Anda di halaman 1dari 8

Bercerita Tahap Satu

Sang Tikus dan Sang Katak


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian.
Pada petang yang ceria ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang akan
menjadi panduan kepada kita bersama yang bertajuk Sang Tikus dan Sang Katak.
Bagi yang terlena, sedar-sedarkan, yang tersedar, dengar-dengarkan, manakala yang
terdengar, fikir-fikirkan. Baiklah kawan-kawan, begini ceritanya.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya setelah sekian lama tidak menerima
hujan. Pak Menti, Mak Menti dan tiga ekor anak mereka berteduh di bawah sebatang
pohon yang rendang. Mereka bersyukur kerana hari hujan telah memberi kesegaran
kepada mereka.
Pak Menti berasa susah hati, apatah lagi apabila melihat keadaan Mak Menti
yang bersungguh-sungguh memujuk anak-anaknya yang menangis kerana kelaparan.
Setelah hujan reda, Pak Menti dan Mak Menti pun bersiap-siap untuk keluar
mencari makanan di hutan yang berhampiran. Sebelum keluar, mereka berpesan dan
mengingatkan anak-anak mereka agar tidak keluar rumah dan merayau-rayau kerana
amat

berbahaya. Lihat kawan-kawan betapa sayangnya Pak Menti dan Mak Menti

terhadap anak-anak kesayangan mereka.


Malangnya anak-anak Pak Menti dan Mak Menti degil dan mengingkari kata-kata
ibu dan bapa mereka. Sejurus Pak Menti dan Mak Menti keluar, ketiga-tiga beradik itu
mula nakal. Mereka keluar bermain-main di tepi kolam tanpa memikirkan bahaya yang
menanti. Sedang mereka asyik bermain, tiba-tiba hujan turun kembali dengan lebat dan
kilat sabung-menyabung. Anak-anak tikus itu gagal untuk mencari perlindungan dan
dihanyutkan air lalu terjatuh ke dalam kolam.
1

Mereka berasa amat takut dan cemas. Ketiga-tiganya menjerit meminta


pertolongan. Nasib baik ada Sang Katak berhampiran kolam itu. Melihat keadaan anakanak tikus yang tercungap-cungap dan hampir kelemasan, Sang Katak pun melompat ke
dalam kolam lalu menarik seekor anak tikus berhampiran dengannya. Kebetulan Sang
Kancil berjalan di hadapan kolam itu dan ternampak akan kejadian itu.
Sang Katak segera meminta bantuan Sang Kancil untuk menjaga anak tikus
tersebut sementara Sang Katak pergi menyelamatkan dua ekor anak tikus lagi. Sang
Kancil berasa terharu dan memuji-muji akan keberanian dan kemuliaan hati Sang Katak
menolong anak tikus itu.
Akhirnya, Sang Katak berjaya menyelamatkan kesemua anak tikus itu.

Oleh

sebab hujan masih belum reda, Sang Kancil mengajak Sang Katak membawa anak tikus
itu berteduh di celah-celah semak di tepi kolam itu.
Sang Kancil berada di hadapan sambil membawa dua ekor anak Sang Tikus
manakala Sang Katak pula jauh ketinggalan di belakang Sang Kancil sambil membawa
seekor lagi anak Sang Tikus.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara nyaring Pak Menti yang menyangka
Sang Katak menculik anaknya. Pak Menti sangat marah kepada Sang Katak. Tanpa usul
periksa, Pak Menti terus menumbuk Sang Katak bertubi-tubi. Tumbukan Pak Menti yang
bertubi-tubi itu menyebabkan Sang Katak tidak berpeluang untuk membela diri dan
akhirnya Sang Katak jatuh pengsan.
Melihat kejadian itu, Sang Kancil segera keluar dari semak dan memarahi Pak
Menti yang bertindak melulu lalu Sang Kancil menceritakan bahawa Sang Katak telah
berjasa kepada keluarga Pak Menti. Sang Kataklah yang berjaya menyelamatkan anakanak Pak Menti daripada mati lemas di dalam kolam.
2

Anak-anak Pak Menti yang baharu sedar dari pengsan juga mengiakan cerita
Sang Kancil itu. Mereka juga memohon maaf kerana tidak mendengar nasihat ayah dan
ibu mereka. Pak Menti dan Mak Menti amat terkejut mendengar pengakuan anak-anak
mereka itu.
Dengan perasaan penuh penyesalan, Pak Menti pun mendukung Sang Katak
pulang ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Pak Menti pun merawat Sang Katak
sehingga sedar.
Apabila Sang Katak sedar, Pak Menti segera memohon maaf atas tindakannya
dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sang Katak kerana telah menyabung
nyawa untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Sang Katak dengan mudah memaafkan Pak Menti . Sang Katak juga mengatakan
bahawa dalam hidup ini kita perlu saling membantu. Bak kata pepatah, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Mak Menti pula tidak habis-habis memberi nasihat dan teguran kepada anakanaknya. Anak-anaknya pula merasa menyesal dan berjanji tidak akan mengingkari
nasihat ibu bapa mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Setelah masalah salah faham antara mereka selesai, Mak Menti pun segera
menghidangkan makanan yang sungguh enak. Mereka makan bersama-sama sambil
berbual-bual dengan penuh perasaan gembira. Anak-anak Sang Tikus tidak kelaparan
lagi.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita itu tadi ialah kita jangan
bertindak melulu tanpa usul periksa. Selidik dahulu sebelum bertindak kerana menyesal
kemudian tidak berguna.

Saya sudahi cerita saya ini dengan serangkap pantun sebagai pengajaran.

Anak dara mandi di tepian,


Ikan patin mudik ke hulu;
Selidiki dahulu setiap kejadian,
Jangan mudah bertindak melulu.

Sekian, terima kasih.

Skrip Bercerita Tahap Dua


Saudagar dan Tongkat Sakti
Di dalam sebuah negeri ada dua orang saudagar. Seorang bernama Awang dan
seorang lagi bernama Uda. Walaupun kedua-dua orang saudagar ini berkawan baik,
tetapi mereka tidak pernah berkunjung ke rumah masing-masing. Kedua-dua saudagar
itu bijak berniaga. Mereka selalu mendapat keuntungan yang berlipat ganda.
Pada suatu hari, Uda mengajak isterinya, Seri ke rumah Awang. Mereka
membawa kain-kain untuk dijual kepada isteri Awang. Ketika mereka sampai di rumah
Awang, Awang dan neneknya sedang berehat di halaman rumah. Isteri Awang pula iaitu
Dewi sedang berehat di dalam bilik. Awang segera mempelawa Uda dan Seri naik ke
rumahnya.
Awang memperkenalkan neneknya sendiri sebagai isterinya. Hal ini, bertujuan
hendak menipu Uda dan Seri. Pada masa yang sama, isteri Awang yang sebenarnya
iaitu Dewi sedang bersembunyi di dalam gulungan tikar yang berada di dalam bilik.
Mereka sudah mengatur rancangan untuk menipu Uda dan Seri. Sementara itu, di ruang
tamu Uda dan Seri sibuk membuka bungkusan kain mereka kepada nenek Awang. Ada
pelbagai jenis kain yang dijualnya seperti kain kapas, linen, rayon, batik dan songket.
Setelah diperhatikan oleh Awang mereka berdua sedang sibuk melihat jualan
kain, dia pun mengajak neneknya masuk ke dalam bilik. Awang segera mengambil
tongkat semambunya lalu berpura-pura memukul neneknya. Nenek Awang menjerit
kesakitan sambil meminta tolong Sejurus selepas itu, nenek Awang terus bersembunyi
di dalam almari.

Apabila mendengar jeritan tadi, Uda dan Seri terus berlari ke bilik Awang. Seri
terkejut dan kasihan kerana Awang sanggup memukul isterinya yang sudah tua. Awang
hanya tersenyum manis.

Dia memukul isterinya dengan tongkat sakti kerana mahu

menjadikannya lebih muda.

Awang terus memukul gulungan tikar itu.

Dewi yang

berada di dalam gulungan itu berpura-pura menjerit kesakitan.


Setelah puas berlakon, Awang pun membuka gulungan tikar itu. Maka keluarlah
Dewi yang muda itu. Wajahnya cantik berseri-seri bak bulan purnama. Bibirnya merah
bak delima merkah dan pipinya bak pauh dilayang. Uda dan Seri terperanjat. Mereka
begitu kagum terhadap kesaktian tongkat Awang.
Uda percaya seratus peratus akan kesaktian tongkat

Awang itu.

Dia ingin

memiiliki tongkat sakti itu. Dia mahu menjadikan isterinya lebih muda dan cantik.
Dia ingin

menukarkan semua kain jualan itu dengan tongkat sakti Awang.

Mendengar permintaan itu, Awang pun segera memberikan tongkat sakti kepada Uda.
Uda memberikan bungkusan kain jualannya kepada Awang dan terus pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, Uda terus memukul isterinya. Takkdir Allah yang Maha
Kuasa, isteri Uda menjadi bertambah muda dan jelita. Uda berasa sangat gembira dan
bersyukur kerana isterinya lebih cantik daripada isteri Awang. Sementara itu, Awang
telah menjual kain-kain pemberian Uda dan mendapat keuntungan yang besar.
Alangkah gembiranya kerana tipu muslihatnya telah meraih keuntungan.
Setelah selesai berjual di pasar, Awang pun pergi ke rumah Uda untuk
mengucapkan terima kasih sambil membawa seuncang emas. Apabila tiba di rumah
Uda, alangkah terkejutnya Awang apabila
Terbeliak matanya melihat keajaiban itu.
2.

melihat Seri semakin muda dan jelita.

Uda telah memukulnya dengan tongkat sakti yang diberikan dahulu.


berasa sangat hairan kerana tongkatnya dahulu bukan tongkat sakti.

Awang

Awang mula

berubah fikiran. Tiba-tiba dia mahu memiliki semula tongkat yang dikatakan sakti itu.
Awang merayu dan inginkan semula tongkat itu. Dia akan menukarkan tongkat
itu dengan wang emas. Awang sudah mula berangan-angan mahu menjadikan dirinya
lebih muda dan kacak dengan menggunakan tongkat sakti itu dan seterusnya ingin
berkahwin lagi dengan gadis yang cantik. Uda seorang saudagar yang jujur itu terus
menyerahkan tongkat yang dikatakan sakti itu kepada Awang. Tanpa membuang masa,
Awang pun memberikan seuncang wang emas kepada Uda.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Awang pun memberikan tongkat itu kepada
isterinya. Awang menyuruh Dewi memukul badannya sekuat-kuat

hati.

Dia mahu

menjadi lebih muda dan kacak. Namun Dewi enggan berbuat demikian. Setelah didesak
berkali-kali oleh Awang, akhirnya Dewi memukul badan Awang sekuat hatinya. Awang
menjerit kesakitan akibat pukulan itu tetapi dia tetap bersabar. Dewi terus memukul
badan Awang berkali-kali namun Awang tetap tidak bertukar menjadi muda dan kacak.
Akhirnya, Awang tidak dapat berniaga beberapa hari kerana badannya sakit.
Awang berasa sungguh menyesal memikirkan nasibnya. Sudahlah

wangnya habis,

badannya pula sakit. Dia benar-benar insaf sejak hari itu. Menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna.
Sementara itu, Uda dan isterinya

sedang bergembira kerana mereka telah

mendapat wang yang banyak. Mereka menggunakan wang itu untuk memperbesar
perniagaan mereka. Allah sentiasa memberi rahmat kepada orang yang jujur dan ikhlas.
3.
Rakan sekalian, daripada cerita di atas tadi, dapatlah kita simpulkan beberapa
pengajaran.

Sikap menipu akhirnya akan membawa padah. Kedua, orang yang tamak selalu
rugi. Ketiga, apabila kita berkawan, biarlah berkawan dengan ikhlas dan tiada niat jahat
untuk menjatuhkan kawan. Keempat, kita hendaklah segera menyedari kesalahan yang
telah kita lakukan dan memohon maaf, kerana sikap seperti itu merupakan amalan
mulia. Akhir sekali, kita hendaklah bersyukur kepada ketentuan yang telah diberikan
oleh Allah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai