Anda di halaman 1dari 3

Belalang Yang Degil

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi
dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di
dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar,
dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum.
Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok
ke pokok yang lain. Sang Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada
rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka
sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain


tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung
sebelum musim hujan tiba.

Sang Belalang : “Sang rama-rama..sang kumbang..sang lebah..sang semut..

Marilah kita bermain bersama-sama. Saya sudah tidak

sabar mahu bermain.”

Sang Rama-rama : “Maaflah Sang Belalang. Kami sedang sibuk mencari

makanan untuk musim hujan nanti. Kamu tidak mencari

makanan?

Sang Belalang : “Tidak mahulah saya. Lagipun, banyak lagi makanan yang
terdapat dalam taman ini.”

Sang Kumbang : “Benar kata kamu. Taman ini memang dipenuhi dengan

makanan tetapi lebih baik kamu mencari makanan

sebagai simpanan kerana sebentar lagi hujan akan turun.

Nanti kebuluran pula kamu nanti.”

Sang Semut : “Betul kata Sang Kumbang itu. Sang Belalang, marilah

kita mencari makanan sama-sama.

Sang Belalang : “Ah..Malaslah saya. Kamu semua pergilah mencari

makanan. Jangan ganggu saya. Saya mahu pergi

bermain.”

Sang Lebah : “Marilah kawan-kawan, kita teruskan mencari makanan.

Nanti tidak sempat pula kita mengumpul makanan.

Biarkanlah Sang Belalang yang degil itu.”

Setelah melihat rakan-rakannya masih meneruskan mencari makanan, Sang


Belalang meninggalkan mereka. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan
lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

Sang Belalang : “ Makanan di rumahku sudah kehabisan. Bila hujan

berhenti bolehlah saya mencari makanan.”


Sang Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap
turun dengan lebat. Sang Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat
rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya Sang Belalang jatuh
sakit. Rakan-rakan Sang Belalang tidak mengetahui keadaan Sabg Belalang yang sakit.
Apabila hujan berhenti, Sang Lebah teringat akan Sang Belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah Sang Belalang. Ia amat terperanjat melihat Sang
Belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

Sang Lebah : “Sang Belalang, apa yang telah terjadi pada diri awak ini?

Saya lihat awak kelihatan lemah dan pucat.”

Sang Belalang : “Sudah seminggu saya tidak makan. Tolonglah saya wahai

Sang Lebah. Saya menyesal kerana tidak mengendahkan

nasihat awak semua.”

Sang Lebah : “Saya akan membawa makanan untuk awak wahai Sang

Belalang. Awak jangan risau. Awak rehatlah.”

Sang Lebah mencari Sang Semut dan rakannya yang lain untuk menolong Sang
Belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar
nasihat daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai