergerak sendiri harus memberi laluan kepada pesawat
ditunda.

Sekiranya kenderaan adalah dari jenis yang sama, kenderaan yang berada di
sebelah kanan harus diberi laluan terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Peraturan 107 Akta Penerbangan Awam 1969
(Pindaan 2015).

Aturan am right of way.

94
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Aturan am ketika bertumpu, bertembung, dan ketika memotong.

95
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Isyarat Survival Darat ke Udara

Isyarat survival yang perlu diketahui oleh seseorang Pengakap Udara adalah
seperti berikut:-

ISYARAT MAKSUD PENERANGAN

Mangsa
Request
terselamat
assistance
meminta bantuan

Request Minta bantuan


medical perubatan dengan
assistance segera

Minta bantuan
Request food
makanan dan
and water
minuman

Kami mengalami
Request repairs kerosakan,
or engineers mohon bantuan
baikpulih/jurutera

Request fuel Perlukan bahan


and oil api

Yes /
Ya
Affirmative

No / Negative Tidak

96
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Pasukan
menyelamat
Nothing found,
belum menjumpai
will continue
apa-apa, akan
searching
teruskan gerakan
mencari
Pasukan
menyelamat tidak
We are not able
dapat
to continue,
meneruskan
returning to
usaha mencari,
base
kembali ke
pengkalan
Pasukan
menyelamat
We have found
hanya menemui
only some
sebahagian
personnel
mangsa
terselamat

Menghala ke arah
Proceeding this
ini dari bangkai
direction
pesawat

Semua dalam
All is well
keadaan baik

Kami telah
We have found
menjumpai
all personnel
semua terselamat

Misi mencari dan


Operation
menyelamat
completed
tamat & berjaya

97
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

FOD

FOD ialah singkatan kepada


Foreign Object Debris atau Foreign
Object Damage atau kerosakan
disebabkan bendasing yang bukan
sebahagian dari pesawat atau
yang terpisah dari pesawat yang
terkena kepada badan pesawat
atau mana-mana bahagian
pesawat terutamanya enjin.
Kerosakan disebabkan FOD
adalah masalah yang serius
menyebabkan industri
penerbangan kerugian kira-kira 13
bilion dolar setahun. Contoh-
contoh FOD adalah:

 Skru, nat, kepingan logam yang tertanggal


 Batu, kayu, kerikil dari taxiway
 Sampah sarap
 Debu-debu dari permukaan
 Alatan-alatan kerja yang terbiar tidak disimpan

Syarikat penerbangan memberikan latihan kepada kakitangan untuk


meningkatkan kesedaran mengenai bahaya FOD. Latihan-latihan ini bermula
dengan menerangkan maksud FOD dengan menunjukkan gambar-gambar FOD
dan kerosakan-kerosakan yang diakibatkannnya. Industri penerbangan juga
menetapkan prosedur-prosedur tertentu yang dijadikan SOP dibukukan dan
diedarkan. Budaya kerja “Clean as you Go” diterapkan sepanjang masa dan
segala bahan-bahan dan alatan kerja dicatat inventori.

Jet Blast

Jet blast pula adalah semburan gas panas daripada enjin pesawat. Semburan ini
berkuasa tinggi dan boleh menerbangkan benda-benda berhampiran yang
kemudiannya boleh menghempap mengakibatkan kecederaan atau kerosakan
harta benda.

98
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Bahaya jet blast.

Pemadan Api

Terdapat berjenis-jenis pemadam api yang terdapat di dalam penggunaan.


Berbeza dari segi saiz, bahan yang digunakan serta cara kerjanya. Lazimnya
pemadam api diklasifikasikan mengikut cara kerjanya iaitu di mana bahan
pembuang disimpan didalam ruang yang sama dengan agen pemadam ataupun
disimpan di dalam kartrij.

Di antara agen pemadam yang digunakan adalah seperti berikut:-

a. Serbuk kering, seperti monoammonium fosfat, sodium bikarbonat dan


sebagainya
b. Busa seperti aqueous film-forming foam
c. Air dan bahan kimia cecair
d. Gas seperti halon dan karbon dioksida

99
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kelas Simbol
Piktogram Jenis Kebakaran Mnemonik
Api Geometrik

A for
A Bahan api pepejal
"Arang"

Cecair atau gas B for


B
mudah terbakar "Barrel"

C for
C Kebakaran elektrikal
"Current"

Biasanya kaedah penggunaan alat pemadam api dengan berkesan adalah dalam
empat langkah mudah iaitu:-

a. Mencabut pin keselamatan


b. Mengacukan muncung semburan ke arah api dalam jarak efektif
c. Menekan picu atau tuil alat pemadam untuk menyemburkan
kandungannya
d. Menghalakan muncung ke arah api dalam gerakan sapuan sehingga api
padam.

Di samping itu, hendaklah berusaha melaporkan kebakaran serta dapatkan


bantuan dengan seberapa segera.

100
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Sangga Pesawat

Sangga bertujuan menahan


roda supaya pesawat tidak
bergolek dari kedudukannya.
Walaupun pesawat
mempunyai brek hydraulik,
namun sistem hidraulik yang
menguasakan brek lazimnya
hanya dihidupkan ketika
pesawat hendak dioperasi
atau ketika enjin sudah
dihidupkan. Brek juga
kadangkala perlu menjalani penyelenggaraan dan begitu juga sistem hidraulik.

Sangga yang terbaik hendaklah bersesuaian dengan saiz pesawat yang hendak
disangga dan digunakan berpasangan iaitu di hadapan dan di belakang. Secara
ringkas, faktor keberkesanan sangga adalah seperti berikut:-

a. Nisbah ketinggian sangga berbanding roda, seelok-eloknya ¼ ketinggian


roda
b. Kecerunan permukaan, (kecerunan maksima = [tinggi sangga / jejari roda]
/ 0.032
c. Kegelinciran permukaan

Kedudukan sangga.

101
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Roda yang siap disangga.

Akibat pesawat tidak disangga, menyebabkan kerosakan kepada pesawat lain.

102
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Kon Penanda Sarung Tangan

Pelindung Telinga Vest Pemantul

Alat-alat Keselamatan yang lain.

103
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Tanda Isyarat dan Lampu Isyarat Runway dan Taxiway

Instrument Runway

Berbagai contoh tanda isyarat

104
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Penerangan Isyarat Runway dan Taxiway

Isyarat Penerangan

Lokasi anda di Taxiway A

Menunjukkan arah di mana Taxiway B

Holding point di hujung Runway 33

Holding point pertengahan Runway 15-33

Holding point

Holding point Cat II/III

Holding point Cat II/III biasanya diikuti dengan


tanda ini, ILS critical area

Dilarang masuk

Menunjukkan arah apron/terminal

105
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lampu Runway dan Taxiway

Lampu-lampu yang lazim bagi sesebuah runway.

Lampu-lampu di waktu malam.

106
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Lampu Warna Penerangan


Runway Treshold Hijau High intensity, menandakan permulaan
runway yang boleh diguna untuk
mendarat
Runway Edge Putih High intensity, bagi runway precision
approach ICAO standard, 2000 kaki atau
1/3 yang akhir berwarna kuning
Runway End Merah High intensity
Runway Centreline Putih High intensity, bagi runway precision
approach ICAO standard, 3000 kaki ke
1000 kaki yang akhir bersilih ganti
putih/merah, 1000 kaki yang akhir merah
Taxiway Edge Biru Lampu pinggir taxiway
Taxiway Centreline Hijau Lampu garis tengah taxiway
Holding Point/Stopbar Merah Lampu penanda halangan memasuki
runway

107
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

TRAFIK UDARA

Komponen Lapangan Udara

Sesebuah lapangan terbang yang moden mempunyai beberapa komponen yang


membolehkan ia beroperasi dengan baik.

KOMPONEN LAPANGAN
FUNGSI
TERBANG
Untuk perlepasan dan pendaratan pesawat,
Landasan (runway) komponen yang utama dalam sesebuah lapangan
terbang
Merupakan jalan untuk pergerakan pesawat di
Taxiway
daratan
Kawasan dataran yang menjadi tempat pesawat
Apron / ramp memarkir, mengisi minyak, mengisi atau menurun
muatan atau penumpang
Binaan yang tinggi memuatkan kawalan trafik
udara setempat, untuk memantau dan mengawal
Menara (tower)
pergerakan pesawat dan kenderaan lain di sekitar
lapangan terbang
Bangunan yang memuatkan kawasan kemudahan
bagi penumpang seperti kastam, imegresen,
Terminal
perkhidmatan bagasi, pejabat syarikat
penerbangan dan sebagainya
Binaan tertutup untuk menerima dan menyimpan
pesawat. Digunakan untuk melindungi pesawat
Hangar
dari cuaca, ketika penyelenggaraan dan
pemasangan. Biasanya dibina tanpa tiang.

108
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Litar Lalu Lintas Udara

Litar lalulintas digunakan untuk mengatur pergerakan trafik udara berlepas dan
mendarat. Ia juga digunakan dalam latihan juruterbang. Ia mengandungi
beberapa peringkat setelah berlepas, iaitu upwind, crosswind, downwind, base
dan final. Jarak final dari hujung landasan iaitu treshold ialah lebih kurang 4 NM
dan tidak lebih dari 8 NM.

109
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

UNDANG-UNDANG UDARA

CAAM

Civil Aviation Authority of Malaysia atau CAAM


ialah agensi kerajaan yang bertanggung jawab
terhadap pemantauan dan penguatkuasaan
undang-undang penerbangan awam di ruang
udara Malaysia. CAAM mengeluarkan segala
lesen-lesen penerbangan awam di dalam
Malaysia, meliputi lesen individu, lesen
pesawat, dan lesen operator pesawat serta
lapangan terbang.

CAAM diketuai oleh Ketua Pengarah


Penerbangan Awam dan mempunyai 3 sektor
dan 6 bahagian iaitu Sektor Airworthiness, sektor Operasi Penerbangan, Sektor
Pengurusan Trafik Udara, Bahagian Sekuriti, Bahagian Pengurusan, Bahagian
Inspektorat, Bahagian Pengangkutan Udara, Bahagian Pemiawaian Lapangan
Terbang dan Akademi Aviasi.

Fungsi utama CAAM ialah memastikan tahap keselamatan yang tinggi


penerbangan awam dalam negara dan pada masa yang sama menggalakkan
pertumbuhan industri penerbangan.

MAVCOM

MAVCOM, atau Malaysia Aviation Commission pula ditubuhkan bagi mengawal


selia aktiviti perusahaan pengangkutan udara. Di mana CAAM bertindak
melesenkan krew, pesawat dan aspek-aspek keselamatan serta teknikal industri,
MAVCOM pula bertindak melindungi pengguna, memantau syarikat penerbangan
dan aspek ekonomi.

110
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

VFR, IFR & SVFR

Sesuatu penerbangan boleh dilakukan secara penglihatan visual ataupun


bergantung sepenuhnya kepada instrumen pesawat. Peraturan penerbangan
yang dilakukan mengikut peraturan-peraturan visual ini dipanggil Visual Flight
Rules manakala secara instrumen dipanggil Intrument Flight Rules. Lazimnya
VFR dibenarkan ketika cuaca cerah dan terdapat rujukan-rujukan yang boleh
dilihat dengan mudah. IFR pula dilakukan ketika cuaca tidak membenarkan jarak
penglihatan yang baik, waktu malam, ditutup awan, ketika terbang tinggi dimana
panduan rujukan di darat tidak lagi dapat dilihat dengan baik, ataupun terbang di
tengah-tengah lautan yang jauh dari sebarang daratan. Terdapat juga kaedah
istimewa iaitu Special VFR yang dibenarkan apabila juruterbang masih dapat
melihat lapangan terbang di waktu malam dan terbang dalam jarak yang
mengekalkan penglihatan ini.

Pesawat VFR hanya dibenarkan terbang dalam lingkungan:

a. Waktu siang
b. Di bawah 15000 kaki (FL150) dalam ruang udara dikawal
c. Di bawah 25000 kaki (FL250) dalam ruang udara tidak dikawal
d. Tidak lebih 100 batu nautika dari pinggir pantai di ruang udara terkawal
e. VFR tidak boleh dilakukan dalam ruang udara kelas A

Pesawat VFR juga mestilah mematuhi dan mengekalkan syarat-syarat berikut:

a. Jika terbang 3000 kaki dan ke bawah, hendaklah bebas dari awan, jarak
penglihatan lebih dari 5 kilometer dan dapat melihat muka bumi (atau
permukaan laut)
b. Jika terbang di antara 3000 kaki dan 10000 kaki, hendaklah bebas dari
awan jarak 1.5 kilometer ke depan dan belakang dan 1000 kaki ke atas
dan kebawah, jarak penglihatan lebih 5 kilometer dan dapat melihat
permukaan bumi (atau laut)
c. Jika terbang lebih dari 10000 kaki hendaklah bebas dari awan jarak 1.5
km ke depan dan belakang dan 1000 kaki ke atas dan bawah, dan jarak
penglihatan lebih 8 kilometer

IFR boleh dilakukan pada bila-bila masa dan wajib diikuti ketika VFR tidak
dibenarkan. Apabila keadaan cuaca tidak membenarkan penerbangan VFR iaitu
IMC, Instrument Meteorological Condition. Walau bagaimanapun IFR hanya
boleh dilakukan oleh juruterbang yang telah lulus jurusan instrumen iaitu
Instrument Rating. Special VFR pula hanya boleh dilakukan 1500 kaki dan ke
bawah berdekatan dengan lapangan terbang dan juruterbang masih dapat
melihat bentuk rupabumi di waktu malam.

111
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Jenis-jenis Ruang Udara

Ruang udara di Malaysia diklasifikasikan kepada 4 kelas iaitu kelas A, B, C dan


G. Ruang udara kelas A biasanya merujuk kepada laluan-laluan udara yang
utama yang bertindak seperti lebuhraya di udara. Kadangkala laluan udara yang
di bawah 15000 kaki (FL150) diklasifikasikan sebagai kelas B untuk
membolehkan trafik VFR turut menggunakannya. Ruang udara kelas B pula
meliputi laluan udara di bawah 15000 kaki (FL150) dan kawasan terminal iaitu
persimpangan laluan-lauan udara yang biasanya bertemu di atas lapangan
terbang utama atau pun kawasan yang menggabungkan kawalan ruang udara
luas meliputi beberapa lapangan terbang. Ruang udara C ialah ruang udara
kawalan lapangan terbangnya yang meliputi trafik dan kawasan sekitarnya iaitu
kira-kira lingkungan 5 batu sekeliling. Satu-satunya ruang udara tidak dikawal
ialah kelas G yang terdapat di kawasan tidak dikawal tidak melebihi 25000 kaki
(FL250).

Publikasi Udara

AIP

AIP, Aeronautical Information Publication atau Penerbitan Maklumat Aeronautikal


ialah satu dokumen yang dikeluarkan oleh DCA Malaysia bagi menyalurkan
maklumat-maklumat bersifat jangka panjang yang penting bagi navigasi udara.
Diterbitkan pihak berkuasa penerbangan awam sesebuah negara, penerbitan ini
mengandungi peraturan, prosedur dan kaedah-kaedah yang digunapakai khusus
bagi negara tersebut. AIP sentiasa dikemaskini dan dipastikan up to date. AIP
disusun dalam 3 bahagian iaitu GEN (General), ENR (Enroute) dan AD
(Aerodrome).

AIC

AIC ialah Aeronautical Information Circular ataupun Pekeliling Maklumat


Penerbangan. Ianya mengandungi maklumat bersifat sementara bagi
memperbaharui maklumat yang terdapat dalam AIP sehinggalah AIP dapat
dikemaskini.

MCAR

MCAR ialah Malaysian Civil Aviation Regulations atau Peraturan Penerbangan


Awam Malaysia merupakan undang-undang bertulis penerbangan awam yang
dikuatkuasakan di Malaysia.

112
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

SIMPULAN

Tindih Kasih Semat (Yosemite Bowline)

Fungsinya bagi mengukuhkan ikatan


Tindih Kasih sedia ada bagi
mengelakkan tali terlucut. Para
pendaki dan pemanjat batuan
menggemari ikatan ini berbanding
Tindih Kasih biasa kerana ianya lebih
kukuh dan pemati ikatannya
menghadap ke pendaki (ke atas)

Tindih Kasih Eskimo (Eskimo Bowline)

Sebagai alternatif kepada Tindih Kasih


biasa, terutama bagi jenis tali sintetik
yang licin, untuk mengelakkan terlucut.

113
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Tindih Kasih Terjun (Parachute Bowline)

Juga sebagai alternatif kepada Simpul


Kerusi dan juga Tindih Kasih Portugis,
boleh dilaras, tetapi gelungnya boleh
terlucut.

Tindih Kasih Portugis (Portuguese Bowline)

Tindih Kasih Portugis sebagai


alternatif kepada Simpul Kerusi tetapi
menyediakan gelung yang boleh
dilaras.

Tindih Kasih Sepanyol (Spanish Bowline)

114
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

Juga sebagai alternatif kepada Simpul


Kerusi tetapi kelebihannya adalah ianya
boleh digelung dipertengahan tali tanpa
perlu mendapatkan pangkal.

Tindih Kasih Udara (Air Bowline)

Untuk mengikat atau menambat


pesawat ke tanah, pematinya
menghala ke bawah dan dikukuhkan
dengan bantuan graviti.

Lilit Teruna (Midshipman’s Hitch)

Sebagai alternatif yang lebih kukuh


daripada Lilit Taut-Line.

115
PANDUAN PEMIMPIN
PENGAKAP UDARA

116

Anda mungkin juga menyukai