Anda di halaman 1dari 7

CETO MENDAPAT KAWAN

Dillon
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Saya akan bercerita
mengenai Ceto mendapat kawan.

Pada masa dahulu, ada seekor harimau yang garang bernama


Ceto. Dia tidak mempunyai kawan.

Ceto gemar menakutkan haiwan-haiwan lain. ‘Seronoknya melihat


kamu semua lari!” ketawanya.

Apabila Ceto berjalan-jalan di dalam hutan, semua haiwan akan


memberi laluan kepadanya.

Suatu petang, selepas makan dengan kenyangnya, Ceto tertidur


dengan nyenyak di bawah pokok.

Kemudian, datang dua ekor burung lalu duduk bertenggek di atas


pokok, di mana Ceto sedang tidur.

Kerana tidak sedar Ceto sedang tidur di bawah pokok, mereka mula
mengata Ceto dengan kuat.

‘Ceto sangat jahat. Sebab itulah dia tiada kawan,” kata mereka dan
terus menyanyi dengan kuat.

Oleh sebab cicipan dan nyanyian burung-burung itu amat kuat,


Ceto terus terjaga dari tidurnya!
‘Siapa di situ?” pekik Ceto. Kemudian, dia terlihat burung-burung di
atas pokok itu.

Burung-burung itu terkejut dan terus melarikan diri apabila menyedari


Ceto berada di bawah.

Melihatkan burung-burung itu terbang lari, Ceto berasa amat marah.


Dia pun mengejar mereka.

Burung-burung itu bertenggek di atas pokok yang lebih tinggi. ‘Kita


selamat!” keluh mereka.

Ceto juga tiba di pokok itu. Tetapi, dia tahu bahawa dia tidak dapat
menangkap burung-burung itu.

Ceto mengaum dan melompat-lompat kerana geram. Tiba-tiba, dia


terjatuh ke dalam kolam.

Ceto tidak berdaya untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Kemudian,


datang seekor gajah.

‘Saya harus selamatkan Ceto,” fikirnya. Kemudian, dia ternampak


tumbuhan menjalar di atas pokok.

Dengan cepatnya, dia mengambil tumbuhan menjalar itu dan


melemparnya pada Ceto.

‘Pegang kuat-kuat, Ceto!” jerit gajah yang baik hati itu. Lalu, dia
menarik Ceto sekuat hatinya.
Tidak lama kemudian, Ceto berjaya ditarik keluar dari kolam. ‘Terima
kasih, gajah!” katanya.

‘Maafkan saya kerana bersikap biadap sebelum ini,” kata Ceto.


‘Tidak mengapa,” kata gajah.

Mahukah kamu menjadi kawan saya?” tanya Ceto. ‘Tentu sekali!”


kata gajah.

Pengajaran daripada kisah ini adalah, kita haruslah berkawan


dengan semua orang.

Sekian, terima kasih.


ANAK RAKUN YANG PENGOTOR
Izebell
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Saya akan bercerita
mengenai Anak rakun yang pengotor.

‘Jangan lupa cuci tangan dan kaki,” kata Mama Rakun.

‘Kenapa?” tanya Si Rakun.

‘Kita mesti jaga kebersihan,” kata Mama Rakun.

‘Semasa di luar rumah, banyak kotoran melekat pada badan kita.


Kuman yang kita tidak nampak juga banyak,” jelas Papa Rakun.

‘Hmmm” Si Rakun mengangguk perlahan. Dia masuk ke dalam bilik


tanpa mencuci tangan dan kakinya.

‘Cuci tangan kamu sebelum makan,” kata Mama Rakun.

Si Rakun mengangguk tetapi terus menuju ke meja makan.


Kemudian, dia makan tanpa membasuh tangan.

Keesokan harinya, Si Rakun sakit perut. Dia terbaring di atas katil


sambil menangis. Mama Rakun membawa anaknya berjumpa
doktor.

Doktor merawat Si Rakun. Doktor kata Si Rakun cirit-birit. ‘Tentu dia


makan makanan yang tercemar,” kata doktor. ‘Makanan tercemar?”
soal Si Rakun.
Doktor hanya tersenyum. ‘Kamu mesti basuh tangan sebelum dan
selepas makan,” kata doktor. ‘Kebersihan diri penting untuk
mencegah kita daripada jatuh sakit.” Si Rakun hanya mengangguk.

Si Rakun makan ubat walaupun dia tidak suka. Dia berjanji akan
menjaga kebersihan diri supaya tidak jatuh sakit lagi.

Pengajaran daripada kisah ini adalah kita hendaklah menjaga


kebersihan agar dapat mencegah penyakit.

Sekian, terima kasih.


BIDIN DAN POT MADU
Natalie
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan. Saya akan bercerita
mengenai Bidin dan pot madu

Pada suatu hari, si beruang Bidin keluar berjalan-jalan. Dia melintasi


sebatang pokok yang luar biasa besarnya.

Pokok itu sangat tinggi dan hampir mencecah langit. Bidin berdiri
berdekatan batang pokok. Ketika itu ternampak satu pot madu di
atas sebatang dahan. Bidin mengambil pot itu. Lalu, membawanya
pulang ke rumah.

Bidin sangat gembira dapat membawa pulang madu. Di


pertengahan jalan, dia ternampak rumah sang semut. Dia terfikir
tentu sang semut lebih memerlukan madu itu daripada dirinya. Dia
bercadang hendak memberi madu itu kepada sang semut.

Sang semut tiada di rumah. Jadi Bidin meninggalkan pot madu itu di
tepi pintu. Apabila sang semut sekeluarga pulang, mereka terkejut
melihat satu pot madu besar di pintu rumah. ‘Siapakah yang murah
hati memberi madu kepada kita?” tanya mereka sesama sendiri.

‘Kita sudah ada makanan. Elok kalau kita beri madu ini kepada
mereka yang lebih memerlukan,” cadang sang semut.

Mereka meletakkan pot madu itu di hadapan rumah sang kambing.


Ketika itu sang kambing masih belum pulang. Apabila sang kambing
sampai, dia terkejut melihat satu pot madu di hadapan rumahnya.
Sang kambing tidak gemar makan madu. Dia teringat yang Bidin
gemar akan madu. Hari sudah lewat petang, jadi sang kambing
meninggalkan sahaja pot madu itu di hadapan pintu rumah tanpa
memberitahu Bidin.

Keesokan hari apabila Bidin membuka pintu dia terkejut, melihat pot
madu yang sama berada di pintu rumahnya.

‘Oh, ini seperti memberi dan menerima sesuatu yang telah


dipulangkan!” kata Bidin sendirian sambil tersenyum.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita hendaklah membuat baik


kepada semua orang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai