Anda di halaman 1dari 4

Nama murid: ____________________ Nama guru : Puan Kasmawati

Kelas : P4A3
Pelajaran no : 25
Tarikh : 04 /05 /2017
Masa : 08:00-9:45

Sekolah Rendah Seri Omega

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Topik : Tema 3 “Sentiasa Selamat” – Sentisa Awasi Diri
Subtopik : Pemahaman

S.P 4 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan
2.5 betul.

Tahap Sangat terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat baik Cemerlang


Penguasaan 1 2 3 4 5 6
(TP)

Latihan 1 Baca petikan di bawah , kemudian


jawab soalan.

Kriiiiing...," bunyi loceng menandakan waktu pulang. Pada waktu ini, murid-murid
bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing. Sekolah mempunyai
peraturan yang perlu dipatuhi sewaktu hendak pulang. Peraturan ini bertujuan
untuk menjamin keselamatan murid-murid.

Murid-murid perlu mengetahui Iangkah keselamatan sebeum keluar dari


kelas. Mereka perlu beratur dan berjalan dengan tertib. Penunggang basikal pula
perlu menuntun basikal mereka. Menunggang basikal di kawasan sekolah akan
mengundang bahaya. Sementara itu, mereka yang menunggu ibu bapa atau
penjaga perlulah berada di dalam kawasan sekolah.

Murid-murid yang menggunakan perkhidmatan bas perlu berada di


kawasan menunggu. Elakkan bermain-main di kawasan tersebut. Gunakan masa
menunggu itu dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca buku,
majalah dan sebagainya.

Berhati-hati apabila melintas jalan raya. Kita boleh menggunakan


perkhidmatan warden trafik. Warden trafik sentiasa bersedia membantu kita
melintas jalan hingga ke seberang. Biar lambat asal selamat, begitulah
ungkapan yang perlu kita amalkan.

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka yang berbasikal?

1
2. Di manakah murid-murid perlu menunggu ibu bapa atau penjaga mereka?

3. Apakah tugas warden trafik?

4. Berikan maksud ungkapan ini. Biar lambat asal selamat.

5. Pada pendapat kamu, mengapakah setiap murid perlu mematuhi peraturan


sekolah.

S.P Menbaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons
2.4. dengan betul.

Tahap Sangat Terhad Memuaska Baik Sangat baik Cemerlang


Penguasaa terhad 2 n 4 5 6

2
n (TP) 1 3

Latihan 2 Baca petikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Kuku ialah bahagian separuh keras yang terletak di hujung jari


tangan dan kaki manusia atau haiwan. Kuku berfungsi sebagai
pelindung hujung jari. Kuku tumbuh dan memanjang pada setiap masa dengan
kadar yang amat perlahan. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan kuku tangan
adalah lebih cepat daripada kuku kaki.

Penjagaan kuku sangat penting supaya kuku tidak mudah rosak. Kuku kita
akan diserang penyakit kuku jika tidak dijaga dengan baik. Antara panduan
penjagaan kuku termasuklah tidak menggunakan kuku sebagai alat untuk
mencungkil atau mengumpil sesuatu. Elakkan daripada menggigit kuku kerana
perbuatan itu akan merosakkan kuku. Gunakanlah pengetip kuku yang tajam ketika
memotong kuku. Kuku perlu dipotong menggunakan pengetip kuku yang paling
sesuai agar kuku tidak terkoyak.

1. Senaraikan tiga perkataan berimbuhan apitan.

2. Berikan tiga contoh kata adjektif dengan kata penguat.

3
3. Berikan dua contoh ayat yang menggunakan kata kerja pasif.

4. Kenal pasti tiga kata hubung pancangan keterangan.

Latihan 3 Bina ayat.

1. jika

2. ketika

Anda mungkin juga menyukai