Anda di halaman 1dari 3

TAN MAY BAO

5 PISMP PC/PJ/RBT
REFLEKSI INDIVIDU

Selepas membuat perbincangan, kumpulan kami telah memilih


permainan Rakit Darat sebagai permainan tradisional kami. Kemudian, kami
mula merancang perjalanan permainan tradisional kami. Selepas itu, kami
pula menjalankan amali permainan tradisional ini bersama dengan kumpulan
lain. Sepanjang perancangan dan pengelolaan permainan tradisional ini, saya
telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baru.
Terlebih dahulu, saya berpeluang untuk mengkaji tentang permainan
tradisional Rakit Darat. Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa adanya
permainan tradisional seperti ini. Amali permainan tradisional ini telah
membolehkan saya mempelajari tentang cara bermain, peraturan dan cara
permarkahan permainan ini. Saya juga belajar untuk melakukan inovasi
terhadap permainan ini untuk menjadikannya lebih menarik. Contohnya,
menambah sesi menyeberangi sungai, berjalan zig - zag daripada hanya
berjalan lurus sahaja.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk meneroka tentang permainan
tradisional kumpulan lain seperti galah panjang, konda kondi, terompah
gergasi dan sebagainya. Ini telah mendedahkan saya tentang kepelbagaian
permainan tradisional yang dapat kami gunakan dalam proses P&P
Pendidikan Jasmani pada masa yang akan datang. Tambahan pula, saya
juga berpeluang untuk menjalankan tugas sebagai AJK Kebersihan bersama
dengan Kee Wee Yong. Tugas ini telah menyedarkan saya bahawa
pentingnya

persediaan

sebelum,

semasa

dan

selepas

sesebuah

pertandingan untuk menjayakan acara pertandingan tersebut. Kerjasama


daripada semua pihak juga memainkan peranan yang amat penting untuk
memastikan kelancaran pertandingan tersebut dijaga.
Kesimpulannya, amali permainan tradisional ini secara langsungnya
membuka mata saya tentang kepentingan permainan tradisional dalam
pengajaran Pendidikan Jasmani. Saya akan sentiasa mengingati permainan
tradisional ini dan berusaha untuk mengaplikasikannya dalam proses P&P
Pendidikan Jasmani pada masa depan nanti supaya tradisi kita tidak akan
lenyap di samping keseronokan permainan dijaga.

TAN MAY BAO

5 PISMP PC/PJ/RBT

ASPEK KEKUATAN PERMAINAN DAN PERTANDINGAN


Permainan tradisional Rakit Darat pilihan kumpulan kami ini
mempunyai beberapa kekuatan. Dari segi pemupukan nilai, permainan Rakit
Darat ini adalah sejenis permainan secara berpasukan dan kerjasama antara
ahli kumpulan amat diperlukan untuk memenangi pertandingan ini. Secara
tidak langsung, nilai kerjasama telah ditanam dalam kalangan murid murid
apabila mereka bermain permainan Rakit Darat ini.
Selain itu, sifat inovasi yang tinggi juga dapat dilihat dalam permainan
Rakit Darat kami. Berbanding dengan permainan Rakit Darat yang biasa
kami lihat, permainan kumpulan kami ini telah diubahsuai dan ditambah
dengan permainan berstesen iaitu menyeberangi sungai dan berjalan zig
zag. Ini merupakan pengubahsuaian yang baik untuk menjadikan permainan
tersebut lebih menarik dan mencabar sikap kerjasaman dalam kalangan ahli
kumpulan.
Cara pemarkahan permainan kumpulan kami adalah lebih sistematik
dengan wujudnya pengiraan masa. Berbanding dengan kaedah melihat siapa
yang sampai dulu, pengiraan masa adalah lebih sistematik. Hal ini adalah
kerana pengiraan masa dapat mengelakkan keadaan salah faham apabila
wujudnya dua kumpulan yang sampai ke garisan penamat secara serentak.

TAN MAY BAO

5 PISMP PC/PJ/RBT

ASPEK PENAMBAHBAIKAN PERMAINAN DAN PERTANDINGAN


Selepas mengelolakan amali permainan tradisional, kumpulan kami
telah mendapati bahawa wujudnya kelemahan dalam permainan Rakit
Darat. Terlebih dahulu, ketinggian ahli kumpulan yang mempunyai perbezaan
yang ketara akan mempengaruhi kelancaran perjalanan berbanding dengan
ahli kumpulan yang ketinggiannya lebih kurang sama. Ini telah mewujudkan
keadaan tidak adil kepada kumpulan yang tidak sama rata tinggi. Tindakan
penambahbaikan telah dikenalpasti dengan pembentukan kumpulan di mana
ahli kumpulan lebih kurang sama tinggi ataupun rendah.
Selain itu, permainan kami juga hilang seri apabila pusingan kedua
yang melibatkan dua pasukan yang hebat itu tidak mempunyai perbezaan
daripada mana yang berlaku di pusingan pertama. Ini telah membosankan
pemain

kerana

mereka

berasa

kurang

mencabar

apabila

tiadanya

peningkatan dalam kesukaran permainan tersebut. Untuk penambahbaikan,


kami telah merancang untuk meningkatkan kecabarannya semasa di
pusingan kedua.

Anda mungkin juga menyukai