Anda di halaman 1dari 8

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM

MELAYU
10 Permainan Tradisi Yang Patut Dimainkan Semula
Bersama Anak

Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang,
halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.
Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak
pada masa ini, tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah
buat kita, bukan?

TINGKATKAN KEMAHIRAN SAMBIL BERMAIN


Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota
badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah
merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar,
menarik, menolak dan sebagainya. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini
mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus
meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.
Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti
pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut,
kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU

10 PERMAINAN TRADISI YANG PATUT DIMAINKAN SEMULA BERSAMA ANAK


Berikut merupakan senarai 10 permainan tradisi yang mempunyai banyak manfaaatnya dan
patut dimainkan bersama anak-anak atau dimainkan semula oleh mereka.

1. TINGTING
Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang
sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.
Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi
otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk
melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU
2. LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat
dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua
orang rakan sepermainan.
Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, ianya secara
tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU
3. LOMPAT GETAH
Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah
sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita
pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas
rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh
untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang
getah.
Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini
bersama anak. Pergerakan dalam permainan ini dapat melatih
kemahiran motor kasar anak dan membantu anak untuk membina otot
yang lebih mantap.
Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain
lompat getah, kini anak-anak boleh bermain lompat getah dengan
menggunakan ‘skipping rope’.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU
4. KONDA KONDI
Permainan konda kondi memerlukan fokus yang tinggi serta koordinasi
tangan dan mata yang baik untuk menyungkit kayu anak
menggunakan kayu ibu dan berlari sambil mengejar kayu yang
dibaling sebelum menangkap kayu tersebut.
Kita pasti gembira melihat keseronokan anak-anak bermain permainan
tradisi ini kerana secara tidak langsung dapat memperkasa kemahiran
motor kasar mereka.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU
5. PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Masih ingatkah lagi kita dengan adegan tarik menarik rakan dan baju rakan kita tatkala dikejar
oleh ‘sang harimau’ dalam permainan ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’ ini? Akhirnya apabila
salah seorang daripada rakan kita terlepas pegangannya, kita semua akan lari bertempiaran.
Walaupun debaran sentiasa mencengkam dada kerana takut ditangkap oleh ‘harimau’, tetapi
permainan ini tetap menyeronokkan!
Permainan ini melibatkan pergerakan aktif anak dengan berlari, mengejar dan menangkap
rakan-rakan mereka sekaligus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor kasar anak.

6. GALAH PANJANG
Memandangkan permainan galah panjang ini memerlukan ramai pemain, anak-anak mungkin
boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka atau jiran-jiran terdekat. Lebih ramai yang
dapat bermain, permainan ini pasti lebih meriah!
Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran berlari laju serta berhenti dengan cepat
ketika melepasi petak permainan yang dikawal oleh pasukan lawan. Aktiviti ini bukan sahaja
dapat melatih fokus dan meningkatkan kemahiran motor kasar anak, malah dapat merapatkan
lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sepermainan.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
7. BATU SEREMBAN
MELAYU
Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang
hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus
yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling
dan menangkap semula batu yang dibaling itu.
Dengan pergerakan pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain
batu seremban ini, kemahiran motor halus anak dapat ditingkatkan.

8. CONGKAK
Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat
bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan,
pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain.
Dengan bermain congkak, bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga
dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemahiran motor halus
mereka.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM
9. MAIN GULI
MELAYU
Bermain guli juga merupakan salah satu permainan yang memerlukan fokus yang tinggi untuk
membaling atau menjentik guli tepat pada sasaran. Selain itu, anak-anak juga perlu
mempunyai koordinasi tangan dan mata yang baik untuk bermain permainan ini.

10. MAIN LIDI


Jika dahulu kita menggunakan lidi sate untuk bermain lidi ini, kini, anak-anak mempunyai
alternatif untuk bermain lidi dengan menggunakan lidi bewarna-warni yang dijual di pasaran.
Sama seperti bermain guli, bermain lidi juga memerlukan teknik tertentu serta tahap fokus
yang tinggi untuk mengambil lidi daripada timbunan lidi tanpa menggerakkan lidi-lidi lain.
Dengan koordinasi tangan dan mata yang baik ketika bermain, anak-anak pasti berasa
gembira kerana berjaya memperoleh banyak lidi hasil daripada usahanya itu.

KEMBALIKAN NOSTALGIA ZAMAN SILAM


Walaupun kesemua permainan ini sangat popular pada zaman dahulu, tetapi ianya jarang
dimainkan pada masa kini. Peredaran masa telah mengubah populariti permainan-permainan
tersebut.
Memandangkan terdapat banyak manfaat dengan bermain permainan-permainan ini, jadi apa
tunggu lagi? Ayuh kembalikan nostalgia zaman silam kita dengan bermain permainan tradisi
ini bersama anak-anak! Semoga dengan cara ini, permainan-permainan tersebut akan
sentiasa segar sepanjang zaman dan tidak hilang ditelan arus kemodenan dunia.

MARI MENGENALI KAUM MELAYU

Anda mungkin juga menyukai