Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran motor kasar kanak-kanak : kajian pergerakan kemahiran motor kasar kanak-kanak

Penilaian kemahiran motor digunakan secara meluas adalah untuk menentukan kadar dan tahap pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak (Burton & Miller 1998). Lingkungan umur kanakkanak prasekolah merupakan waktu untuk memperoleh asas lokomotor seperti berjalan, melompat, dan mencongklang (gallop). Pergerakan kawalan objek pula adalah seperti membuang, menendang, menangkap dan menarik (Clark 1994, Wickstorm 1983). Menurut Childrens Activity and Movement in Prescool Study (Champs), kajian aktiviti dan pergerakan kanak-kanak ini tertumpu kepada kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun dan tertumpu kepada bateri pemeriksaan kritikal, ciri-ciri kualitatif kemahiran motor. Misalnya, bagaimana pergerakan yang dilakukan, dan ciri-ciri kualitatif prestasi kemahiran motor. Perkara tersebut adalah penting untuk projek Champs, iaitu The Champs Motor Skills Protocol (CMSP).

Kaedah Pembangunan Awal CMSP 4 orang professional dan berpengalaman luas dalam pembangunan kemahiran motor kanak-kanak telah bertanggungjawab untuk membangunkan CMSP. Langkah awal dalam membangunkan CMSP adalah dengan menjalankan pemeriksaan cermat terhadap beberapa bateri ujian, kemudian ujian khusus soal selidik peringkat perkembangan dan pergerakan bateri penilaian untuk kanak-kanak. Kemudian, Test of Gross Motor Development 2nd Edition (TGMD-2) digunakan oleh pakar sebagai prototaip untuk membangunkan CMSP kerana konsep-konsep yang terdapat di dalam TGMD-2 menyediakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menilai prestasi kemahiran motor kanak-kanak. Salah satunya adalah proses untuk menilai ciri-ciri prestasi pergerakan asas untuk menilai kemahiran motor di kalangan kanak-kanak. Panel pakar telah meneruskan lagi usaha untuk membangunkan rangka kerja untuk CMSP melalui perbincangan dan rundingan bersama professional yang lain. Antara panel yang terlibat adalah panel dari pendidikan awal kanak-kanak, pakar pembangunan motor yang berpengalaman dam mentadbir TGMD-2, seoarng pakar aktiviti fizikal kanak-kanak dan pakar-pakar pengukuran. Perbincangan ini adalah untuk membangunkan instrumen bidang kajian terhadap kanak-kanak. Antara unsur-unsurnya adalah : 1. Ciri-ciri proses pergerakan kritikal untuk memastikan kemahiran. 2. Pembangunan tingkah laku untuk proses ciri-ciri. 3. kemasukan bilangan ujian yang sesuai untuk menilai kemahiran masing-masing dan menggalakkan kebolh percayaan. 4. demonstrasi kemahiran kepada kanak-kanak dari perspektif yang berbeza untuk menyokong pemahaman mereka iaitu kemahiran yang hendak dijalankan.

5. perintag pentadbiran untuk urutan kemahiran. 6. penubuhan garis panduan khusus untuk menentukan keutamaan tangan/kaki 7.kemasukan sesuatu skor gangguan alam sekitar untuk menyediakan cara untuk menerangkan persekitaran alam sekitar dan prestasi kanak-kanak diperhatikan.

Anda mungkin juga menyukai