Anda di halaman 1dari 1

1.

Keselamatan penumpang dan pengguna terancam Sesetengah pemandu bas yang


tidak mempunyai sikap bertanggungjawab boleh mengundang padah kepada para penumpang.
Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas itu berasa tidak selamat dan khuatir akan
keselamatan dirinya. Sikap seperti ini juga boleh meyebabkan keselamatan pengguna jalan raya
yang lain turut terancam sama.

2.

Jangka masa / tempoh masa yang lama Sebelum pelancaran Bas Rapid Penang,
pengguna terpaksa menggunakan dan menunggu bas henti-henti hampir satu jam lamanya.
Ketibaan bas yang tidak tentu masa juga menyukarkan dan menyusahkan para penggunanya
menggunakan khidmat bas ini.

3.

Kos bahan api meningkat naik Tambang pengangkutan awam terutamanya bas
meningkat dan bertambah berikutan harga minyak yang semakin meningkat.

4.

Kenderaan lama yang digunakan Perkhidmatan van atau bas sekolah adalah jenis
kenderaan lama telah yang berdaftar dan usia kenderaan menjangkaui 10 sehingga 15 tahun.
Keadaan, kondisi dan tempat duduk bas juga dalam keadaan tidak memuaskan dan tidak
selesa.

5.

Pencemaran udara yang dihasilkan Udara boleh tercemar disebabkan kebanyakan


pengangkutan awam menggunakan minyak diesel terutamanya bas. Gas karbon monoksida
dan asap hitam yang berjelaga daripada kenderaan akan mencemari udara

6.

Pencemaran Bunyi Bunyi enjin kenderaan yang kuat dan sangat bising akan
membingitkan telinga dan menimbulkan susasana yang tidak tenang. Ini jelas sekali,
mengganggu ketenangan dan ketenteraman penumpangnya. Kebiasaannya situasi ini sering
terjadi pada bas-bas yang sudah lama digunakan. Ini pula situasi bagi penduduk yang tinggal
berdekatan dengan kawasan lapangan terbang, yang pasti seringkali terganggu dengan bunyi
bising enjin kapal terbang yang membuat pendaratan mahupun yang mahu berlepas. Ini sedikit
sebanyak mengganggu aktiviti harian penduduk sekitar berikutan bunyi bising di kawasan
lapangan terbang demikian.

Anda mungkin juga menyukai