Anda di halaman 1dari 16

Hargai Diri

Tema 3: KESELAMATAN
Bahasa Melayu
Tahun4

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Halaman Buku Teks: 44-50

SK : 1.3 - Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca
dengan sebutan dan intonasi yang betul
SP : 1.3.1 - Bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Objektif : Murid dapat mengisi dialog dengan menyatakan sekurang-kurangnya 3 punca


kerosakan peralatan di taman permainan dan menceritakan sebab – sebab peralatan yang
rosak tidak boleh digunakan berdasarkan gambar rajah yang diberi.

A Cerita secara ringkas tentang gambar di bawah.

Syafik, apakah yang menyebabkan


peralatan di tamanpermainan itu rosak?
Mengapakah kita tidak boleh
menggunakan peralatan yangtelah
rosak?

1
Kemahiran: Membaca
Bahasa Melayu
Tahun4

SK 2.3 -Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.


SP 2.3.1 -Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera, dan
karyabukan sastera.
Objektif - Murid dapat memahami petikan dan menjawab sekurang-kurangnya
3 daripada 4 soalan dengan betul berdasarkan petikan yang dibaca.

B Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Kempen Keselamatan di Jalan Raya


SK. Taman Seri Harmoni

Pada hari Sabtu, 18 Mac 2021 yang lepas, Kelab Keselamatan Jalan Raya SK. Taman Seri
Harmoni telah mengadakan Kempen Keselamatan di Jalan Raya.Tujuan kempen itu diadakan
adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang pentingnya sikap
berhemah semasa berada di jalan raya.
Guru Besar SK. Taman Seri Harmoni telah merasmikan kempen tersebut di dewan
terbuka sekolah. Dalam ucapan perasmiannya, guru besar berharap murid- murid sentiasa
mementingkan aspek keselamatan semasa datang dan pulang dari sekolah.
Seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak telah dijemput khas
untuk menyampaikan ceramah. Menurut pegawai tersebut, kemalangan jalan raya sering
berlaku akibat kecuaian. Kemalangan jalan yang membabitkan murid-murid sekolah juga
semakin bertambah.
Pegawai yang menyampaikan ceramah itu juga memberikan beberapa tip kepada murid-
murid yang menunggang basikal. Antaranya, murid-murid perlu memastikan basikal mereka
dalam keadaan baik untuk ditunggangi. Murid-murid jugadiingatkan supaya memastikan tiada
kenderaan di kiri dan di kanan sebelum melintas atau menukar laluan semasa menunggang
basikal.
Kempen tersebut berjaya memupuk kesedaran murid-murid untuk menjaga
keselamatan diri semasa di jalan raya. Kelab Keselamatan di Jalan Raya berharap kempen
sebegini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 21 MAC 2021.


Hidayah
( HIDAYAH BINTI SULAIMAN )
Setiausaha,
Kelab Keselamatan Jalan Raya,
SK. Taman Seri Harmoni.
2
1 Pihak manakah yang menganjurkan Kempen Berhemah di Jalan Raya?
A Guru Besar SK. Taman Seri Harmoni
B Hidayah binti Sulaiman
C Kelab Keselamatan Jalan Raya SK. Taman Seri Harmoni
D Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak

2 Matlmat utama kempen tersebut adalah bertujuan untuk


A melatih murid-murid menjadi pemandu yang berhemah.
B memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalan
raya.
C menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan
dalam kempen tersebut.
D mengurangkan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan murid-murid
sekolah.

3 Perkataan kecuaian dalam petikan membawa maksud


A kerosakan.
B kelalaian.
C kesalahan.
D kejahilan.

4 Apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid sebelum melintas atau menukar
laluan semasa menunggang basikal?
A menyalakan lampu basikal dengan terang.
B memakai tali pinggang keledar dengan baik dan kemas.
C berhenti di tepi jalan raya sekurang-kurangnya sepuluh minit.
D memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada kenderaan

3
Kemahiran: Menulis ( Bahasa Melayu, Tahun 4))
SK 3.3 : Menghasilkan penulisan
SP 3.3.1 Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif.
Objektif : Murid dapat menulis enam perenggan petikan syarahan berdasarkan maklumat yang diberikan
secara imaginatif dan dskriptif

C Kamu dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan.Tajuk syarahan tersebut


ialah “Langkah-langkah Keselamatan di Rumah”. Tulis teks syarahan tersebut
selengkapnya.

Perenggan Pertama  Perlu sentiasa menjaga keselamatan di


( Pendahuluan ) rumah
 Malang tidak berbau

 Meletakkan benda-benda tajam di


Perenggan Kedua tempat yang tidak boleh dicapai oleh
kanak-kanak

Perenggan Ketiga  Pintu dan tingkap ditutup dengan


rapat terutama apabila keluar rumah

Perenggan Keempat  Memasang alat penggera di rumah

Perenggan Kelima  Menyediakan alat pemadam kebakaran

Perenggan Keenam  Menjaga keselamatan di rumah


( Penutup ) untuk menggelakkan sebarang
kemalangan

4
5
Patuh dan Selamat
Tema 3: KESELAMATAN
Bahasa Melayu,
Tahun 4

Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Halaman Buku Teks: 44-50

SK 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang di dengar, ditonton


dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan dan
intonasi yang sesuai.
Objektif : Murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara mematuhi
peraturan di jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang
betul.

A Lengkapkan dialog di bawah.

Para pemandu perlulah sentiasa berhemah


semasa dijalan raya. Pemandu perlu memandu
mengikut hadlaju yang ditetapkan. Peraturan
lampu isyarat mestidipatuhi. Berilah isyarat,
sekiranya hendak membelok. Jangan mengekori
kenderaan lain dalam jarak yangterlalu dekat.
Jika pemandu memandu dengan cermat,
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Haikal, nyatakan peraturan- peraturan di jalan


raya yang patut dipatuhi oleh para pemandu.

6
Kemahiran: Membaca ( Bahasa Melayu, Tahun 4)

SK 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.


SP 2.3.2 Membaca karya sastera, dan karya bukan sastera dengan gaya
penyampaian yang sesuai.
Objektif : Murid dapat memahami dan menyatakan maksud kelima-lima
rangkap sajak dan menjawab soalan dengan betul berdasarkan
sajak yang dibaca.

B Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MENUNGGANG DENGAN SELAMAT

Berwaspada dan berhati-hati


di mana jua berada

Pastikan basikal yang ditunggang


dalam keadaan baik
breknya berfungsi
topi keledar hendaklah dipakai

Jika hendak membelok


berilah isyarat
pandanglah ke kiri dan kanan
tiada kenderaan barulah membelok

Tungganglah dengan cermat


jangan menunggang dengan laju
jangan pula suka berlumba-lumba

patuhlah peraturan
kita akan tiba dengan selamat.

NOR AZIZUL HARUN


Kuala Lumpur
12 Februari 2021
7
1 Apakah maksud rangkap kedua sajak di atas?

2 Mengapakah kita perlu memandang ke kiri dan kanan sebelum membelok?

3 Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah berdasarkan sajak tersebut.

Kita boleh berlumba-lumba semasa menunggang basikal jika


tiada kenderaan di jalan raya.

Pastikan brek basikal dalam keadaan baik sebelum


menunggang basikal.

patuhlah peraturan
kita akan tiba dengan selamat

4 Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

8
Kemahiran: Menulis ( Bahasa Melayu, Tahun 4)

SK 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna


SP 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang
dirujuk.
Objektif : Murid dapat menulis dan menyatakan langkah-langkah keselamatan
semasa di sekolah dalam bentuk perenggan.

C Rajah di bawah menunjukkan tentang langkah-langkah keselamatan


semasa di sekolah.
Tulis ulasan tentang langkah-langkah keselamatan dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan.

TIDAK BERTOLAK-TOLAK SEMASA


MENAIKI TANGGA

TIDAK BERMAIN DI DALAM


TANDAS

MEMAKAI PAKAIAN DAN KASUT


YANG SESUAI SEMASA BERSUKAN

TIDAK BERKEJAR-KEJARAN DI
DALAM KELAS

9
Semarakkan Budaya Kita

Tema 4: KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA


Bahasa Melayu, Tahun 4
Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Halaman Buku Teks: 66-72

SK 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan danintonasi
yang sesuai.
Objektif : Murid dapat mendengar dan menyatakan sekurang-kurangnya 5 adab semasa
berziarah.

A Lengkapkan dialog di bawah.

Haikal menonton sebuah drama di televisyen. Dalam drama itu, Mak Cik Kiah
berpesan kepada cucunya tentang adab semasa menziarah.

Syafik, jangan lupa amalkan adab semasa


menziarah. Beri salam terlebih kepada tetamu.
Buka kasut kamu sebelum masuk ke dalam rumah.
Jangan duduk sehingga kamu dijemput untuk
duduk. Bercakap dengan tutur yang sopan. Makan
makanan yang dihidangkan dengan tertib. Jangan
duduk terlalu lama di rumah yang diziarahi.

Selepas menonton drama televisyen itu, Puan Aliza bertanya kepada anaknya
tentang adab semasa menziarah.

Puan Aliza : Haikal, apakah adab semasa menziarah yang dipesan oleh
Mak Cik Kiah kepada cucunya?

Haikal :

10
Kemahiran: Membaca ( Bahasa Melayu, Tahun 4)
SK 2.1 Asas membaca dan memahami
SP 2.1.1 Membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan
intonasi yang sesuai.
Objektif : Murid dapat memahami petikan dan menjawab sekurang-
kurangnya 4 daripada 5 soalan dengan betul serta membaca
dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

B Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kami menaiki bas sekolah untuk mengikuti satu lawatan ke Kota Bharu. Cikgu

Norhayati meminta kami supaya berdisiplin dan tidak lupa mencatat nota untuk

tugasan mata pelajaran Sejarah semasa lawatan itu.

Bas bertolak ke destinasi. Tidak lama kemudian, kami tiba di Padang

Merdeka. Kami berjalan kaki ke Muzium DiRaja atau lebih dikenali dengan nama

Istana Batu.

Banyak pakaian diraja dan barang kepunyaan sultan dipamerkan di sini.

Terdapat juga pertunjukan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan. Kami

berkunjung pula ke Muzium Peperangan yang dahulunya dikenali sebagai Bank Kerapu.

Penduduk menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian

daripada permukaan bangunan ini disimen dengan batu-bata kecil yang menyebabkan

permukaannnya tidak rata. Bangunan ini digunakan sebagai Memorial Peperangan

Dunia ke-2 di Kelantan.

Kami melawat ke Kampung Kraf Tangan dan Muzium Kraf Tangan. Banyak

barang kraf tangan seperti barangan perak, songket, batik, dan ukiran kayu

dipamerkan dan dijual kepada orang ramai.

Kami ke Gelanggang Seni yang merupakan pusat pameran khazanah budaya

dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun.

Pertunjukan kesenian sering diadakan di gelanggang ini termasuk wayang kulit, seni

silat, gasing, wau, dikir barat, dan persembahan muzik tradisional.

11
1 Apakah yang harus dilakukan oleh peserta semasa lawatan itu?
A Menyediakan laporan tentang lawatan itu.
B Mengambil gambar kenangan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
C Mendidik peserta supaya berdisiplin sepanjang masa.
D Menulis nota untuk digunakan dalam tugasan mereka.

2 Mengapakah Cikgu Norhayati meminta para peserta berdisiplin semasa lawatan


itu?
A bagi melancarkan lawatan itu
B menjaga nama baik sekolah
C mengharumkan nama sekolah
D memupuk semangat cintakan warisan budaya

3 Perkataan memorial merujuk kepada


A bangunan peringatan sejarah.
B bangunan yang dibina sejak dahulu.
C bangunan yang mempunyai seni bina lama.
D bangunan yang pernah digunakan oleh penjajah.

4 Mengapakah Muzium Peperangan digelar sebagai Bank Kerapu?


A reka bentuk bangunannya yang bercorak-corak
B mempunyai permukaan dinding yang tidak rata
C dinding bangunannya yang berwarna hitam dan tidak rata
D tidak dibina dengan kemas oleh pekerja-pekerja

5 Pada pendapat kamu, mengapakah warisan budaya perlu terus dipelihara?


A memajukan industri pelancongan
B melahirkan lebih ramai budayawan
C warisan budaya tidak pupus begitu sahaja
D menambah pendapatan sektor industri desa

12
Kemahiran: Menulis ( Bahasa Melayu, Tahun 4)

SK 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna


SP 3.2.3 Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang
dirujuk.
Objektif : Murid dapat menyatakan cara-cara memelihara warisan budaya dalam
bentuk perenggan.

C Rajah di bawah menunjukkan tentang cara-cara memelihara warisan

budaya. Tulis ulasan tentang cara-cara memelihara warisan budaya dalam

bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga

80 patah perkataan.

13
Memupuk perasaan cintakan warisan budaya
dalan kalangan murid-murid sekolah.

Media massa membuat liputan tentang


warisan budaya dari masa ke semasa

Mengadakan pertandingan-pertandingan yang


berkaitan dengan warisan budaya.

Mengadakan Kempen Cintai Warisan Budaya


setiap tahun.

14
15
16

Anda mungkin juga menyukai