Anda di halaman 1dari 14

Pengurusan Sisa

Kemudahan yang disediakan

1. Kemudahan Tong Sampah

2. Kebersihan Jalan Raya

3. Kebersihan Longkang

4. Penyelenggaraan Landskap Bandar

5. Penyelenggaraan bunga-bungaan

6. Kebersihan Pasar

7. Kebersihan Tandas Awam

8. Sistem Pencahayaan

Perkhidmatan Lori sampah

1. Menyelia, menjaga dan membersih kenderaan yang dipandu dengan cermat dan baik.

2. Memandu dengan cermat dan berhemah serta bersopan santun.

3. Mencatat dan mengemaskini pengisian minyak, perjalanan dan pembaikian kenderaan ke dalam
buku log.

4. Mengangkut sampah sarap dan bahan buangan di dalam dan di luar tong sampah mengikut
jadual yang diatur dan melupuskan di tapak pelupusan.

5. Memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan/kerja.

6. Menyertai gerak kerja gotong-royong.

7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.


Jadual Kerja Perkhidmatan Pungutan Sampah

Zon 1 : Kenderaan DAM 3261

Pemandu : Norazlan Bin Yusoff

Pekerja : Zulkifli B. Mohd Yusoff dan Mohd Saperi B. Jusoh

Hari Kawasan/Jalan Tugas Kekerapan

Ahad,Selasa dan Khamis Jalan Hospital, Jalan Mengutip dan mengangkut 3 kali seminggu
Pasir, Mas, sampah dari rumah ke
Hospital, Taman rumah dan tong sampah
Sri Remah, Desa Barakah, kompaktor sehingga bersih.
Kawasan Industri, Jelatok,
Laman Lagenda, Taman Sri
Jelatok, Taman Ibnu Sinar,
Jelatok 2, Bukit Merah,
Belimbing, Paloh dan Bukit
Panau. Pusat Bandar
(Malam)

Isnin,Rabu dan Sabtu Jalan Kaki Bukit, Jalan SDA SDA


Pejabat, Pejabat Jajahan
dan Pusat Bandar (malam).
Zon 2 : Kenderaan DAP 3260
Pemandu : Razali B. Mat Isa
Pekerja : Mohd Saidi B. Mat Isa dan Zulkifli B. Jamaludin

Hari Kawasan/Jalan Tugas Kekerapan

Ahad,Selasa dan Khamis Jalan Wan Ahmad, Taman Sri Mengutip dan 3 kali seminggu
Kemunting, Taman Sri Baru, mengangkut sampah dari
Taman Merah Jaya, rumah ke rumah dan tong
Cat Rimau, Kawasan Sri Suria kompaktor.
(3), Pondok Banggol
Kemunting,Chawas dan Jalan
Jedok

Isnin,Rabu dan Sabtu Merah, Banggol Jenerih,


Taman Guru dan peru mahan
SDA SDA
sekitar, Jalan Dusun Pinang,
Jalan Jedok hinnga Cabang 3
Kubang Putat.

Zon 3 : Kenderaan DAP 3261


Pemandu : Ab. Rashid B. Ramli
Pekerja : Baharuddin Bin Deraman dan Khadari B. Mohd Ghani

Hari Kawasan/Jalan Tugas Kekerapan

Ahad,Selasa dan Jalan Adabi, Mengutip dan mengangkut 3 kali seminggu


Khamis Taman Sri Kenanga, Taman Mas sampah dari rumah ke rumah dan
Merah, Taman Damai,Taman tong kompaktor.
TEN, Jalan Banggol, Peru mahan
Banggol, Taman Indah, Taman
Ihsan dan Taman Adabi.

Isnin,Rabu dan Sabtu Jalan Mahsuri, Padang


Siam (Taman Rahmat),Taman
SDA SDA
Selasih, Manal 1,2&3,Jalan Jedok
Kelewek.
Zon 4 : Kenderaan DAA 1076
Pemandu : Ariffin B. Mamat
Pekerja : Zaalaudin Bin Othman dan Nik Azlan Bin Ab.Rahman

Hari Kawasan/Jalan Tugas Kekerapan

Ahad,Selasa dan Khamis Jalan Klinik, Jalan Masjid, Taman Mengutip dan mengangkut 3 kali seminggu
Kiara,Taman Jaya Murni, Taman sampah dari rumah ke rumah dan
Pelangi, Jalan Bakti, Taman tong kompaktor.
Bunga, Taman KELTERA, Taman
Cempaka dan Taman Kayangan.

Isnin,Rabu dan Sabtu Jalan Lubuk, Taman Maju


Setapak, Taman Alkaf, Bechah
SDA SDA
Pelting,Banggol
Pisang Menggala,Jalan
Pondok Lama,Kawasan
Sek. Arab, Taman Mutiara,Jalan
Machang, Padang
Guchil, Cherang Lali dan STKM,
SMDM dan SM TEKNIK.

Zon 5 : Kenderaan DAM 3260


Pemandu : Suhaimi B salleh
Pekerja : Mohd Faizal B. Ariffin dan Mazlan B. Mamat

Hari Kawasan/Jalan Tugas Kekerapan

Ahad,Selasa dan Bukit Bunga, Kern BUl, Mengutip dan mengangkut sampah 3 kali seminggu
Khamis Batu Gajah dan Batang dari rumah ke rumah dan tong
Merbau. kompaktor.

Isnin,Rabu dan Sabtu Bukit Bunga, Kern Bt.ll,


Gual Ipoh, Pekan
SDA SDA
Kusial dan Kawasan
Perurnahan Kusial.
Aktiviti Kekerapan/Masa Huraian Tugas Pencapaian yang Diperlukan

1) Pembersihan tong 3 kali seminggu 1) Mengangkut dan mengutip semua 1) Tiada sisa buangan di dalam
sampah kompaktor sampah sarap di dalam dan sekitar dan di luar tong sampah.
tong sampah
2) Sekitar tong sampah sentiasa
2) Elakkan memampatkan sampah di bersih.
hadapan rumah/kedai.

2) Pusat Bandar Tiap-tiap hari Memungut dan mengangkat semua Kawasan pusat Bandar sentiasa
sampah di dalam dan sekitar tong bersih.
persendirian dan tong awam.

3) Kawasan 3 kali seminggu Memungut dan mengangkat sampah 1) Pungutan mengikut jadual.
Perumahan di dalam dan sekitar tong dari rumah
2) Semua tong-tong sampah
ke rumah dan kedai.
dikosongkan dan.

4) Pembuangan Mengikut keperluan Memungut dengan menggunakan Hindari kes seperti ini berlaku.
Sampah secara haram backhoe dan letak notis "Jangan
termasuk sisa Buang sampah Disini".
ubahsuai bangunan
dan sampah kebun.

5) Kedudukan tong Sepanjang masa Letak tong dengan baik tidak


sampah membahayakan lalulintas dan mudah
untuk pengguna.

6) Tapak pelupusan Tiap-tiap hari 1) Buang sampah ke dalam


lubang/kawasan rendah.

2) Dilarang membakar.

7) Lori sampah Tiap-tiap hari Basuh lori. Lori bersih dan tidak berbau
busuk
Definisi Sisa domestik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Sisa domestik ialah sisa buangan pepejal seperti sisa makanan, botol, plastik, kertas dan bahan logam
terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga
dan hampas organik. Sisa domestik adalah dalam bentuk pepejal, cecair dan separa pepejal. Majoriti sisa
domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya dari tindak balas semula jadi alam
sekitar. Punca punca pembuangan sisa domestik di malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Punca Pembuangan sisa domestik

Pembuangan sisa domestik ialah pembuangan pepejal seperti botol,plastik dan sebagainya dan
pembuangan cecair seperti minyak masak,petroleum dan sebagainya. Punca pembuangan ini ialah
disebabkan komersial,pembinaan,isi rumah dan perindustrian. Kesan-kesan daripada pembuangan sisa
domestik antaranya pencemaran,wabak penyakit,kualiti hidup terjejas,dan banjir kilat. Cadangan untuk
pengurusan sisa domestik antaranya Amalan 3R, penguatkuasaan undang-undang, program pendidikan
dan kempen.
PEMBUANGAN SAMPAH SARAP SECARA LANGSUNG AKAN MENYEBABKAN PENCEMARAN,SEPERTI:

Pencemaran air :sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke kawasan sumberair

Pencemaran udara : udara akan tercemar disebabkan sisa domestik di tapak pelupusansampah

Pencemaran bau : Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau

WABAK PENYAKIT

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempatpenularan wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan seperti tikus,lipas dan lalat

Contohnya,penyakit taun,demam denggi,malaria,zika dan rotavirus

PENINGKATAN KOS PENYELENGGARAAN

Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak
kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT)

Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan kos penyelenggaraan tapak
pelupusan,baik pulih kemusnahan,perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.

BANJIR KILAT

Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang,parit dan
sungai akan menyebabkan aliran air tersekat

Apabila hujan lebat,jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku
Pengurusan sisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Tong beroda biru di Berkshire, England

Pengurusan sisa di Kathmandu (Nepal)

Pengurusan sisa ialah pemungutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan, dan
pengawasan bahan sisa.[1] Frasa ini biasanya dikaitkan dengan bahan yang dihasilkan oleh kegiatan
manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk mengurangkan kesannya pada kesihatan,
persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan
radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.

Amalan pengurusan sisa berbeza antara negara maju dengan negara membangun, antara kawasan
bandar dengan kawasan luar bandar, dan antara penghasil kawasan kediaman dan penghasil industri.
Pengurusan untuk sisa tak berbahaya bagi kawasan kediaman dan institusi di kawasan metropolitan
biasanya merupakan tanggungjawab pihak berkuasa kerajaan tempatan, manakala sisa tak berbahaya
komersil dan perindustrian biasanya merupakan tanggungjawab penjananya.

Isi kandungan

1 Kaedah

1.1 Kaedah pembuangan

1.1.1 Tanah isian

1.1.2 Penunuan

1.2 Kaedah pengitaran semula

1.2.1 Pemprosesan semula biologi

1.2.2 Pemulihan tenaga

1.3 Kaedah pengelakan dan pengurangan

2 Pengendalian dan pengangkutan sisa

3 Teknologi
4 Konsep pengurusan sisa

5 Pendidikan dan kesedaran

6 Lihat juga

7 Rujukan

7.1 Nota

8 Pautan luar

Kaedah

Kaedah pembuangan

Tanah isian

Rencana utama: Tanah isian

Kegiatan tanah isian di Hawaii.

Membuang sampah ke dalam tanah isian membabitkan penanaman sampah, dengan kaedah ini masih
merupakan amalan yang biasa di kebanyakan negara. Tanah isian sering ditempatkan di kuari tertinggal,
lowong lombong, dan lubang pinjaman. Tanah isian yang direka bentuk serta diurus dengan baik dapat
memberikan kaedah yang bersih dan agak murah untuk membuang sampah. Sebaliknya, tanah isian
yang lebih lama dan tidak direka bentuk serta diurus dengan baik boleh mengakibatkan kesan alam
sekitar yang buruk seperti sampah dibawa angin, tarikan kutu, dan penjanaan bahan larut lesap cecair.
Satu lagi keluaran sampingan biasa tanah isian ialah gas (sebahagian besarnya terdiri daripada metanol
dan karbon dioksida) yang dihasilkan apabila sisa organik dipecahkan secara anaerob. Gas ini boleh
mengakibatkan masalah bau, membunuh tumbuh-tumbuhan, dan merupakan gas rumah tanaman.

Kenderaan pemadatan tanah isian dalam tindakan.

Ciri reka bentuk tanah isian moden termasuk kaedah untuk mengurangkan bahan larut lesap seperti
tanah liat atau bahan pelapis plastik. Sisa yang dilonggokkan biasanya dipadatkan untuk meningkatkan
kepadatan dan kestabilannya, lalu ditutup untuk mengelakkan sebarang penarikan vermin (seperti
tikus). Banyak tanah isian juga memiliki sistem pengekstrakan gas tanah isian untuk mengeluarkan gas
tersebut. Gas itu dipam ke luar tanah isian dengan menggunakan paip lelubang dan dinyala atau dibakar
di dalam enjin gas untuk menjanakan elektrik.

Penunuan

Rencana utama: Penunuan


Loji penunuan Spittelau di Vienna.

Penunuan ialah kaedah pembuangan yang membabitkan pembakaran bahan sisa. Kaedah ini serta
sistem-sistem pengolahan sisa suhu tinggi yang lain kekadang digelar "pengolahan haba". Penunu
mengubah bahan sisa menjadi haba, gas, wap, dan abu.

Penunuan dilakukan pada kedua-dua skala kecil oleh individu dan skala besar oleh industri. Ia digunakan
untuk menghapuskan sisa pepejal, cecair, dan gas dan diiktiraf sebagai kaedah yang praktis untuk
menghapuskan sesetengah bahan sisa berbahaya (seperti sisa perubatan biologi). Penunuan merupakan
kaedah pelupusan buangan yang berkontroversi kerana isu-isu seperti pengeluaran bahan pencemar.

Penunuan adalah biasa di negara-negara yang tidak luas seperti negeri Jepun kerana kemudahan-
kemudahan itu umumnya tidak memerlukan kawasan besar, apabila dibandingkan dengan kaedah tanah
isian. Sisa-kepada-tenaga (WtE) atau tenanga-daripada-sisa (EfW) merupakan istilah yang umum untuk
merujuk kepada kemudahan-kemudahan yang membakar sisa di dalam relau atau dandang bagi
menjanakan haba, wap dan/atau elektrik. Pembakaran di dalam penusu tidak selalu sempurna dan oleh
itu, terdapat kebimbangan tentang bahan pencemar mikro di dalam gas yang keluar dari corong penusu.
Kebimbangan tertentu menumpukan sesetengah bahan organik yang tidak hilang-hilang seperti dioksin
yang mungkin dihasilkan di dalam penusu dan kemudian menjejaskan persekitaran di kawasan yang
berhampiran. Walaupun demikian, kaedah ini masih disukai kerana ia dapat menghasilkan haba untuk
digunakan sebagai tenaga.

Kaedah pengitaran semula

PVC, LDPE, PP, dan PS (lihat kod pengecaman damar) dapat dikitar semula, walaupun bahan-bahan itu
biasanya tidak dipungut. Barang-barang tersebut biasanya terdiri daripada sejenis bahan sahaja dan oleh
itu, menyebabkannya agak mudah dikitar semula menjadi keluaran baharu. Pengitaran semula barang-
barang yang kompleks (seperti komputer and kelengkapan elektronik) adalah lebih sukar kerana barang-
barang itu perlu dibuka dan dipisahkan.

Pemprosesan semula biologi

Rencana–rencana utama: Pengomposan, Pengomposan rumah, dan Pencernaan anaerob

Suatu longgokan kompos aktif.

Bahan sisa yang bersifat organik seperti bahan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan, dan keluaran kertas
dapat dikitar semula dengan menggunakan proses pengomposan dan pencernaan biologi untuk
menguraikan jirim organik. Bahan organik yang dihasilkan kemudian dikitar semula menjadi sungkup
atau kompos bagi tujuan pertanian atau pelandskapan. Tambahan lagi, gas sisa daripada proses itu
(seperti metana) dapat dikumpul dan digunakan untuk menjanakan elektrik. Tujuan pemprosesan
biologi dalam pengurusan sisa pada dasarnya adalah untuk mengawal dan mempercepat proses semula
jadi penguraian jirim organik.

Terdapat amat banyak kaedah dan teknologi pengomposan dan pencernaan yang berbeza-beza dari segi
kekompleksan, iaitu dari longgokan kompos rumah yang mudah sehingga pencernaan bekas tertutup
skala perindustrian sisa rumah campuran (lihat pengolahan biologi mekanik). Semua kaedah penguraian
biologi biasanya dibezakan kepada kaedah aerob dan kaedah anaerob, walaupun terdapat banyak
kacukan yang terdiri daripada kedua-dua kaedah tersebut.

Salah satu contoh pengurusan sisa menerusi pengomposan ialah Green Bin Program di Toronto, Kanada.
Dalam program tersebut, sisa organik rumah (seperti sisa makanan dan keratan tumbuh-tumbuhan)
dikumpulkan ke dalam sebuah bekas yang khusus lalu dikomposkan.

Pemulihan tenaga

Rencana utama: Buangan-ke-tenaga

Kandungan tenaga bahan sisa dapat dimanfaatkan, baik secara langsung dengan menggunakannya
sebagai bahan api kebakaran langsung, mahupun secara tidak langsung dengan memprosesnya menjadi
jenis bahan api yang lain. Pengitaran semula menerusi pengolahan haba berbeza-beza daripada
menggunakan bahan sisa sebagai sumber bahan api untuk pemasakan atau pemanasan kepada bahan
api dandang untuk menjanakan wap dan elektrik di dalam turbin.

Pirolisis dan pengegasan merupakan dua bentuk pengolahan haba yang berkait, dengan bahan sisa
dipanaskan sehingga suhu yang tinggi menerusi penggunaan oksigen yang terhad. Proses itu biasanya
dilakukan di dalam sebuah bekas terkedap di bawah tekanan yang tinggi. Pirolisis sisa pepejal
menukarkan bahan tersebut menjadi produk pepejal, cecair, dan gas. Cecair dan gas boleh dibakar
untuk menghasilkan tenaga atau ditapis menjadi produk-produk yang lain. Sisa pepejal (arang) juga
boleh ditapis lagi supaya dijadikan produk-produk seperti karbon diaktifkan. Pengegasan dan
pengegasan arka plasma juga digunakan untuk mengubah bahan organik secara langsung menjadi gas
buatan (singas) yang terdiri daripada karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu kemudian dapat dibakar
untuk menghasilkan elektrik dan wap.

Kaedah pengelakan dan pengurangan

Rencana utama: Peminimuman sisa


Salah satu kaedah penting pengurusan sisa ialah pengurangan sisa, iaitu mencegah penghasilan bahan
sisa. Kaedah-kaedah pengelakan termasuk:

menggunakan semula produk terpakai;

membaiki barang rosak demi mengelakkan pembelian barang baharu;

mereka bentuk produk yang dapat diisi semula atau digunakan semula (seperti menggunakan beg
membeli-belah kapas sebagai ganti untuk beg plastik);

menggalakkan pengguna mengelakkan penggunaan produk pakai buang (seperti kutleri pakai buang);

mengeluarkan sebarang makanan/cecair yang tertinggal di dalam tin, bungkusan, dan sebagainya; [2]
dan

mereka bentuk produk yang tidak banyak menggunakan bahan untuk mencapai tujuan yang sama
(misalnya meringankan tin minuman).

Pengendalian dan pengangkutan sisa

Rencana–rencana utama: Kenderaan pemungutan sisa dan Tong sampah

Trak sampah muatan depan yang tipikal di Amerika Utara.

Kaedah pemungutan sisa berbeza-beza antara negara dan antara wilayah. Perkhidmatan pemungutan
sisa dalam negeri seringnya dibekalkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau sektor swasta.
Sesetengah kawasan, khususnya di negara yang kurang maju, tidak mempunyai sebarang sistem
pemungutan sisa yang formal. Contoh-contoh sistem pengendalian sisa termasuk:

Di Australia, pemungutan tepi jalan ia kaedah pelupusan buangan. Setiap rumah tangga bandar
dibekalkan tiga tong oleh majlis perbandaran: satu tong untuk barang yang dapat dikitar semula, satu
lagi untuk buangan am, dan yang lain untuk bahan taman. Banyak rumah tangga juga mempunyai tong
kompos, tetapi tong itu tidak dibekalkan oleh majlis perbandaran. Untuk menggalakkan pengitaran
semula, majlis perbandaran juga membekalkan tong kitar semula yang lebih besar daripada tong yang
lain. Buangan kawasan perbandaran, buangan komersil dan perindustrian, serta buangan pembinaan
dan perobohan dibuang ke dalam kawasan tanah isian. Menurut ABS, kadar pengitaran semula adalah
tinggi dan 'kian bertambah, dengan 99% daripada semua rumah tangga melaporkan bahawa mereka
mengitar semula atau menggunakan semula sesetengah buangan mereka pada tahun yang lalu (tinjauan
2003), suatu kenaikan dari kadar 85% pada 1992'. Ini menunjukkan bahawa orang Australia menyukai
pengitaran semula sisa daripada penggunaan tanah isian. Antara jumlah buangan yang dihasilkan pada
2002–03, '30% daripada buangan kawasan perbandaran, 44% daripada buangan komersil dan
perindustrian, dan 57% daripada buangan pembinaan dan perobohan' telah dikitar semula. Tenaga juga
dihasilkan daripada buangan, dengan sebahagian gas tanah isian dikumpulkan untuk menjana bahan api
atau elektrik. Rumah tangga dan industri tidak dikenakan bayaran untuk buangan yang dihasilkan.
Di Eropah serta beberapa wilayah yang lain di sekeliling dunia, sesetengah komuniti menggunakan
sistem pemungutan hak milik yang dikenali sebagai Envac untuk menghantar buangan melalui konduit
bawah tanah menerusi sistem vakum.

Di Kanada, pemungutan tepi jalan di pusat bandar merupakan kaedah pelupusan buangan yang paling
biasa. Majlis perbandaran memungut buangan dan/atau barang boleh kitar semula pada waktu yang
tertentu. Di kawasan luar bandar, penghuni seringnya melupuskan buangan mereka dengan
menghantarnya ke stesen pemindahan. Buangan yang dipungut kemudian dihantar ke tanah isian
kawasan.

Di Taipei, kerajaan bandar mengenakan bayaran pada rumah tangga dan industri ke atas jumlah
buangan yang dihasilkan. Buangan hanya akan dipungut oleh majlis perbandaran jika ia dibuang ke
dalam beg sampah yang dibekalkan oleh kerajaan. Dasar ini telah berjaya mengurangkan jumlah
buangan bandar dan meningkatkan kadar pengitaran semula.

Teknologi

Dari segi tradisi, industri pengurusan sisa amat perlahan menerima teknologi baru seperti teg RFID, GPS,
dan pakej perisian yang dapat memberikan data yang lebih bermutu tanpa menggunakan penganggaran
atau kemasukan data manual.

Teknologi seperti teg RFID dapat mengumpulkan data tentang kadar penyampaian untuk pemungutan
tepi jalan yang amat berguna sewaktu mengkaji penggunaan tong kitar semula atau yang serupa.

Penjejakan GPS menawarkan banyak faedah apabila menimbangkan kecekapan pemungutan ad hoc
(seperti tong pengangkut), iaitu pemungutan yang dilakukan berdasarkan permintaan pengguna.

Pakej perisian bersepadu amat berguna untuk mengumpulkann data bagi tujuan mengoptimumkan
pengendalian pemungutan sisa.

Konsep pengurusan sisa

Terdapat sebilangan konsep pengurusan sisa yang berbeza dari segi penggunaannya antara negara atau
wilayah. Tiga konsep yang paling umum dan yang digunakan secara meluas termasuk:

Gambar rajah hierarki sisa

Hierarki sisa - Hierarki sisa yang masih merupakan andaian asas kepada kebanyakan strategi
peminimuman sisa merujuk kepada "3 R" (Reduce, Reuse, dan Recycle, iaitu Kurangkan, Gunakan
Semula, dan Kitar Semula). Ia mengkategorikan strategi pengurusan sisa mengikut kebaikan dari segi
peminimuman sisa. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sebanyak faedah yang mungkin daripada
setiap produk serta untuk mengurangkan sisa dengan seberapa yang dapat.

Tanggungjawab penghasil terluas - Tanggungjawab penghasil terluas (EPR: Extended Producer


Responsibility) ialah strategi yang direka bentuk untuk mempromosikan penyatuan semua kos yang
berkait dengan sesuatu produk pada sepanjang kitaran hayatnya (termasuk kos pelupusan pada akhir
hayat) ke dalam harga pasaran keluaran. Ia bertujuan untuk mengenakan kebertanggungjawapan
kepada seluruh kitaran hayat bagi semua produk dan bungkusan yang diperkenalkan kepada pasaran. Ini
bermaksud bahawa syarikat-syarikat yang mengilang, mengimport, dan/atau menjual produk diperlukan
bertanggungjawab kepada produk mereka selepas hayat berguna dan bukan sahaja sewaktu
mengilangnya.

Prinsip Pencemar Bayar - Prinsip Pencemar Bayar ialah prinsip yang memerlukan pihak pencemar
membayar kerana kesan sisa yang dijanakannya pada persekitaran. Sehubungan dengan pengurusan
sisa, ini umumnya merujuk kepada keperluan penjana sisa untuk membayar kos pelupusan buangannya.

Pendidikan dan kesedaran

Pendidikan dan kesedaran dalam bidang sisa dan pengurusan sisa kini semakin penting dari sudut
pandangan sejagat pengurusan sumber. Pengistiharan Talloires merupakan pengistiharan
kebolehkekalan tentang pencemaran dan penguraian alam sekitar, serta penyusutan sumber semula
jadi pada skala dan kepantasan yang tidak pernah berlaku dahulu. Pencemaran udara tempatan, wilayah
dan sejagat; penghimpunan dan penyebaran sisa toksik; pemusnahan serta penyusutan hutan, tanih,
dan air; penyusutan lapisan ozon dan pengeluaran gas "rumah tanaman"... kesemua ini mengancam
kemandiran manusia dan beribu-ribu spesies hidupan lain, ketekalan bumi dan biokepelbagaiannya,
keselamatan negara, serta warisan kepada generasi masa depan. Beberapa universiti telahpun
melaksanakan Pengistiharan Talloires dengan menubuhkan program pengurusan alam sekitar dan
pengurusan sisa, misalnya projek universiti pengurusan sisa. Pendidikan universiti dan vokasional telah
dipromosikan oleh pelbagai organisasi seperti WAMITAB dan Chartered Institution of Wastes
Management. Banyak pasar raya juga menggalakkan pelanggan mereka menggunakan mesin layan diri
balikan untuk memasukkan bekas belian terpakai dan menerima bayaran balik daripada yuran kitar
semula. Jenama yang mengeluarkan mesin sedemikian termasuk Tomra dan Envipco.

Anda mungkin juga menyukai