Anda di halaman 1dari 1

Perkhemahan di hutan

Arahan : Gariskan kata nama am konkrit yang terdapat dalam teks di bawah.

Pada 21 Mac 2014, kelas tahun 4 telah terlibat dengan aktiviti perkhemahan di Hutan Sepilok. Kami berkumpul di padang. Antara peralatan yang dibawa ialah baju hujan, khemah, wisel, kompas dan tali untuk keselamatan semasa berkhemah. Pada jam 9.00 pagi, kami mendaki bukit dengan berhati hati menggunakan tali agar tidak tergelincir. Pada jam 11.00 pagi, kami melalui jambatan dengan waspada agar tidak berlaku kemalangan. Kami berjalan berdua dua dalam tiga barisan. Cikgu Rahim selalu berpesan supaya jangan memetik dahan dahan pokok. Kemudian, kami ternampak beberapa ekor monyet. Kami telah selamat sampai di kawasan perkhemahan yang berhampiran dengan sungai. Cikgu Rahim mengira jumlah murid untuk memastikan semua telah selamat sampai sambil tersenyum kerana puas hati dengan disiplin yang kami tunjukkan.

Anda mungkin juga menyukai