Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PERTANDINGAN DOKTOR MUDA

Salam mesra pembuka kata,


Bagi memulakan pembentangan saya,
Salam sejahtera madah bermula,
Kepada hadirin pendengar bicara.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang tetap berdiri di atas
neraca keadilan, guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan para hadirin yang
dihormati sekalian. Selamat pagi dan salam muafakat Johor kepada semua.
Saya .......(nama)..................... bersama rakan-rakan saya . Rakan saya yang cantik,
bijak dan baik budi bahasanya ini ialah............(nama) ............... Manakala seorang lagi
rakan saya yang juga baik budi pekertinya ini ialah .............(nama)........... pada hari
yang serba indah ini kumpulan kami yang mewakili Daerah Batu Pahat akan
membuat pembentangan berkenaan makanan seimbang yang bertajuk “SAYANG
BEKAL KENALI KALORI”

Sedikit info tambahan kepada hadirin,


Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan
juga vitamin. Mengikut kamus dewan edisi 4, makanan ditafsirkan sebagai satu juadah,
santapan, habuan perut manakala seimbang membawa pengertian tidak berat
sebelah atau pun sama beratnya.

Para hadirin yang budiman,

Saya yakin dan percaya , pasti hadirin tertanya-tanya apakah sebab kami memilih
tajuk ini kan? Baiklah, tajuk ini dipilih berdasarkan dua sebab. Dan sebab-sebab ini
berada dalam dua dokumen yang berisi data lengkap yang berada di hadapan saya
ini.
Data yang pertama ialah berkenaan kuiz makanan dan data kedua ialah berkenaan
data ujian segak.

Berdasarkan data kuiz yang telah dijalankan, perkara utama yang dapat disimpulkan,
kawan-kawan saya di SK Rengit amat kurang pengetahuan tentang makanan sihat.
Termasuklah dua orang rakan saya tu. Tapi tu sebelum ini. Sekarang mereka sudah
tahu tentang makanan sihat.

Dan berdasarkan Ujian SEGAK yang telah dibuat pada tahun 2017, terbukti kawan-
kawan saya di SK Rengit berlebihan berat badan atau pun OBESITI dan ada juga yang
terlalu kurang berat badan kerana kekurangan zat.

Berdasarkan permasalahan tersebut, saya dan rakan-rakan telah berbincang


bersama-sama guru kami untuk memudahkan rakan-rakan saya memahami tentang
makanan dan kalori. Hasilnya kami telah berjaya mencipta satu inovasi berkenaan
untuk memudahkan pemahaman pelajar berkaitan mkanan seimbang dan kalori
makanan. Inovasi ini berbentuk permainan asal iaitu Saidina dan Dam Ular. Kami cuba
mengimprovisasikan permainan tersebut dalam bentuk menyampaikan info berkaitan
tajuk yang telah kami pilih.

Yang pasti objektif permainan ini ialah untuk memberi para pelajar merasai permainan
baru dan berlainan dalam merangsang perkembangan otak setiap individu agar lenih
memahami makanan seimbang dan kalori makanan.

Permainan ini boleh dimainkan di dalam kelas atau di luar kelas.


Ini ialah contoh peralatan untuk dimainkan di dalam kelas. Saiznya agak kecil dan
sangat sesuai dimainkan dalam kelas kerana permainan ini tidak memerlukan ruang
kawasan yang luas.

Manakala tapak permianan gergasi ini pula sangat sesuai dimiankan di luar kelas.
Baiklah, saya akan menerangkan dan mempraktikkan permainan dam gergasi
Sayang Bekal Kenali Kalori ini sambil dibantu oleh 2 orang rakan saya yang saya yakin
memang seimbang makanannya.

Antara alatan yang diperlukan dalam permainan ini ialah:


1. Buah dadu gergasi
2. Tapak permainan gergasi
3. Pelajar akan menggantikan dam
4. Kad menu makanan
5. Kad merancang dan menulis menu
6. Dadu
7. Marker
8. Pemadam
9. Beg poket untuk simpan kad menu

Manakala peraturan pertandingan adalah seperti berikut:

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah, Tapak dam gergasi perlulah
dibentangkan di lantai dan pastikan lantai dan sekeliling tempat permainan adalah
selamat dan elakkan bermain di tempat yang sempit dan berisiko. Para peserta perlu
mencampakkan dadu gergasi yang disediakan dan mereka perlu menapak mengikut
jumlah yang ditunjukkan oleh dadu tersebut.

Baiklah, saya akan terangkan secara lebih terperinci dan mari kita main bersama-
sama.

Tapi sebelum itu suka saya ingatkan kepada rakan-rakan dan hadirin bahawa
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil
makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,
menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ
badan gagal berfungsi dengan baik.
Jom kita bermain.
Pemain pertama perlu berdiri di tapak mula. Sila Dina bantu saya. Dina akan
membaling dadu.
Ingat ye masa permianan ini hanyalah 15 minit. Mira tolong jaga masa ye.

-Wow, dadu menunjukkan angka 4.


-Sila Dina bergerak empat petak ke hadapan. Hati-hati dan jangan tersalah kira ye.
-Dina cuba bacakan apakah yang tertulis dalam petak itu.
-Baiklah, Mira tolong berikan Dina kad menu.I Ingat ye kawan-kawan, jika Dina berhenti
di petak yang memerlukan Dina memelakukan aktiviti maka Dina mestilah melakukan
aktiviti tersebut misalnya Dina berada di petak 4. dalam petak ini dina perlu berlari
setempat dalam masa 3 minit. Tunjukkan sikit Dina.

-Baiklah saya pula nak cuba.


-Saya akan membaling dadu
- Mira tolong tengokkan apakah angka yang ditunjukkan
-Oh dadu yang saya baling menunjukkan angka 6.
-Saya akan bergerak ke petak 6. satu... dua.. tiga.. empat.. lima.. enam..
-Petak ini menyatakan saya perlu .......................
-Permainan diteruskan sehingga tamat

Sebelum saya menerangkan lagi tentang permianan ini, ingin saya sampaikan lagi info
berkaitan permainan seimbang. Untuk makluman rakan-rakan dan hadirin, Makanan
seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan
berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk
ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang
tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi
pelajar di dalam kelas.

Kita teruskan lagi permainan ye kawan-kawan.


-Setelah permainan tamat, para pemain perlulah mengisi kad menu berdasarkan kad-
kad menu kecil yang diambil sepanjang permainan.
-Pememenang akan dikira berdasarkan jumlah kalori yang paling seimbang.
- Sebagai contoh .......

Selesai sudah permainan Dam Gergasi ini. Permianan ini telah dimainkan di sekolah
saya. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati bahawa permainan inovasi ini
dapat menjelaskan kepada pelajar tentang jumlah-jumlah kalori makanan yang
mereka ambil setiap hari.
Kami juga dapati permainan ini dfapat mewujudkan suasana yang kondusif antara
pemain dan juga selamat unutk dimainkan.
Dan yang paling penting permainan Dam Gergasi yang kami cipta ini mampu
memberi kesedaran kepada rakan-rakan bahawa makanan seimbang amat
penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu
mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang
memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan kita semua mengamalkan
pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan

Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun untuk renungan


semua.

Yang tinggi berduri itulah durian,


Yang manis berkerengga itulah rambutan,
Kenapa yang muda tak suka sayuran,
Makanan seimbang jadikanlah pilihan

Anda mungkin juga menyukai