Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI INDIVIDU Permainan Kecil telah dilaksanakan bersama-sama dalam program rekreasi dan kesenggangan.

Selepas aktiviti berkayak, permainan kecil telah diadakan. Semasa permainan ini dijalankan, saya berasa gembira dan seronok kerana dapat mengambil bahagian bersama ahli kumpulan kerana permainan ini sememangnya memberi pengajaran kepada saya. Melalui permainan kecil, saya telah mempelajari pelbagai nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan saya iaitu nilai kerjasama, nilai bertanggungjawab dan nilai amanah. Menerusi permainan Poison Shoot ,saya dapat melihat betapa pentingnya semangat kerjasama dalam kerja berpasukan. Selain itu, menerusi permainan kecil ini juga, saya dapat mempelajari bahawa sebagai seorang ahli kumpulan harus peka akan arahan seseorang ketua dan ketua juga harus memberi arahan yang jelas dan dapat difahami. Pengajaran ini saya perolehi melalui permainan orang buta melintas jalan. Saya dan ahli kumpulan menghadapi kekangan dalam menjalankan permainan ini kerana mata ditutupi dengan kain yang menyebabkan kami tidak dapat melihat. Tetapi dengan adanya arahan yang jelas dan dapat difahami daripada ketua dan peka terhadap arahannya,kami berjaya melalui jalan-jalan yang dilalui. Selain itu, melalui permainan Jambatan Selipar,saya dan ahli kumpulan dapat memikirkan dan menjana idea untuk melintasi jambatan menggunakan selipar dengan bersyarat. Permainan ini sememangnya mengajar saya untuk berbincang bersama ahli kumpulan dalam menjana idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang bakal guru, permainan kecil ini sememangnya mengajar saya untuk menerapkan nilai-nilai murni. Permainan kecil ini boleh diaplikasikan di sekolah pada masa kelak untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai