Anda di halaman 1dari 13

PROGRAM PENDAKIAN GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS

29.9.2012 (SABTU), UNIT KEMBARA ALAM AADK


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selepas berehat panjang sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri,
Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK Kembali meneruskan aktivitinya.
Program pada kali ini ialah program pendakian menawan puncak Gunung Irau di Cameron
Highlands, Pahang. Buat pertama kalinya Unit Kembara Alam menggabungkan program
pendakian dan program Jalan-jalan ke Cameron Highlands bagi peserta yang tidak
mendaki Gunung Irau.


Semua peserta bertolak dengan bas jabatan dari Ibu Pejabat AADK jam 3.00 petang
pada 28.9.2012 (Jumaat). Dalam perjalanan peserta berehat untuk makan dan
sembahyang di R&R Tapah. Semua peserta selamat sampai di Cameron Highlands pada
jam 10.00 malam dan bagi peserta mendaki Gunung Irau akan menginap di Rumah Rehat
Pejabat Hutan Cameron Highlands. Suhu yang agak sejuk dapat dirasakan semasa
menginap di rumah rehat itu. Di pejabat hutan tersebut terdapat juga Camp Site yang boleh
menampung sehingga 300 orang peserta dalam satu-satu masa.


Hari kedua, 29.9.2012 (Sabtu), semua peserta mendaki Gunung Irau bangun pada
jam 6.00 pagi untuk sembanyang subuh dan kemas diri. Sejurus kemudian pada jam 7.00
pagi, kenderaan dari pejabat renjer datang untuk menjemput peserta dan menghantar ke
pintu masuk Gunung Irau. Selepas membeli sarapan dan makan tengahari secara
packing, pergerakan ke Gunung Irau pun bermula.

Pintu masuk Gunung Irau adalah terletak berhampiran dengan puncak Gunung
Brinchang dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil sahaja. Dalam perjalanan tersebut,
semua peserta akan dapat melihat keindahan dan kedamaian ladang teh Boh, Sungai
Palas iaitu ladang teh terbesar di Cameron Highlands. Peserta juga disajikan dengan
permandangan ladang-ladang sayur yang begitu subur dan segar. Peserta sampai di pintu
masuk gunung Irau pada jam 7.40 pagi.
-1-

Gunung Irau juga dikenali sebagai MOSSY FOREST kerana keadaan hutannya
yang agak berlumut dan cantik. Gunung ini mempunyai ketinggian 6,924 kaki @ 2,110
meter dari aras laut. Semua peserta merasakan seolah-olah masuk ke dunia khalayan
dengan panorama hutanya yang unik dan misteri. Ada juga dikalangan pendaki-pendaki
menggelarkan hutan ini sebagai hutan Lord Of The Rings. Untuk mendaki Gunung Irau,
peserta hendaklah memohon permit dari pejabat Hutan Raub/Cameron Highlands dan
memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang.


Selepas bersarapan ringkas, semua peserta memulakan pendakian dari pintu
masuk Gunung Irau pada jam 8.15 pagi yang diketuai oleh GUIDE Saiful Onni. Untuk
program pada kali ini seramai 5 peserta lelaki dan 5 peserta wanita yang mengambil
bahagian.


CHECK POINT SATU - Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang
berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga
pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan
tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan
panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu
dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa
kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh
tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan
ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu
anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah
tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.


CHECK POINT 2 - Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama
anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel
Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung
Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki
naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).
-2-
CHECK POINT 3 - Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan
puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau.
Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan.
Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian
depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan
merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang
yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini. Dari mini Irau ini
anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.

CHECK POINT 4 - Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali
pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan
melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri
atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan
latar belakang yang cantik.

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas
beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda
ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak. Setelah melepasi papan tanda Angsi
Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah
bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir
maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada
harapan terselamat. Jadi berhati-hati di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa
gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas
sikit.

Semua peserta selamat tiba di puncak Gunung Irau pada jam 2.00 petang iaitu
selepas hampir 6 jam pendakian. Untuk sampai ke Puncak Irau, pendaki akan melalui trek
yang mempunyai batu sempadan negeri Perak dan Pahang,.Di Puncak Irau anda akan
temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la
terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan
angin. Selepas berehat untuk makan dan bergambar kenang-kenangan, pendakian turun
dari puncak Gunung Irau bermula pada jam 2.30 petang.

-3-

Dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Irau terdapat seorang peserta yang
mengalami kekejangan otot disebabkan keadaan suhu yang sejuk dan trek pendakian yang
sentiasa lembab dan basah. Berkat kerjasama dari semua peserta dan renjer yang
bertugas, semua peserta selamat keluar dari Gunung Irau. Secara keseluruhan semua
peserta berjalan sejauh 12 km pergi dan balik bagi mennakluk Gunung Irau.

Secara kesimpulannya, untuk menakluk Gunung Irau, seseorang itu hendaklah
mempunyai kekuatan mental dan fizikal. Keadaan trek yang becak dan basah, suhu yang
sentiasa dingin dan sejuk menambahkan lagi cabaran kepada semua peserta. Apa yang
membanggakan ialah semua peserta AADK yang mendaki gunung ini adalah peserta yang
sudah matang dan agak berpengalaman dan telah dibentuk untuk menghadapi apa-apa
cabaran dan halangan tidak kira mendaki pada waktu siang atau pada waktu malam.
Sesungguhnya rasa bangga yang jelas terbayang kerana dapat mencapai objjektif program
ini dengan menpamerkan semangat berpasukan yang tinggi..SYABAS SEMUA.

Pintu masuk ke Gunung Irau, MOSSY FOREST

Permulaan pendakian Gunung Irau Menuruni tangga ke permulaan trek pendakian


Check Point 1- Papan tanda yang menunjukkan trek Gunung Irau

Trek Gunung Irau, sentiasa lembab dan basah serta licin


Di Check Point 2 Gunung Irau

Check Point 3 Puncak Tipu atau Mini Irau

Pendakian ke puncak Gunung Irau

Trek terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Irau


Laluan bahaya sebelum sampai ke puncak Gunung Irau. Laluan curam dan begitu dekat
dengan trek pendakian



Bergambar kenang-kenangan di Puncak Gunung Irau




SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS





SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS





SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS



SENARAI PESERTA MENDAKI GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS
29.9.2012 (SABTU)


BIL

NAMA PESERTA

CATATAN

1

En. Md Razif Bin Wan

Crew

2

Nik Azman Bin Abdullah

Ancore

3

Saiful Onni B. Abd. Rahim

Guide

4

Mohd Shaiful Azli B. Mat Ludin

Swepper

5

Muhammad Saifullah Bin Mohammad Sabri

Swepper

6

Agnes Anak Sepia

Ancore

7

Nursyahidda Binti Salleh

Swepper

8

Quzaimah Binti Mustafa

Crew

9

Nur Isharra Binti Abdullah

Crew

10

Siti Mariam Binti Shamsudin

Crew

Anda mungkin juga menyukai