Anda di halaman 1dari 2

1.

Pencemaran udara
Penggunaan pengangkutan awam di kawasan kajian ini telah
meningkatkan pencemaran udara. Penggunaan diesel yang murah oleh
bas dan lori menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap eksoz,
terutamanya kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dari semasa
ke semasa. Kenderaan yang menggunakan minyak diesel ini secara tidak
langsung melepaskan gas nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon
monoksida dan sulfur dioksida. Gas- gas ini boleh memberikan implikasi
terhadap sistem pernafasan manusia dan menyebabkan penyakit asma,
sakit kerongkong serta penyakit yang berkaitan dengan jantung
2. Kesesakan lalu lintas
Masalah yang sering berlaku di kawasan Rantau adalah kesesakan
lalu lintas. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pengguna jalan raya akan
menggunakan jalan raya pda waktu- waktu puncak. Pada jam 6.45 pagi
dan 2.00 petang ialah waktu punck bagi Jalan Bear Rantau kerana pada
waktu tersebut para pelajar, guru- guru dan para pekerja akan keluar bagi
memulakan rutin harian mereka. Kebiasaannya kesesakan ini berlanjutan
selama 20 hingga 30 minit ketika waktu puncak. Oleh yang demikian,
jalan tersebut akan menjadi lebih sesak.
3. Gelap pada waktu malam
Selain daripada itu, satu lagi masalah yang dihadapi oleh pengguna
jalan raya di sekitar Rantau adalah masalah ketiadaan lampu jalan.
Keadaan ini menyebabkan bahagian- bahagian tertentu sepanjang Pekan
Rantau pada waktu malam. Keadaan ini membahayakan pengguna
sekiranya kenderaan di hadapan mereka mengalami kerosakan pada
lampu dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang meragut
nyawa. Di samping itu, haiwan- haiwan ternakan seperti kerbau, lembu
dan kambing yang banyak berkeliaran sepanjang jalan utama juga boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan yang gelap.
4. Pencemaran bunyi
Seterusnya, kawasan ini juga selalu terdedah kepada pencemaran
bunyi . Keadaan bas, van dan lori yang telah tua menimbulkan suasana
yang membingitkan telinga dan bunyi enjin kenderaan yang sangat bising.
Selain itu, suasana yang tenang seringkali diganggu oleh pemandu bas
dan lori yang lebih gemar membunyikan hon dengan amat kuat. Di
sampng itu, pertambahan bilangan kenderaan dari masa ke masa juga
salah satu penyebab kerana berlakunya masalah pencemaran bunyi yang
mengganggu ketenteraman penduduk.
5. Selekoh tajam

Keadaan muka bumi juga sering mempengaruhi kesesakan lalu


lintas di sesebuah jalan raya. Terdapat juga selekoh tajam yang sangat
berbahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
Sekiranya pemandu tidak berhati- hati, mengantuk dan tidak berhemah,
maka risiko berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi.
6. Tiada papan tanda
7. Banjir

Anda mungkin juga menyukai