Anda di halaman 1dari 6

BAHAN DIDIK : 586

Oleh : Anuar Ahmad

A KEMAHIRAN BAHASA

Ragam Ayat

Ayat merupakan satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan
predikat.

i) Subjek - unsur yang diterangkan (kata nama)


ii) Predikat - unsur yang menerangkan subjek (kata nama, kata kerja,
adjektif)

Contoh: Adik + makan nasi.


(subjek) (predikat)

Jenis Penerangan Ayat Contoh


Ayat
Menyata atau memberi Zurina mengajar di Batu Pahat.
Penyata keterangan mengenai sesuatu.
Digunakan dengan tujuan untuk Siapakah nama adik awak?
Tanya bertanyakan sesuatu hal.

Digunakan untuk tujuan Jangan berbual-bual ketika berada di


Perintah menimbulkan sesuatu tindakan dalam dewan peperiksaan.

Digunakan untukmenafikan atau “Bukan saya yang mencuri,” kata Ali


Nafi menyatakan tidak kepada
sesuatu.
Bertujuan untuk melahirkan Aduh, sakitnya gigi saya!
Seruan sesuatu perasaan.

i) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.

1 “…………… sakitnya!” tiba-tiba aku terdengar suara mengerang kesakitan.

A Eh
B Aduh
C Amboi
D Kasihan
2 Meskipun ayahnya seorang anggota polis, tetapi Aiman ………….. minat
menceburi kerjaya tersebut.

A tidak
B bukan
C jangan

3 “………………. cikgu dapat membimbing anak saya,” rayu Pak Sarman.

A Usah
B Minta
C Harap
D Tolong

4 ………………kah yang dibebelkan oleh Mak Jah sejak tadi?

A Apa
B Bila
C Mana
D Mengapa

Soalan 5 berdasarkan Gambar

GAMBAR NORMAN BERSALAM DENGAN SESEORANG SAMBIL TERSENYUM

5 “………………………. kami benar-benar tidak menyangka awak akan menang


dalam pertandingan itu tadi!” kata Yun mewakili rakan-rakannya.

A Cis
B Amboi
C Syabas
D Kasihan

6 “………………..kah harga ayam di kedai ini mahal?” Tanya Wak Rosman kepada
Mirza.

A Apa
B Bila
C Berapa
D Mengapa

7 “………………… ke dalam dahulu kerana hujan semakin lebat,” kata ayah


kepada beberapa orang rakannya.

A Minta
B Harap
C Jemput
D Tolong

ii) Pilih ayat yang betul.

1 A Nelayan itu dari atas bot melempar jala serawan.


B Pelbagai jenama sos cili turut di jual di ekspo tersebut.
C Suasana di dewan sekolahku pada hari itu sungguh meriah.

2 A Nuril, kenapa awak kelihatan resah sahaja?


B Berapa harga sehelai baju biru ini?
C Apakah yang berani mengambil buku saya tanpa kebenaran?

3 A Jangan malu-malu dan harapkan makan hidangan ini.


B Tolong berkawan dengan dia lagi kerana dia suka mencuri.
C Jemput tuan-tuan dapat tunggu sebentar kerana komputer kami rosak.
D Minta para hadirin bertenang kerana majlis akan bermula sebentar lagi.

4 A Buku cerita itu bukan kepunyaan kakak


B Benar, Nuril bukan datang ke sini pagi tadi.
C Basikal yang buruk dan berwarna hitam itu tidak basikal saya.
D Adik menangis apabila mengetahui gula-gula itu tidak untuk dia.

Soalan 5 berdasarkan Gambar

GAMBAR SEEKOR HELANG SEDANG MEMBUAT SARANG DI TEBING


YANG TINGGI

5 A Helang akan berada di tebing yang tinggi untuk mencari sarang.


B Beberapa ekor helang sedang sibuk membuat sarang di tepi tebing.
C Helang membina sarang di tempat-tempat tinggi seperti di tebing tinggi.
D Tebing tinggi itu bernama Helang kerana banyak helang membuat sarang.

Soalan 6 berdasarkan Gambar

GAMBAR KAKAK SEDANG MENGARAHKAN ADIK-ADIKNYA


MENGEMAS MEJA YANG BERSELERAK.

6 A Jemput membantu saya mengemas buku-buku yang bersepah ini.


B Harap awak dapat mengemas semula buku-buku yang bersepah ini.
C Tolong kemas semula buku-buku dan segala yang ada di atas meja ini.
D Usah kemas buku-buku yang bersepah ini kerana sebentar lagi saya akan
kemas.
7 A Benarkah encik terangkan program yang akan diadakan ini?
B Apakah keadaan orang tua itu selepas menjalani pembedahan?
C Mengapakah adik kelihatan pucat dan lesu sejak balik dari sekolah?

Soalan 8 berdasarkan Gambar

GAMBAR SEORANG MAKCIK TERSENYUM GEMBIRA MENDENGAR


AZMI MENYANYI DI ATAS PENTAS

8 A Eh, merdu juga suara Azmi menyanyi!


B Cis, suara engkau memang tidak merdu!
C Amboi, merdu juga suara aku walaupun sudah tua!
D Kasihan, Azmi memang tidak pandai menari dan menyanyi!

9 A Setimbun beras yang tertumpah Zurina mengutip.


B Rumah-rumah di kampung nelayan itu memusnahkan ribut taufan.
C Nawawi Restoran turut menyediakan perkhidmatan tempahan makanan.
D Adi tidak pernah menganggap kemiskinan sebagai penghalang kejayaan.

B KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit Bingan, Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG, dan guru-guru yang dikasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian
menjemput saya berucap dan sekali gus merasmikan sambutan Hari Guru peringkat
Sekolah Kebangsaan Parit Bingan. Sebelum itu izinkan saya menyampaikan salam
takzim dan maaf daripada Tuan PPD kita kerana tidak dapat hadir pada hari ini. Beliau
terpaksa ke Jabatan Pelajaran Negeri kerana ada urusan rasmi.

Hadirin sekalian,
Sekolah sebagai institusi pendidikan sentiasa mengalami perubahan, baik dari segi
struktur fizikalnya, komposisi guru-guru ataupun dari segi kurikulum. Di sekolah, murid-
murid mempunyai banyak masalah. Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh banyak
faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh keperluan-keperluan asasi dan psikologi serta
harapan-harapan tertentu. Justeru setiap ahli keluarga di sekolah perlu memainkan
peranannya bagi memastikan sekolah berperanan menjadi tempat mencurahkan kasih
sayang antara sesama anggota.
Guru misalnya, perlulah bersifat peramah, berminat pada aktiviti bilik darjah,
bersemangat dan sihat dari segi mental. Sikap guru adalah salah satu faktor penting dalam
membina persekitaran bilik darjah yang sihat dari segi emosi. Guru tidak boleh melayan
anak-anak murid seperti barang-barang yang tidak bernilai atau seperti sampah. Layanan
yang buruk akan menjejaskan maruah, kebanggaan, kehormatan dan harga diri mereka.
Oleh itu, untuk menjayakan pembentukan sekolah penyayang, guru-guru perlu ada
tanggapan positif tentang setiap anak didik yang berada di sekolah.

Seterusnya, murid-murid juga wajar dididik supaya tahu menghargai diri sendiri
dan tahu menghormati orang lain. Sikap ini boleh diterapkan dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah memberi latihan, peluang dan bimbingan kepada murid melalui kegiatan
kokurikulum. Adalah baik sekiranya guru atau guru besar dapat meluangkan masa hadir
dalam perjumpaan persatuan dan kelab anjuran murid. Murid-murid juga harus diberi
peluang menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai soal-soal disiplin supaya
mereka dapat melibatkan diri dalam usaha mewujudkan suasana disiplin yang baik di
sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan, sukalah saya ingatkan agar warga sekolah perlulah
bersama berusaha dengan sedaya upya untuk menjadikan sekolah seperti rumah mereka
sendiri. Semua aspek yang melibatkan pendidikan perlu menjurus murid-murid ke arah
positif dan berusahalah melayani mereka atas prinsip-prinsip kemanusiaan. Dalam
suasana yang positif, langkah-langkah perlu bagi mewujudkan kemesraan dan rasa
hormat-menghormati supaya dapat mendorong murid-murid cintakan guru, ilmu dan
sekolah. Akhir sekali dengan rasa sukacitanya saya merasmikan sambutan Hari Guru
peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Bingan. Terima kasih.

1 Apakah perkara yang menyebabkan Tuan PPD hanya menghantar wakil untuk
merasmikan program di atas?

A Menghadiri majlis yang sama di sekolah lain.


B Ada urusan rasmi di Jabatan Pelajaran Negeri.
C Pihak sekolah lambat menghantar surat jemputan.
D Tuan PPD bukan bertugas sebagai perasmi program.

2 Pada pendapat anda, mengapakah keseluruhan petikan di atas banyak menyentuh


peranan guru?

A Bersesuaian dengan majlis tersebut.


B Ramai guru yang tidak sedar peranan mereka.
C Perasmi memang sudah lama bercita-cita ingin menjadi guru
D Agar pihak sekolah dapat menghantar lebih ramai guru pergi berkursus.

3 Antara berikut, yang manakah benar tentang petikan di atas?


A Guru-guru jangan sesekali mencampuri hal sesebuah kelab atau persatuan.
B Jangan sesekali memberi hukuman mengutip sampah kepada murid-murid.
C Murid-murid sentiasa dilibat secara langsung dalam hal berkenaan disiplin.
D Murid-murid yang bermasalah harus dilayan sebagai penjenayah di penjara.

4 Perkataan takzim dalam petikan bermaksud

A hormat
B selamat
C dukacita

5 Apakah antara cara terbaik melahirkan murid yang menghormati semua warga
sekolah?

A Memaklumkan kepada murid-murid jenis-jenis hukuman keras.


B Latihan yang banyak perlu diberi kepada murid-murid yang lemah.
C Murid-murid perlu dibawa ke arah yang positif dan dilayan dengan baik.
D Sentiasa menghubungi keluarga mereka jika mereka melakukan kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai