Anda di halaman 1dari 3

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih
dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa.
Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di
sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang ti nggal di kawasan sekitar tasik

tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup
bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan ti lapia ,sepat, kelah, keli, haruan dan
bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang
turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka ti nggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari
makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Seti ap hari
burung bangau senti asa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang

berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia ti dak lagi sekuat dulu untuk
menangkap ikan. Kadang- kadang ia ti dak memperolehi ikan untuk dimakan
menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfi kir di dalam hati nya seraya berkata "Kalau
beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana ti dak lagi berdaya untuk
menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapatmemperolehi makanan
dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan
sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau
yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu
asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang
memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang
merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama ti dak menghadapi
sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke
mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan
menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini
hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama ti dak turun". Bangau menyambung lagi
"Aku khuati r tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati ." Katak
mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau
tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk
memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua
penghuni tasik berkumpul di tebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh
rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada
bangau ."Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau
berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuati r kamu semua ti dak bersetuju."
"Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah ti dak sabar lagi mendengarnya.
Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam,
aku percaya tasik tersebut ti dak akan kering walaupun berlaku kemarau yang
panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di
situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan ti dak
berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun
bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut,
tetapi ikan- ikan tersebut ti dak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia
membawa ikan- ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan
dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah ti dak makan selama beberapa hari.
Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan
yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana
ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan
menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam
memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar.

Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfi kir di dalam hati nya "Mati lah
aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan
dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah ti ba di atas batu besar ketam
masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Di manakah tasik yang
engkau katakan itu dan kenapa engkau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak

dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah ti ba masanya engkau menjadi rezeki
aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi
menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta dilepaskan, ia
berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam ti dak mempedulikan
rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua
dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia


bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila ti ba
di tasik, kawan-kawannya masih lagi seti a menunggu giliran masing-masing. Setelah
melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan
ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa
gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang
tamak dan mementi ngkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada
ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Puisi Perpaduan Melayu: SEMANGAT WAJA

SEMANGAT WAJA
Bangkitlah roh perpaduan
kita demi menegak kebenaran
dan menebas kebatilan itu
mari kita lupakan perbezaan
dan rapatkan barisan
menyusun agenda.

Tegakkan maruah bangsa kita


yang tercalar dan tercalar
bangkitlah kita daripada
kehancuran
yang menyesatkan atas nama
tiang agama suci
ayuh tanamkan tekad melawan
godaan yang menggelincirkan
akidah.

Biar mereka terpegun


biar mereka sedar
kitalah warga terbilang
di tanah pusaka tercinta ini.

NR RAHIM

Sajak Perpisahan

Perpisahan umpama derai kaca


tersentak dan membijihkan warna
mengingati kenangan silam
sorotilah hikmah yang terbina

Perpisahan itu kenangan


lupailah masa lalumu
pawana tersergam menaklukimu
terjeruk dalam ruang lena
cantasilah kelemahan dulu
redahilah kejayaan tungganganmu
bicara sampai habis
dapatkan manisan sebelum habis

azman @ denairimba

Anda mungkin juga menyukai